Monday, 18 October 2010

Pengajaran: Umur dan Kesederhanaan


Saya nak buat post dalam format ala-ala literature review final year project progress report.

Umur

Pagi ini saya dikejutkan dengan bunyi letupan yang sangat kuat. Sampai terjaga dari tidur. Rupa-rupanya bunyi letupan tu datang daripada table fan yang saya lihat sudah hancur bilah kipasnya apabila saya cepat-cepat matikan suis. Bahagian-bahagian kecil yang hancur berselerakan di dalam bilik. 

Alhamdulillah, saya selamat walaupun hampir-hampir 'disembelih' serpihan-serpihan tersebut. Bunyi letupan ni jadi ringtone alarm saya pada hari ini kerana instead of bunyi music box pada jam 4.55 pagi, 'alarm letupan' ni berbunyi pada jam 4.52 pagi. Dapat bonus tiga minit untuk buat scene investigation.

Ini kejadian kedua saya hampir-hampir dikelar bilah kipas. Kali pertama dahulu ialah ketika saya form 5 apabila kipas dalam dorm meletup juga ketika saya tidur. Serpihan juga ditemui sejengkal daripada muka saya. Alhamdulillah Allah takdirkan nyawa saya masih panjang sehingga kini. 

Letupan lain yang pernah berlaku ialah charger handphone yang meletup di rumah sewa lama pada tahun lepas. Rupa charger itu menjadi sedikit hangit. Mujurlah tiada sesiapa yang cedera.

Agaknya kejadian ini merupakan kejadian prelim untuk bacaan majalah SOLUSI isu 24 yang bertemakan 'Panjangkan Usiaku' yang saya sedang baca. Bak kata artikel bertajuk 'Orang Bijak Panjang Umur!' yang baru sahaja dibaca semalam: 

"Kita datang ke dunia seperti menaiki sebuah bas dengan destinasi yang berbeza. Tidak semestinya yang naik dahulu akan turun dahulu."

Dan saya sangat terkesan dengan perumpamaan: 'Kaki kita tidak boleh memijak air yang sama pada air sungai yang mengalir.'

Masa ni sangat relatif. Definasinya tidak terhenti hanya pada muka jam. Contohnya apabila buat presentation, 5 minit terasa macam 5 jam di hadapan orang ramai. Juga apabila mula-mula masuk universiti, rasa macam lambat lagi nak habis. Sekarang dah final year, rasa macam cepat sangat masa berlalu. Dan kita pernah juga mimpi dengan latar masa yang panjang sedangkan bila terjaga, "La, aku tertidur 2 minit sahaja tadi!" 

Yang paling penting, kita tidak akan mendapat peluang yang sama setiap kali. Bila waktu lapang, gunakan sebaiknya sebab nanti bila dah sangat sibuk baru nak menyesal. Apa yang mampu dibuat sekarang, maka buatlah sebaik mungkin.

Tak nak cerita contoh banyak-banyak sebab semua orang pun lebih mengetahui pengalaman sendiri dealing dengan masa, peluang dan juga penyesalan.

Jadi hargailah masa anda dan orang yang tersayang sementara ada peluang. Umur bukannya semakin panjang setiap hari. Malah semakin pendek semasa kita sambut hari lahir setiap tahun.

Kesederhanaan

Bila tengok superbike mesti teringatkan ayah. Dulu sejak kecil saya sangat minat superbike. Malangnya saya jarang dan tidak pakar menunggang motosikal walaupun moto EX-5 pun. Macam manalah nak tunggang superbike! Malah, moto yang saya tunggang hampir terbalik ketika saya hendak parkir di hadapan kedai mamak tepi De Dan tu. Ha ha ha.

Kini tidak idamkannya lagi disebabkan satu peristiwa:

Semasa duduk di hostel dahulu (tahun 2008 kot), saya menunggang basikal ke universiti. Masalahnya, basikal ni mempunyai rantai yang longgar. Sikit-sikit jatuh. Sikit-sikit jatuh. Saya pun cubalah nak repair since tayar pun dah pancit etc. etc. 

Suatu pagi, saya belek-belek basikal tu di tempat parkir basikal dan motosikal di hostel. Saya cuba nak keluarkan tayar tapi gagal. Lama jugalah saya menghadap basikal tu.

Tiba-tiba muncul sebuah superbike besar dan memarkir di situ. Lelaki itu nampak saya terkial-kial tetapi dia langsung tidak mahu tolong dan berlalu pergi. Saya tak kisah sangat pada mulanya.

Kemudian datang sebuah motosikal biasa pula yang ditunggang seorang lelaki yang lain. Dia tanya saya tentang basikal saya. Lalu dia pun terus tolong keluarkan tayar tu. Saya baru tersedar yang part tu senang sahaja. Namun, dia tak tergelak atau menyindir (eg. "dasar perempuan") malah rileks sahaja mengotorkan tangannya dengan minyak. Pada waktu itu barulah saya terperasan beza pak cik ni dengan pak cik moto besar tadi.

Daripada beli superbike, elok juga guna duit tu untuk beli beberapa buah motosikal kecil untuk berkonvoi dengan kawan-kawan pergi usrah. Atau beli hadiah untuk emak atau simpan untuk keperluan masa hadapan.

Simpan lagi gambar ni.
Mesej yang nak disampaikan ialah: Kadang-kadang orang yang bersederhana jauh lebih baik daripada yang mewah-mewah. Tapi saya bukan nak kata orang yang bawa superbike ni kerek. Ayah dan abang saya pun bawa superbike tapi beza kot dengan pak cik superbike yang diceritakan tadi. Ianya tentang kesederhanaan.

"Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami beri kepada beberapa golongan dari mereka, (sebagai) bunga kehidupan dunia, agar Kami uji mereka dengan (kesenangan) itu. Karunia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal." (Surah Taha, 20:131)

Sejuk hati kan?

No comments: