Sunday, 7 November 2010

pintu diri

pintu diriku terbuka -
lihat, daunnya berkata,
masuklah,
di dalamnya kau mungkin temui
manusia lebih lebar
perasaan yang lebih lembut
dari marah siang,
yang dibingkai tingkap penglihatanmu.
masuklah,
istirahatlah pada cahaya dalam
pada lengkung buaian pelanginya.
bacalah kata-kata pedar masa,
simpullah,
sebagai buah tangan
seberkas hakikat.

(muhammad haji salleh)



No comments: