Tuesday, 2 November 2010

Jom Pandu Laju

Gambar hiasan Sumber

Semalam saya balik ke kampung melalui lebuhraya PLUS. Macam-macam ragam yang anda boleh jumpa apabila memandu di lebuhraya ni. Saya hanya menilai seluruh populasi berdasarkan dari segmen Subang Jaya sampai Parit Buntar. Dalam kata lain, ini merupakan teknik sampling. Ye dop? Anda suka memandu laju? Kalau ada dalam planning anda, maka ini saya sediakan di antara teknik-teknik yang boleh anda pilih ;-P


  1. Teknik high beam - ini merupakan teknik biasa di jalan raya apabila kereta yang sangat laju bernyalakan lampu tinggi sekilas sebagai isyarat kepada kereta di hadapannya supaya beralih ke tepi. Selalunya kereta-kereta ini berada di lorong paling kanan.
  2. Teknik signal kanan - ini juga merupakan teknik isyarat kepada kereta hadapan supaya beralih tetapi dengan cara yang lebih bersopan. Dahulu saya ingat orang yang guna teknik ni tak sihat sebab mereka dah ada di lorong paling kanan, buat apa bagi signal nak ke kanan lagi?
  3. Teknik sondol - ini teknik yang paling mengundang bahaya. Kereta terbabit akan memandu rapat dengan kenderaan di hadapan bertujuan untuk menyaiko pemandu kereta di hadapan supaya menggelabah tahap maksima dan bertukar ke lorong kiri sesegera mungkin.
  4. Teknik menyelit - ini teknik bagi mereka yang malas menekan brek. Apabila ada kenderaan yang perlahan di hadapan, mereka akan bertukar lorong dan menyelit-nyelit di antara kereta serta memotong walaupun melalui lorong paling kiri.
Personally, saya berasa terganggu dengan pemandu-pemandu yang sebegini terutamanya teknik 1, 3 dan 4 kerana pemanduan mereka bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah membahayakan orang lain yang tidak bersalah. 
Sumber Gambar
Dan yang paling penting, daripada cara macam ni secara langsung tertonjol sikap pemandunya yang tidak sabar, rakus, pengikut nafsu, sombong dan bangga diri. Seolah-olah mereka mempunyai kuasa mengarahkan orang lain dengan arahan seringkas memetik jari sahaja. Inilah dia yang dinamakan kesombongan jahiliyyah yang digambarkan Allah dalam ayat ke-26 surah Al-Fath. Dan bukankah Allah melarang kita mencampakkan diri ke dalam bahaya?

Walaupun yang salah itu pemandu, namun lama-kelamaan saya menjadi semakin hilang hormat dengan kereta-kereta besar hanya kerana dua aspek (eg. laju dan BMW) itu sering berkait. Walaupun saya tahu yang salah itu pemandu tetapi saya tidak terlepas untuk menyimpan persepsi terhadap keretanya walaupun keretanya tidak bersalah sama sekali.

Dalam konteks agama, itulah yang terjadi apabila penderhaka-penderhaka agama membawa nama agama bersama mereka. Pemandu itu adalah muslim dan kereta itu adalah Islam. Seperti pemanduan, yang dipandang orang bukanlah orang islam itu tetapi nama Islam yang dibawanya. Jadi, tak dapat nak salahkan orang yang mempunyai banyak salah faham ke atas islam kerana kesalahan itu lahir daripada orang islam itu sendiri. 

Bukanlah nak minta semua orang jadi sempurna. Seperti pemandu di jalan raya, tidak ada pun manusia yang sempurna melainkan penghulu kita Rasulullah s.a.w. yang maksum. Namun, kesalahan-kesalahan mereka yang dilakukan kerana terlalai atau tidak tahu ini mungkin dikira boleh dimaafkan kerana tidaklah sampai menyebabkan kita menyumpah keretanya, kan? Kejamlah kalau nak berkira-kira dengan kereta yang ada sticker 'P'. Ye dop?

Kesimpulannya, walau apa pun alasan seseorang itu 'memandu' dengan cara pilihannya dan dia mungkin rasa selamat kerana tidak dapat dilihat pemandu lain, jangan lupa ada yang sedang memerhatikannya. Di lebuhraya, mungkin polis yang bersembunyi. Di alam realiti, tentunya Allah.

Bersyukur dengan apa yang dimiliki. Tanda kufur ialah sombong.  Sumber Gambar

Mari muhasabah. Jangan jadi seperti satu golongan ini - sudahlah tidak mahu mengajak ke arah islam malah menjauhkan orang daripada islam.

Nota:
- Bukan bermaksud merendah atau meninggikan darjat orang di jalanraya dengan analogi jenis kereta dan taraf lesen. Allah kan memandang taqwa. ;-P
- Saya pun dulu suka bawa laju tapi dah bertaubat hehhe. Dan saya suka pemandu yang bertolak ansur.
- Saya tidak terlepas juga daripada menulis post panjang ;-D

2 comments:

Nazihah said...

salam auni..

where r u now? parit buntar ke?
how's ur mom.. hv she discharged from ward?

tomorrow we'll start the journey to tganu/phg. i'll be one of the driver.. together wt my bilal. pray for us k.. sy ni klu atas highway xsdr bw laju huhu.. apa lagi klu folo org.. insyaAllah nanti kite kongsi same2 buah tgn ilmu dr sana =)

Auni Al-Munashy said...

salam ziha.

haah kat pb. mak dah okay alhamdulillah sihat. ada kat rumah. hari ni nak pergi check kesihatan kat sepital insyaAllah.

Jaulah!! Wah bestnya boleh jumpa syuyukh. jangan lupa report nanti eh. hati-hati, both ziha and bilal ;)