Friday, 12 November 2010

Saya dan Tariq

Wa la gholib illAllah (Tiada penakluk selain Allah). Ditulis di sudut-sudut istana Al-Hambra (Sepanyol) sebagai peringatan kepada umat Islam yang sedang memerintah empayar Islam yang gilang-gemilang.- Gambar replika Al-Hambra di Putrajaya.

Penat betul main kejar-kejar dengan Tariq. Dia sentiasa ada di hadapan, saya tak boleh juga nak capai dia. Tariq dah berjaya. Dia sibghah Allah (2:178). Seumpama nila yang fitrahnya pekat, dititiskan di mana-mana lalu membiru. Sepanyol sebelanga telah terbiru dengan nila Tariq.

Saya penat mengejar tapi kenapa kepala saya yang sakit? Kalau mengejar, sepatutnya kaki yang melecet. Kaki saya sihat sahaja. Apa selama ini saya kejar Tariq dengan kepala? Patutlah sakit sangat kepala ni (serius).

Macam mana nak jadi nila macam Tariq, macam mana nak membirukan Parit Buntar, sedangkan tengah sakit kepala memikirkan benda-benda 'basic' berikutan cuti ni. 

Tariq fikir perlu bina kapal untuk meredah laut ke Sepanyol. Saya pula fikir macam mana supaya tidak menyepanyolkan diri saya yang melayu kesiaman ini apabila tiba di negara itu. Alahai besarnya beza. Macam mana nak kejar Tariq ni.

Mode: Risau akan tarbiyyah diri apabila balik bercuti. Doakan semoga tarbiyyah dzatiyyah saya efektif  T_T!

Atau mungkinkah saya sedang berperang dengan diri sendiri yang menyuruh pulang dengan segera gara-gara trauma tidak sempat bertemu dengan ayah kerana perancangan pulang lewat sehari selepas exam semester lepas? Ah tidak mungkin. Saya mengimani ketetapan yang telah tertulis Luh Mahfuz. Pena telah terangkat dan tinta telah pun kering. Tiada istilah trauma. Cuma mungkin saya rindu. Itu sebabnya sakit kepala. 

Mode 2: Tidur.

No comments: