Saturday, 12 March 2011

Feeling Down

Telah datang post yang menyakitkan jiwa setelah post 'Meletup Bom Bom' dulu. Maaf, kali ini saya berada di bawah roda.

Minggu ini keadaan begitu lancar. Sepatutnya tiada apa yang perlu disedihkan. Saya dilambai-lambai oleh rakan classmate, menandakan kami semakin ramah. Lecturer asyik bertanya saya dalam kelas, ada makna bagus untuk seorang pelajar. Lecturer yang lain bersungguh-sungguh minta saya bertanya padanya sehingga kedengaran memaksa, sedangkan saya pula bersungguh-sungguh berkata tidak ada soalan kerana memang sudah faham. Boleh membantu kawan-kawan buat soalan tutorial, bagus dari sudut dakwah.

Tidak ada yang kedengaran tidak kena pada minggu ini. Bagaikan seorang pelajar yang bersikap professional. Tapi....

Macam salah masuk tandas

Saya boleh berbual dengan professional dengan coursemate yang rata-ratanya lelaki. Saya terpaksa duduk dalam bilik kecil yang sound proof bersama dua orang coursemate untuk sesi lab. Dan untuk membuangkan kekok, berbual hal professional lagi. Lecturer lelaki yang masih muda membuat jenaka, terpaksa senyum secara professionalnya. Saya tidak tahu senyum professional itu bagaimana. Tapi saya buat juga.

Minggu ini memang banyak betul komunikasi dengan lelaki...

Warman Competition semasa tahun 2. Hari itu, terpaksa menyelit untuk tengok kereta sendiri.
 
Professional ini menyakitkan hati saya. Tetapi terpaksa buat juga. Masa awal-awal dulu ketika tahun 2 dan 3, saya sangat menjaga pergaulan. Saya tidak bercakap dengan classmate. Sampai ke tahap sanggup berniqab. Classmates dan lecturers menjauhi saya kerana seolah-olah telah tertulis di niqab, 'Stay Away From Me!' Apabila dalam kelas, kalau saya duduk maka satu row itu akan dikosongkan untuk saya. 
 
Dan tidak ada yang nak duduk dalam satu kumpulan dengan saya. Dalam kelas, kalau cikgu tanya 'Siapa yang tak ada kumpulan?' Sayalah satu-satunya orang yang angkat tangan. Betapa buruknya imej Islam yang telah saya tunjukkan.

Pernah sekali classmate berbangsa Pakistan semacam memberi kritik mengenai saya dalam bahasa Urdu dalam kumpulannya. Mujurlah saya faham Urdu sikit-sikit kerana saya tonton filem Hindi sejak kecil. Lalu, ketika itu saya terasa sangat sedih, tersisih dan bersendirian.

Namun, waktu-waktu itu sangat menggembirakan kerana ia sangat membantu saya membina hablumminAllah..
 
Tapi, menjelang tahun 2010, saya sahut tuntutan fiqh dakwah di Monash.  Kain itu saya simpan dalam laci.

Sekarang, semua dah lebih baik.

Tapi, perasaannya seperti tersalah masuk tandas. Sepatutnya, saya keluar balik. Tapi, saya masuk dan bersikap professional di situ. Macam itu perasaan saya.

Dalam waktu lain, dengan orang lain, saya menjaga pergaulan dengan teliti. Dengan sesetengah yang lain, terpaksa longgarkan, dalam keadaan hati yang tidak redha. Di sinilah realiti bertemu dengan idealisme, di mana bi'ah yang kita idam-idamkan secara idealnya tidak mungkin dapat dicapai dengan realiti sekarang. Terpaksa jadi flexible.

Keadaan semasa tawaf dalam musim haji.
"...realiti di tanah suci Makkah. Logiknya di tempat itulah munculnya Islam maka sudah tentu apa yang dilihat sebagai adab batasan lelaki dan perempuan itu lebih terjaga. Realitinya, bila naik tingkat 4, satu saf boleh ada lelaki dan perempuan. Semasa tawaf lelaki dan perempuan sukar untuk jaga agar tidak tersentuh. Semasa keluar dari masjid, setiap hari perlu menempuh 'human congestion' yang mana lelaki dan perempuan bersesak dan terkandas dalam traffic jam manusia. Apa yang perlu kita lakukan? Sebagai orang yang sudah melalui tarbiyah maka kewajiban setiap kitalah menjaga kehormatan diri, kebersihan jiwa dan pandangan mata dalam situasi seperti ini. Adalah tidak logik kita tidak mahu pergi ke Makkah kerana khuatir tidak dapat terjaga batas-batas lelaki dan perempuan kerana kesesakan manusia yang berada di sana." (kata-kata 'Pak Cik' dari Bintulu)

Lega sedikit. 
Walaupun sering menuduh diri sendiri dengan tuduhan-tuduhan hipokrit, saya berasa lega dalam tidak redha. Dalam realiti di Monash yang satu Malaysia ini (mungkin 1Dunia), inilah hakikat yang terpaksa saya terima. 

Saya sering berbual dengan Qalbi mengenai satu hal, 'Agaknya kenapa Allah letakkan kita di sini.' Dan jawapan yang dibincangkan berjaya memberikan hikmah yang sangat mendalam dalam hati. Seperti memberi kelegaan yang menyelaputi setiap nafas. Bagai ada salju dalam darah.

Alhamdulillah.

Kepada adik-adik yang nak ambil engineering, kalau anda tak boleh terima perasaan salah masuk tandas, janganlah ambil engineering ya. Boleh ke nak cakap macam tu? :-P

p/s: Minggu ni sangat sedih juga sebab kereta melenyek anak kucing yang sedang menyorok di bawahnya. Tak boleh fokus belajar sepanjang hari. Namun, alhamdulillah 3x, rupa-rupanya kucing itu masih hidup :-)

No comments: