Sunday, 31 October 2010

Mungkinkah Aku Cinta

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." (51:56) Sumber gambar

Setiap manusia hidup dalam sangkaan yang dicipta sendiri-sendiri. Mereka memandang ikhlas itu dengan analisa sendiri kerana tahap kesucian jiwa manusia adalah berbeza-beza. Yang haq dan batil telah jelas. Solat itu kepatuhan, tidak solat itu kekufuran. Yang tinggal tidak jelas itu ialah niat dan keikhlasan. 

Apakah sama orang yang solat kerana mencari ketenangan hati dengan yang solat kerana mencari keredhaan Tuhan? Apakah sama ingin bernikah kerana cinta pada kesolehan dengan yang ingin bernikah kerana cinta pada Tuhan? Apakah serupa yang bercakap kerana inginkan pendengar dengan bercakap kerana ingin menyampaikan?

Aku mencorong lidah ke langit.
Aku pertaruhkan nyawa dan harta.
Mana mungkin aku mencintai-Mu.
Sambil membina berhala manusia.

Telah aku kembalikan jiwa raga.
Dengan anggapan paling sempurna.
Mana mungkin aku mencintai-Mu.
Dengan hantaran debu dunia.

Aku tuangkan segala cinta.
Sambil mata menadah ke langit.
Mana mungkin aku mencintai-Mu.
Lantaran prasangka yang dipuja-puja.

Telah aku padamkan rasa.
Demi mengejar sinar abadi.
Mana mungkin aku mencintai-Mu.
Tatkala aku mendamba diri sendiri.

Taburkan pasir.
Pada wajah.



Nota:
- Wahai du'at, waspadalah!
- Dan mana mungkin aku mencintaimu (muhasabah hadith 1).

No comments: