Thursday, 25 November 2010

Makan Sireh Hu Ha

Esok saya akan berangkat ke Kuala Lumpur.

Uh! Maaf untuk mengatakan ini, tetapi saya sudah terlalu muak untuk memandu. Berseorangan. Dan jauh. Oh jiwa bersabarlah.
  
Dalam aspek yang lain, saya lega juga untuk pergi balik ke sana. Lega kepala daripada mendengar isu kahwin yang berdengung saban hari di telinga ni. Pergi ceruk ni cakap pasal kahwin, pergi ceruk nu pun cakap pasal kahwin. Sampai post dalam blog pun dah termasuk isu kahwin heh. Apa-apa pun tahniahlah abang-abang, sepupu-sepupu, jiran-jiran dan kawan-kawan!
   
Kepercayaan
   
Cuti-cuti ni kerja mengambil gambar wedding. Ada satu perkara yang menarik perhatian saya ketika melihat kebanyakan orang yang refused ambil gambar bertiga. Ini kerana takut salah seorang akan mati. Funny juga. Hakikatnya semua orang akan mati ya tak.

Saya dipaksa makcik-makcik untuk makan sireh hantaran pengantin, supaya cepat sampai jodoh. Hu hu. Juga diusik dengan kata-kata yang mengatakan kalau suka benda masin-masin maka maksudnya nak dekat kahwin dah.

Huuu... Sungguhlah tiada penjelasan saintifik atau dari al-Quran dan as-Sunnah.

Dan ada juga kepercayaan semasa nak masak nasi. Ketika nak masukkan beras dalam periuk, kena masukkan balik sedikit beras ke dalam tong beras. Ini dipercayai supaya rezeki akan datang berterusan, tidak terhenti. 

Kira macam tahyul pun ada juga. Kalau macam tu kiranya dari kecil saya memang dah nak kahwinlah kot sebab dari kecil saya suka makanan yang masin. :-D

Sedangkan usaha pun bukan tangga kejayaan.

Sedangkan sesuatu perbuatan manusia itu pun tak mendatangkankan hasil. Hasil itu anugerah daripada Allah. Kalau Allah nak beri maka Allah akan beri, sama ada kita berusaha atau tidak. Contohnya, resultnya exam yang bakal keluar 3hb Dis ni sudah tertulis lamaaaa dahulu di Luh Mahfuz. Sama ada saya berusaha atau tidak, tidak akan mengubah result yang sudah tertulis. Jadi buat apa saya berusaha? Yang saya usahakan ialah untuk mendapatkan title 'telah berusaha' itu sebagai hamba dan khalifah Allah. Dan saya juga wajib berusaha, kerana usaha itu adalah suatu jalan yang Allah tunjukkan untuk mendapatkan sesuatu. Saya tidak boleh beroleh sesuatu langsung jika tak masuk dewan periksa. Apa hak saya untuk tidak berusaha?

Firman Allah dalam surah Maryam ayat 25:

"Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu."

Berapa besar punya saiz pohon kurma, bolehkah Maryam yang sedang lemah selepas melahirkan Isa a.s. itu mampu menggoyangkan sampai gugur kurmanya? Kalau ikut logik akal, memang tak logiklah. Namun, oleh kerana hasil itu anugerah Allah, bukannya disebabkan usaha, maka kurma tu gugur. 

Namun, Allah menyuruh Maryam menggoyangkan pangkal pohon kurma itu juga kerana itu sunnatullah atau jalan kerja yang Allah tunjukkan supaya manusia berusaha. 

Macam tu jugalah kita-kita yang dok pulun study ni. Study adalah satu jalan kerja untuk berusaha, untuk beroleh pahala dan mendapat redha Allah. Bukannya untuk menentukan result. Jadi, jika manusia benar-benar faham akan hal ini, jikalau result teruk pun, dia akan redha walaupun dia sangat telah berusaha, sebab itu takdir Allah kali itu untuknya. Jikalau result baik,  maka dia akan bersyukur dengan kurniaan itu, tidak riak kerana ia datang bukan kerana usahanya. 

Inilah kefahaman yang telah tersusun dengan indah dan baik.

Sesuatu perbuatan tidak mengakibatkan implikasi. Maka, usaha bukanlah tangga kejayaan.

Apatah lagi tahyul.

Boleh pula dikaitkan biawak dengan sial? Makan sireh menentukan jodoh? Simpan beras untuk rezeki berterusan? Tidak bergambar bertiga untuk elak mati? Lagilah bercanggah dengan takdir Allah. Tanpa sebarang kaitan logik pula tu. Lebih-lebih teruklah ia ke arah kesyirikan na'uzubillah.

Kalau nak berbalah tentang adakah usaha mencari jodoh itu yang menghasilkan jodoh dengan adakah anugerah/takdir Allah itu yang menghasilkan jodoh itu, tak apa lagi. Orang begini masih boleh dibetulkan kefahamannya. Tapi kalau berbalah tentang makan sireh untuk dapatkan jodoh.... entah tang sudut mana nak bahaskan.

Mari berdoa supaya tidak terpengaruh dengan kepercayaan-kepercayaan ini yang kebanyakannya sudah sebati dengan masyarakat. Kadang-kala kita tidak sengaja mengikutinya kerana sudah terbiasa. Astaghfirullah 3x.
   
p/s: Akhir kalam, saya tidak makan pun sireh itu. Dan saya memerlukan pemandu.

Misi makan dan makan akan terhenti bila balik sana. Maka, target menggemuk tidak akan tercapai dalam minggu ini. Mari menggemuk untuk sihat!

1 comment:

HaYaTi said...

saya pernah kena paksa makan sireh masa raya ke2 yg lepas oleh makcik2 saya. tapi saya tak mau, saya curik2 bagi dekat abah saya sebab saya tahu sireh pahit lepas sepupu saya makan. nasib baik abah ambil dan makcik saya tak nampak. mungkin abah saya ambil sebab muka saya macam nak nangis...hahahhaa....rindu dgn awak!