Tuesday, 12 October 2010

Qalbu


Maaf, post kali ini banyak persoalan.

Kebanyakan perkara menjadi luar biasa sejak akhir-akhir ini. Bukan kerana ada keajaiban yang muncul dari celah-celah tanah yang aku berpijak tetapi kerana aku yang sedang berasa aneh dengan diri sendiri.

Al-kisah, aku membeli air minuman untuk diri aku dan untuk Qalbi semalam. Semasa kami sedang duduk minum, aku bertanya kepadanya, "Qalbi puasa ke hari ni?"

Apa lagi terbeliaklah mata Qalbi dengan berkali-kali entah sama ada kerana dia tidak percaya dengan soalan itu atau kerana dia fikir aku bermain-main. "Apa?" Tanyaku berkali-kali.


Apabila aku tahu apa yang sedang berlaku - I was like... APAKAH?

Qalbi kata, "I'm worried."

Kemudian, aku mencari dompet di dalam beg sedangkan baru sahaja aku letak dalam poket. Aku pun berkata, "Now I'm worrried."

What's going on with me lately?

Aku risau jika nanti suatu hari nanti akan akan ada soalan kepada suami aku, "Kita ada bawa anak kita datang sekali ke tadi?" Ha ha. Matilah.

Namun, apabila melihat dari sudut yang positif, aku berasa lega. Selama ini, dengan sifat 'memori-singkat' aku ini, aku akui yang ianya mudah terlupa hal-hal yang tidak bagus. Contohnya, aku lupa yang aku sepatutnya bersedih kerana bad performance dalam pembentangan atau apa-apa.

Yang negatifnya, kasihan orang-orang di sekeliling aku nanti. Tertinggal anak di supermarket ha ha. Na'uzubillah daripada semua itu.

Jika memiliki hati yang dipelihara Allah, itu sudah cukup buat aku walaupun kemampuan otak tak macam orang lain. Yang memberitahu kita faham atau tidak, adalah hati. Yang menentukan diri sendiri bahagia atau tidak, juga adalah hati.

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging. Bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.

Contohnya, jika kita pergi ke tempat yang paling best dalam keadaan sakit gigi, kita tidak akan rasa bahagia kerana internal kita tidak aman. Jadi, dalam kehidupan pastikan internal anda bahagia walaupun fizikal anda terkurung.

Otak dengan hati, mestilah hati yang paling penting untuk dititikberatkan. Itu sebabnya kena bagi makanan hati banyak-banyak, jangan bagi pada otak saja. 

p/s: Bagaimana orang begitu yakin jika dia mencintai menyayangi seseorang itu kerana ianya benar-benar  cinta sayang, bukannya suatu obsesi semata-mata? Angkat bahu. Jika untuk Islam, memang kena obses dan cinta. Untuk orang? Anda pernah obses kepada emak?

No comments: