Thursday, 9 September 2010

Masa Yang Berlalu


Hari ini sepatutnya saya tiada kelas. Namun, saya menghadiri kuliah dan tutorial subjek Marketing yang sepatutnya dihadiri esok jika mengikut jadual. Ini disebabkan saya perlu pulang ke kampung dengan segera. Lagipun, semua orang pun tahu menghadiri kelas pada hari sebelum raya merupakan sesuatu perkara yang tidak diterima akal. Namun, itulah hakikatnya jika anda belajar di universiti antarabangsa. Culture yang sangat berbeza.

Melayu minoriti. Bergantung kepada kewujudan pelajar tajaan MARA dan JPA sahaja.

"Itu. Tengok tu," kata seorang sahabat pada suatu hari ketika kami sedang melihat pemandangan pokok-pokok universiti sementara menunggu kehadiran pensyarah untuk sesi tutorial. Saya pun mengalihkan pandangan ke arah yang dikatakannya. Terkejut bukan kepalang saya dibuatnya. Yang ditunjukkannya itu adalah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang berjalan di bangunan berhampiran.

"Astaghfirullahal 'azim!" Kata saya, mengalihkan mata. Dalam masa yang sama hampir meledak ketawa saya kerana terkejut tidak percaya. Yalah, mimpi apalah yang membuatkan sahabat yang sering menundukkan pandangan ini tiba-tiba menyuruhku memandang lelaki!

Sebenarnya saya tidak terkejut jika sahabat saya berbuat begitu. Malah di suatu sudut lain saya tidak menyalahkannya.

Tiga tahun penantian yang panjang buat kami. Jika dahulu, kehidupan di universiti ini begitu perit. Dengan 'dunia' universiti yang penuh dengan noda dan kecintaan dunia; fashion: skirt sejengkal dipakai hampir 80% pelajar bukan islam (tapi melayu pun menyumbang ke arah peratusan itu), couple: tanpa rasa malu bercumbuan di khalayak ramai (melayu pun ada), robot: terlalu cinta pada study sampai mengabaikan solat, pergaulan bebas dan sebagainya. Semacam orang asing di negeri sendiri.

Nak baca quran di library dan dewan kuliah pun dipandang aneh. Baca doa pada waktu luar kebiasaan pun merupakan pemandangan luar biasa bagi mereka. Namun, dugaan seperti ini membuatkan kami semakin yakin yang kami di jalan yang benar, kerana islam itu akan datang dan pergi dalam keadaan yang asing. Dan apabila megenangkan akhir kata-kata Rasulullah (hadith) itu, 'Beruntunglah orang-orang yang asing,' maka kami melalui dugaan dengan perasaan aman dan bahagia.

Sampai suatu tahap, saya berniqab dalam uasaha bagi menjaga hati. Selepas itu dugaan dan ejekan macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Ada yang buat gaya samurai bila nampak saya. Ada yang ejek kata terpengaruh dengan watak novellah. Padahal pada ketika itu tak pernah tengok/baca lagi cerita yang dimaksudkan itu. Yang bestnya, bila exam. Setiap kali selepas exam, pengawas akan datang kepada saya, menyuruh saya keluar untuk memastikan identiti.

Saya pun keluar dan membuka niqab untuk dilihat oleh kakak pengawas islam. Jadi, setiap kali exam, sayalah orang pertama yang keluar daripada dewan walhal orang lain kena tunggu lagi. Hebat tak he he. Namun akhirnya, atas banyak kekangan, niqab 'ditanggal' bermula tahun 2010. Hmm sedih pula.


Alhamdulillah. Tempat ini kini telah dipenuhi dengan wajah-wajah baru. Dimuatkan dengan bi'ah soleh solehah. Hanya Allah sahajalah yang tahu betapa gembiranya hati kami apabila diberitakan bahawa yang bakal menjejakkan kaki ke bumi Monash ini rata-ratanya adalah bagus-bagus dengan fikrah yang sihat.

Kami lega kerana sekurang-kurangnya ada generasi baru yang akan cuba menegakkan islam di sini selepas kami walaupun bukan kami orangnya. Semoga mereka akan terus melaju selepas ketiadaan kami dan tidak mengalami dugaan-dugaan macam yang telah kami lalui dulu. Memang patutlah sahabat saya gembira melihat mereka.

Di suatu sudut yang lain, saya gusar juga. Apakah mereka akan bertahan di sini? Apakah mereka mampu menghadapi beban dugaan di sini? Apakah mereka akan terbiasa melihat jahiliyyah dan menghadamnya sebagai kebiasaan atau mereka akan bermati-matian membencinya? Husnu dzon. Insya Allah.

Selepas pulang daripada kelas Marketing, saya begitu mengantuk sekali lalu tertidur. Apabila terjaga, saya menyedari yang telah banyak masa yang telah terbuang dan disia-siakan. Tambahan lagi, ini malam terakhir Ramadhan. Tatkala orang disibukkan dengan baju raya, Ramadhan tetap Ramadhan. Malam ini masih Ramadhan yang berkah, tidak hilang sinarnya walaupun manusia sudah menggilai Syawal!

Sedih. Mampukah saya meninggalkan Ramadhan kali ini dengan yakin bahawa segalanya telah dibuat dengan sebaik mungkin? Adakah saya memperolehi taqwa itu? Adakah matlamat puasa dicapai? Telah terdidikkah hati dan jasad saya? ;(

Saya begitu takut nak pulang ke kampung. Walaupun ajal mampu tiba bila-bila masa sahaja walaupun sedang tidur, saya takut nak memandu balik ke kampung. Jika mati di pertengahan jalan, adakah saya akan menuju ke pengakhiran yang selamat walhal dosa bertimbun-timbun.

Aku berasa begitu munafik sekali. Pada suatu masa, hatiku begitu khusyuk mengingati Allah. Tidak lama kemudian, aku pulang kepada dunia dan dengan mudah aku melupakan-Nya seolah-olah aku tidak pernah khusyuk seperti tadi.

Ya Allah, keluarkanlah kami dari Ramadhan bersama-sama keampunan-Mu. Celakalah kami jika tidak dikurniakan keampunanmu. Lantas dunia dan seisinya mencela kami. Lalu, akan jauhlah kami dari doa para Rasul, para malaikat dan setiap zarah alam. Hanya kepada-Mu kami berlindung daripada kejahatan dan hanya kepada-Mu kami memohon keampunan. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang. Amin.


p/s: Buat sahabat-sahabat yang memegang tanganku sejak pertama kali kita melangkah ke jalan ini, I miss you all.
Salam Aidilfitri buat semua umat Islam. Maaf zahir dan batin.
Oleh kerana tertidur, tidak ada makanan sampai waktu berbuka. Turun bawah tengok-tengok dah ada sekotak susu, sebungkus roti dan sebotol 'Vitagen' untuk saya. Oh cik M you are so sweet. Thank you Allah!

2 comments:

imtiyaz91 said...

Salam...mabruk, entry yang berkesan.. Jiwa2 yang baru ini insyaAllah akan terus bertahan pada jalan mereka..
InsyaAllah!

SyaPhoenix said...

insyaAllah. kami akan bertahan dan saling mempertahankan.
doakan kami. insyaAllah. :)