Tuesday, 26 October 2010

Menuju Perubahan

Assalamualaikum.

Saya telah kembali di 'Cerita Kita'. Sebenarnya saya baru sahaja melepasi masa sibuk yang kritikal. Namun, saya yakin saya merindui masa sibuk itu kerana ada kata-kata berbunyi, 'Hanya orang sibuk yang ada masa lapang.' Saya menyetujuinya. Sangat.

Saya telah banyak terhanyut dalam permainan senda gurau dunia. Telah banyak ketawa ria dan bergurau senda. Walhal, orang yang berjuang tidak ada masa untuk semua ini. No sia-sia, no bersuka ria.

“Apakah kamu tahu akan perihal golongan yang mengambil hawa nafsunya sebagai tuhan ?” (Al-Furqan : 43)

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Al An’am : 116)

Dunia ini penuh dengan al-hawa dan senda gurau. Namun susahnya untuk mengubah.

Ini kerana saya sejak dahulu tidak pandai berbicara. Jadi, untuk mengelakkan diri daripada menjadi seorang yang pendiam, saya berbicara dengan banyaknya usikan dan candaan. Setiap patah kata yang keluar hanya membuahkan tawa. Namun, ia pernah sampai ke suatu masa yang saya berasa begitu bodoh sekali dan seolah-olah hilang harga diri. Juga lama-kelamaan terasa hilang perasaan hormat kepada diri sendiri.

Saya perlu kurangkan bercanda. Saya perlu menjauhi yang sia-sia. Namun ia susah untuk mengubah sesuatu yang barangkali sudah sebati dalam diri. Seperti mengubah belahan rambut di kepala daripada tengah ke kanan. Sudah tentu ia akan kelihatan tidak cantik dan tidak biasa pada awalnya. Namun, lambat-laun bentuknya akan selari dan cantik semula.

Perubahan-perubahan akan berlaku setiap masa. Yang kita kejarkan adalah perubahan demi menuju redha Allah. Tidak mungkin saya sanggup mengubah bermacam benda dan sanggup meninggalkan banyak perkara yang saya sayangi selama ini jika bukan kerana redha Allah.

Sahabat-sahabat nabi menuangkan arak di jalanan selepas turun ayat tentang pengharamannya. Para-para sahabiah berlari-lari menarik kain langsir untuk menutup kepala mereka selepas turunnya ayat mewajibkan menutup aurat.

Tidak kurang juga pada zaman ini ikhwah akhawat yang berhempas pulas.

Mereka telah tinggalkan drama-drama korea. Tinggalkan cinta monyet. Tinggalkan tabiat melepak. Tinggalkan trend pakaian. Tinggalkan panggung wayang. Tinggalkan hang out sesama rakan sekerja. Tinggalkan aktiviti-aktiviti best. Tinggalkan kemewahan dan kerehatan. Tinggalkan tabiat menyendiri di dalam rumah. Tinggalkan majlis-majlis keramaian meriah. Tinggalkan itu. Tinggalkan ini. 

Semestinya bukan senang.

Jika tidak susah seperti menggenggam bara api, maka maksudnya kita belum beramal dengan islam dengan sebenar-benarnya. Ini kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Beramar ma'ruf dan nahi mungkarlah kamu sehingga (sampai) kamu melihat kebakhilan sebagai perkara yang dita'ati, hawa nafsu sebagai perkara yang diikuti; dan dunia (kemewahan) sebagai perkara yang diagungkan (setiap orang mengatakan dirinya di atas agama Islam dengan dasar hawa nafsunya. Dan Islam bertentangan dengan apa yang mereka sandarkan padan kamu (tetaplah di atas diri-diri) dan tinggalkanlah orang-orang awam kerana sesungguhnya pada hari itu adalah hari yang penuh dengan kesabaran (hari di mana seseorang yang sabar menjalankan al haq dia akan mendapatkan pahala yang besar dan berlipat kali ganda). Seseorang yang bersabar pada hari itu seperti seseorang yang memegang sesuatu di atas bara api, seseorang yang beramal pada hari itu sama pahalanya dengan 50 orang yang beramal sepertinya."

Seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w yang artinya: "Ya Rasulullah, pahala 50 orang dari mereka?" Rasulullah s.a.w berkata: "Pahala 50 orang dari kamu (para Sahabat Rasulullah s.aw.)" 
(hr. Abu Daud dan At-Tirmizi)    Klik di sini untuk bacaan penuh.

Jadi, jika tak rasa susah tu, faham-fahamlah maksudnya!

Kan Charlie?

2 comments:

Nazihah said...

mari berubah kepada yang disukai Allah, walaupun kita tidak suka.. disinilah letaknya ujian dan of course, sumber pahala!

Telah diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu. Padahal dia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-BAqarah: 216)

Auni Al-Munashy said...

;-)

<3