Friday, 24 September 2010

PIT! PIT!



Saya sebenarnya sedang mencari lebih banyak artikel untuk menyokong research saya mengenai tajuk 'Product Ideas Tree using TRIZ'. Buat masa sekarang, pencarian frasa 'Product Ideas Tree' sahaja pun hanya mampu menampilkan tiga jurnal dalam databases yang besar dan banyak tu. Yang 'bagusnya', kesemuanya telah pun saya baca.

Minggu lalu saya telah membentangkan mengenai hasil pencarian saya akan tool Product Ideas Tree (PIT) ini. Saya berjaya menyelitkan teori TRIZ ke dalam tool ini, dengan harapan dapat menambahbaikkan tool ini, bukan semata-mata target 'ada sesuatu' untuk ditulis dalam report.


Namun, segala-galanya bertukar menjadi kecewa, apabila saya tidak cukup resources mengenai PIT ini. Pelik - takkan tak ada research terbaru sedangkan PIT ini telah diperkenalkan sepuluh tahun yang lalu!

Saya merasakan kekurangan yang saya temui dalam method lama PIT terlalu kecil untuk diambil kisah. Saya mula merasakan tidak apa kalau saya tidak selitkan teori TRIZ di situ. Macam tidak efek apa-apa. Supervisor cakap, penemuan ini bagus. Which is dari sudut akademik baguslah apabila menambahbaik sesuatu tool

Namun, semasa mesyuarat, teman dari postgraduate yang berada dalam bidang yang sama menyuruh saya berhati-hati. Saya perlu mengkaji tentang penggunaan PIT ini dalam industri. Saya perlu melihat ke hadapan, adakah langkah yang saya perkenalkan ini akan membantu atau hanya akan dilontarkan dengan kata-kata, "Alah, abaikan sahaja step ni, mengarut je." Yang bermaksud - penemuan saya adalah sampah.

Pepatah arab ada mengatakan:

Al-ilmun ila 'amalin kasy syajari bila tsamarin.

Ilmu tanpa amal itu ibarat pohon yang tidak berbuah!

Malangnya kalau method yang diusahakan itu hanyalah biji benih untuk pohon yang tak berbuah.

(Bahagian akademik dan industri adalah berbeza. Penemuan anda mungkin boleh dihargai dalam akademik. Malangnya anda mungkin langsung tidak dipandang dalam bidang industri.)

T_T!

Saya berharap ada respon daripada post ini yang berbunyi seperti ini:

Saya sedang membuat pencarian akan tajuk PIT dan TRIZ lalu menemukan blog anda ini. Saya telah pun membuat banyak kajian mengenai PIT dan telah pun mempunyai banyak sumber mengenainya. Saya berminat untuk membantu anda. Saya akan emelkan semua artikel yang berkaitan dengan PIT dan TRIZ kepada anda. Ada seratus semuanya. Semoga bermanfaat.

Huhui! Macam bulan jatuh ke riba.


4 comments:

budak biotek said...

assalamualaikum..

walaupun saya tidak dapat membantu.. tapi saya sukalah post ni.. heheh

cuma daripada pengalaman, kadang-kadang kita perlu memperbagaikan kata kunci yang digunakan untuk search journal.. maksudnya tidak terikat dengan term TRIZ atau PIT sahaja (untuk kes ini).. mungkin keyword yang lain yang ditemui dalam jurnal yang sudah dibaca boleh digunakan..

semoga berjaya!

nurul.razmi said...

Saya sedang membuat pencarian akan tajuk PIT dan TRIZ lalu menemukan blog anda ini. Saya telah pun membuat banyak kajian mengenai PIT dan telah pun mempunyai banyak sumber mengenainya. Saya berminat untuk membantu anda. Saya akan emelkan semua artikel yang berkaitan dengan PIT dan TRIZ kepada anda. Ada seratus semuanya. Semoga bermanfaat.

Sila hubungi saya di 63

Auni Al-Munashy said...

budak biotek:
thanks for the tips! budak-budak biotech memang pro bab-bab ni.

nurul.razmi:
ha ha. palsu2!!

HaYaTi said...

setuju dgn budak biotek... hehe
kena guna mcm2 cara jugak. takpun bila dah jumpa artikel journal tu, cuba try klik 'similar articles'.
mesti keluar yg berkaitan. ntah2 boleh capai seratus!'