Thursday, 11 November 2010

Semangat Yang Hilang

Pensel yang berbakti sejak tahun pertama. Telah menitipkan karbonnya pada semua kertas peperiksaan. Jadilah macam pensel ini.

Ini adalah pre-lim post sempena cuti selama lebih tiga bulan yang sudah bermula.


Astaghfirullah 3x.

Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar.

Sekali lagi alhamdulillah segala puji hanya milik Allah yang telah membebaskan saya daripada ikatan ilmu sihir (rujuk kisah hadith ghulam). Kertas peperiksaan yang terakhir adalah subjek refrigeration and air-conditioning bagi pelajar tahun akhir semester pertama. Maka, dengan berakhirnya kertas itu, tinggallah lagi 1/8 masa yang ada buat saya di Monash ni. Cee sedih pula.

Masih teringat lagi zaman dulu-dulu ketika musim peperiksaan. Perkara pertama yang difikirkan di ambang kertas terakhir ialah 'meronggeng' di Sunway Pyramid, bermain status 'merdeka' di laman sosial di internet dan membuat perancangan aktiviti cuti dalam blog. Dan kalau baca balik, penuh dengan jenis kartun dan filem yang pending nak ditonton. Huh, itulah zaman ketika kata-kata masih seiring dengan perkataan tambahan seperti 'giler' dan 'siot'. Astaghfirullah.

Musim peperiksaan ini mengajar saya erti jihad a.k.a. sehabis baik sampai longlai. Dan juga mengajar erti syukur. Setelah berhempas pulas sampai terjana beg mata kerana tidak tidur malam. Setelah mengharungi debaran sampai menggeletar tangan dibuatnya. Juga setelah menghadapi dua minggu yang tidak terurus di dalam kepompong belajar.

Apabila keluar dari dewan peperiksaan selepas kertas terakhir...

"Ini je? Sekarang apa?" Fikir saya. Yang digelisahkan, yang difikirkan, yang diperjuangkan selama ini sudah berakhir. Dan ketahuilah, perasaan selepas itu sangatlah aneh kerana yang dirisaukan selama ini hanya itu sahaja. 

Sama juga macam kehidupan sebagai pelajar. Saya berhempas pulas sehingga sembilan semester (campur MUFY). Apabila habis degree nanti, "Now what?"

Dan mulalah selepas itu nak sogok-sogokkan firman Allah, 
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." (Al-Insyirah: 7-8). 
Walhal selepas itu memang futur juga sebab dalam kepala memang tidak ada urusan lain yang dikejarkan. Urusan apa kalau duduk rumah bercuti dan goyang kaki?

Apabila direnungkan kembali, saya fikir selama ini saya telah membuat pendekatan yang betul dalam perjuangan menuju status penolong agama Allah. Yalah, jihad belajar sudah bukan main hebat, diri pun semakin 'baik' daripada dulu. Dalam kepala pun dah diset supaya mendapatkan degree untuk memudahkan urusan dakwah. Juga menuntut ilmu demi kepentingan umat di hari kemudian.

Namun, apabila munculnya soalan "Now what?" itu, hakikatnya saya masih lagi duduk di dalam tampuk permainan robot yang sama, di mana kehidupan saya yang kononnya belajar kerana Allah ini, masih seperti kanak-kanak yang mengejar cita-cita sendiri, memikirkan masa depan sendiri, terbelenggu dengan study sendiri dan semuanya sendiri-sendiri. Tidak ada langsung deria rasa mengenai masa depan umat, juga tidak merasa betapa besarnya kerosakan yang melanda umat ini. 

Di samping itu tidak merasa tolakan bahawa perlunya diri ini berfikir untuk umat dengan penuh passion, sebagaimana passionnya Tariq bin Ziyad dalam menegakkan shahadatul haq dan tidak hanya terhenti dengan batasan laut. Juga seperti passionnya Jaafar bin Abi Talib memenuhi seruan ke Perang Mu'tah walaupun beliau baru sahaja pulang setelah bermastautin lama di Habsyah. Juga passionnya Abu Dzar Al-Ghifari yang setelah dibelasah penduduk Mekah, pulang pula ke kampungnya lalu mengislamkan ratusan saudaranya. Belum lagi berbicara tentang Khalid, Usamah, Mus'ab, Zayyid, Amru, Habib an-Najari (surah yasin), Nu'aim, Abu Ubaidah r.a. dan semua tokoh dari zaman Adam a.s. sehingga zaman kini.

Di mana semangat seperti itu telah terjatuh ke lantai lalu dari bahuku lalu berkecai? Dari mana dan sejak bila ia ada dan ia tidak ada? Di sudut mana semangat pemuda pemudi islam itu bertunggak dalam jiwa saya? Saya pula masih duduk dalam kotak ijazah dan masa depan saya, kononnya sedang beraksi sebagai khalifah Allah.

Walhal ianya tidak pernah cukup. Semangat pemuda itu telah hilang. Saya telah termasuk ke dalam pemuda/i yang longlai. 

Ayuh! Ini masanya untuk berfikir tentang umat! Plan your summer break wisely.

p/s: Pernah ke terfikir perlu juga menjadi engineer for the sake of dakwah? Sebab orang akan 'wow' apabila mendengar mengenai perempuan dalam mechanical engineering (walhal tak ada benda pun). Jika saya tidak jadi engineer, 'wow' itu akan bertukar menjadi "Biasalah tu, perempuan memang susah nak survive dalam bidang ni." So, orang tak respect. And tak mendengar dakwah kita. Jadi, dalam kes ni kalau dai', memang kena jadi engineer juga. *Kena ada pemikiran macam ni ya, Auni.*

Mari berselawat ;-)

2 comments:

Nazihah said...

Salam Auni,

Semoga sentiasa berada dibawah rahmat Ilahi..

just want to share the saying from my new naqibah, kak Nik Nur (since Kak Pija just gave born a princess)..

"Awal langkah kita ke alam dakwah & Tarbiyyah selalunya ditolak oleh semangat yang membara meskipun kita tidak faham. Kemudian masa berlalu, dan smangat mula menyejuk. Tapi saat itu insyaAllah kefahaman kita telah bertambah dan ia pula menolak kita untuk terus tsabat di jalan ini"

mari recharge semangat
mari top up kefahaman

renung2 kan dan selamat beramal =)

Auni Al-Munashy said...

Salam, Ziha.

Jazakillah khairan.
Tepat pada masanya.
Betul sangat cakap kata Kak Nik Nur tu. Semoga kefahaman menambah cinta dan daya tolakan kita.

Uhibbuki fillah <3

Semoga tsabat aidhon!