Tuesday, 23 November 2010

Mujhe Nahin Pata Tha Ki...

Bulan siang - penuh rahsia.
Berapa banyak anda yakini bahawa anda cukup mengenali diri anda? Bagaimana pula orang terdekat anda? Anda mengenali saya? Sebenarnya, baru-baru ini saya baru mengetahui bahawa saya sendiri belum cukup mengenali diri saya. Jadi, jika anda kata 'ya' tadi, anda silap agaknya :-P

Kisahnya, saya terkejut apabila mengetahui bahawa semua orang memanggil saya dengan nama Siti Munirah sehinggalah saya memasuki alam persekolahan. Sebelum ni saya ingat nama tu nama timang-timangan sahaja. Apabila emak menceritakan kisah dan sejarah nama saya ini, barulah saya tahu halnya. Boleh disimpulkan, jika saya tidak didaftar sebagai Auni Nur Fatin dalam surat lahir, sudah tentu saya masih lagi dikenali di sekolah sebagai Siti Munirah sehingga kini (daftar nama di sekolah kan ikut nama dalam sijil kelahiran - Auni).

Sebenarnya, terlalu banyak yang tidak kita ketahui dalam hidup kita ini. Emak-emak dan ayah-ayah akan menceritakan, tetapi mungkin tidak semua. Kita juga tidak melalui segala perasaan yang dialami mereka dalam setiap situasi dalam proses membesarkan kita. Sehingga kita besar pun, banyak pengorbanan orang sekeliling yang tidak kita ketahui.

Saya tidak tahu ketika emak begitu menunggu-nunggu kelahiran saya dahulu. Saya tidak tahu yang emak pernah merantau hampir satu semenanjung ni sebab nak cari ubat ketika saya sakit dulu.

Saya tidak tahu ketika ayah mencatit segala tarikh penting jadual saya di dalam telefon bimbitnya. Saya tidak tahu ketika ayah mendaftarkan nama saya dalam setiap pertandingan mewarna dan melukis.

Saya juga tidak tahu siapa yang pernah mendukung saya.

Dan sehingga kini, saya belum tentu tahu siapa yang telah mengorbankan banyak perkara di belakang (tanpa pengetahuan saya) untuk saya. Semakin bertambah umur, semakin berkembang hubungan dan kenalan, maka persoalan ini menjadi semakin rumit. Kita tidak akan tahu siapa yang mencintai kita. Kita tidak tahu semua perkara yang orang lakukan untuk kita.

Namun, apa yang saya tahu, Allah akan membalas segala apa yang dilakukan setiap manusia. Dan bagi diri sendiri, saya mesti berusaha untuk menjadi manusia terbaik untuk orang lain. Ada banyak perkara tersembunyi yang kita tidak tahu. Tambahan lagi, ada juga perkara yang masih kekal rahsia walaupun telah dilafazkan.

Kita ada Allah untuk 'membalas' kebaikan dan keburukan orang kepada kita. Allah Maha Mengetahui sehingga ke lubuk hati manusia. Jadi, kalau nak menjawab persoalan-persoalan yang tersembunyi dan misteri seperti bulan siang ini, mintalah kepada Allah.

Ya Allah, saya memohon kepada-Mu akan limpahan cinta dari langit dan bumi. Ya Allah, cintailah saya dan orang-orang yang mencintai saya selama saya pernah berada di muka bumi-Mu.

Amin ya Rabbal 'Alamin. 

p/s: Sedang berasa sedikit sedih, ditabur baja-baja tidak sihat serta dicampur dengan sedikit perisa luar biasa. Mungkin, ada juga sedikit gembira yang membantu (nama saya siap tercetak di kad kahwin. Auni ya bukan Munirah lagi.)  Kembang hidung.... :-)

Mujhe nahin pata tha ki woh mere saath hamesha hai. Isi liye... he he. Phir milenge!

4 comments:

ayahanuna said...

neni!!....
nk kawen dh ke??...
jgn lpe jmpot kak long tau =)

nurul.razmi said...

tak begitu jelas dengan mode dan kata-kata pujangga penulis, tapi mesti sedang sibuk, ya?
semoga Allah bagi kemudahan. may everything goes well =)

masih perlukan tenaga pengedar bunga telur? =D

Auni Al-Munashy said...

kak long: Bukan2! menempel di kad orang ni :-P
Nanti bila saya dah jumpa calon saya jemput kak long datang :-)

nurul.razmi: Adakah begitu sulit bahasanya oh! Meh2. Saya cop kamu 12hb ni untuk jadi pengedar gula2 :-D

HaYaTi said...

siapa pula yg kahwin? 12 hrbulan? sy pun ada kenduri sepupu 12 hrbulan tu... heheheh