Wednesday, 13 October 2010

He is of me, I am of him

Eksiden. (Menjadi kebiasaan untuk menamakan kereta dengan nama para sahabat. Bila aku jawab, orang akan berkata, "Julaybib, siapa tu?")

"Dia dariku, aku darinya. Aku darinya, dia dariku."

Kata-kata yang indah ini membuatkan mataku bersinar keharuan. Aku tidak nampak hal itu, cuma merasakannya. Bagaimana kata-kata yang indah ini boleh diluahkan oleh seseorang yang hebat dan dikenali kepada seseorang yang bagi orang lain tidaklah significant? Begitu indahnya akhlak yang ditunjukkan.

"Siapa yang kamu kehilangan?" "Kami kehilangan si fulan dan si fulan." "Siapa lagi yang kamu kehilangan?" "Kami kehilangan si fulan dan si fulan." "Siapa lagi?" "Si fulan dan si fulan" "Masih ada sesiapa lagi?" "Tiada sesiapa." "Sesungguhnya aku kehilangan Julaybib."
"Dia dariku, aku darinya."

Julaybib. Suatu nama yang jarang-jarang sekali didengari dalam mana-mana bual bicara muslimin zaman kini. Hatta, ia kurang dikenali kerana ketidakpopularannya di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. sekalipun. Namanya disebut Julaybib, yang bermaksudkan gambaran fizikalnya yang kecil dan rendah. Disebut pula namanya tanpa diikuti nama ibu bapanya atau nama sebenarnya. Begitu misteri. Namun, nama Julaybib ini telah mengajar erti keikhlasan dalam perjuangan.

Sejurus Rasulullah s.a.w. menyatakan keguguran Julaybib dalam peperangan itu, Baginda mengarahkan para sahabat mencari jasad Julaybib. Beliau ditemui bersama tujuh jasad musuh yang telah dibunuhnya sebelum dia sendiri dibunuh oleh musuh kemudian. Rasulullah s.a.w. berkata, "Dia membunuh tujuh musuh dan kemudian dia dibunuh? Sesungguhnya dia dariku, aku darinya."

Lalu, Rasulullah s.a.w. pun mengangkat Julaybib di atas tangan Baginda tanpa sebarang alas dan kemudian Baginda sendiri yang menguburkannya. Menurut riwayat tidak disebutkan yang Rasulullah s.a.w. mengafankannya.

Ada apa dalam hati Julaybib sehingga beliau berjuang tanpa gentar dalam medan peperangan? Apa yang mengukuhkan hatinya untuk berdepan dengan tujuh orang musuh sekaligus, lantas dengan tegarnya dia mampu membunuh mereka semua dan akhirnya beliau sendiri syahid? Subhanallah. Begitu ikhlas Julaybib berjuang di dalam agama Allah. Dirinya kekal tidak dikenali di mata manusia namun darjatnya ditinggikan di sisi Allah dan Rasulullah s.a.w. kerana keikhlasannya.

Aku ingin sekali menjadi seperti Julaybib. Seseorang yang tidak dikenali tetapi telah dimuliakan dengan ucapan, "Dia dariku, aku darinya."

Namun, apabila perkara yang berlaku tidak seperti yang diharapkan, seringkali aku berasa kecewa dan berputus asa. Seolah-olah aku melakukan sesuatu untuk melihat hasilnya, bukan kerana mengharapkan kebaikan yang datang daripada perlakuan itu sendiri. Hati, di mana keikhlasanmu?

Ikhlas itu, contohnya, apabila seorang ibu berusaha menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya tetapi end up tiada sesiapa pun yang menyentuhnya. Jika ia benar-benar ikhlas menyediakannya demi mengharap redha Allah, maka ia tidak perlu rasa kecewa langsung. Kerana ia hanya mahu keredhaan Allah. Juga apabila seorang ayah berusaha mengorbankan cuti dan rehatnya untuk menghantar anak ke kelas tuisyen, ditengking polis pula di pertengahan jalan kerana tidak sengaja membuat kesalahan, sesungguhnya ia tidak perlu berasa penat dan kecewa jika ia benar-benar ikhlas menunaikan kasih sayangnya terhadap anaknya demi mencapai redha Penciptanya.

Juga jika merindui orang yang jauh sehingga mati, ikhlaskan hati, berdoalah untuk kebaikannya. Nescaya tiada lagi rasa kecewa dan bersedih hati.

Mungkin ini yang telah Julaybib capai dalam hatinya. Sehingga dia diangkat darjatnya dengan neraca Ilahi. 

Ya Allah, sejauh manakah keihklasan hatiku?

"Dia dariku, aku darinya. Aku darinya, dia dariku."

4 comments:

Ladyship Atie said...

salam kak,
gambar cm xde kaitan dengan entry je? haha

kereta kak auni accident?
innalillah!
haritu atie pun accident, Naza Citra.
remuk lebih kurang gak la. rm1000.
tak termasuk caj kat org yg atie langgar lagi. gigil2 keluar duit haha

Auni Al-Munashy said...

Salam, Atie.

Ha ha sorry la tak ada gambar that is more related to Julaybib.

Tak suka suasana accident sebab semua buat muka masam macam nak makan orang.
Especially kalau melibatkan RM1000, mesti semua macam nak telan awak je ha ha.

Anonymous said...

salam auni
kak fara here
ukhti,
kereta enti eksiden ke?
enti ok???

Auni Al-Munashy said...

Salam Ukhti Fara,

Eksiden tahun lepas. Alhamdulillah.
Saya tak ada apa-apa sebab abang ngah yang drive waktu tu.
Si Julaybib ni la yang hancur sikit.

Miss you ;)