Saturday, 4 September 2010

Lepaskan Kau Pergi



Terima kasih ya Allah kerana telah menciptakan seseorang yang sebegitu kerana perlakuannya sangat membantu pembinaan taqwa aku dan dia. Walaupun aku 'marah' dengan apa yang terjadi, di hujung tempoh kemarahan itu, akhirnya perasaan yang aku rasakan hanyalah cinta yang terarah pada-Mu. Terima kasih ya adik. Mungkinkah kau yang satu dalam seribu itu? Alhamdulillah [1].


Belajar untuk redha.

Aku sudah terbiasa dengan perkara ini. Agaknya sudah jadi profesional kerana sudah bertahun-tahun aku disapa cerita yang sama sahaja. Kalau belajar konsep Marketing, asas terminologinya yang pertama ialah Needs, Wants and Demands. Kamu telah melengkapi kemahuanku yang asas iaitu Needs. Kamu juga menepati apa yang aku suka dalam Wants. Jadi, adakah 'kesempurnaan' itu yang menjadi sebabnya aku melemparkan banyak Demands dan akhirnya kita saling melukai?

Aku tidak redha dengan sikap aku. Namun, aku redha memberikan hak dirimu kepada dirimu sepenuhnya kerana hak itu milik kamu. Akan aku belajar untuk redha semasa 'melepaskan' kamu daripada ikatan Demands yang aku salah anggap sebagai 'kasih sayang' ini [2].

Personal Growth.

Dulu aku sangat suka majlis-majlis keramaian. Kalau bakal diadakan satu, yang satu itulah akan aku tunggu sejak berbulan-bulan sebelumnya. Di situ akan berlaku perkara-perkara seronok, bergambar dan kita bebas bergembira buat seketika tanpa memikirkan masalah yang ada.

Kini aku telah berasa malu sekali untuk muncul dan dilihat tanpa batas. Ditambah lagi dengan majlis yang asalnya dibina atas nama agama, telah jatuh dan hilang nilai moralnya. Aku berasa geli sekali. Aku berasa malu lagi. Sumpah aku tidak mahu lagi datang tahun hadapan (lagipun waktu itu aku dah grad iA) [3].

Satisfaction = Performance - Expectation.
Satisfaction aku bernilai negatif. Dan aku yakin salahnya bukan daripada si Expectation. So, tidak berkait dengan demanding.

Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. 

Semasa kecil, ayah sentiasa mengharapkan aku menjadi seorang doktor. Ayah cetak kartun doktor di atas kertas dan tulis nama Dr. Auni di bawahnya. Oh. Aku tidak boleh berpatah balik dan berkata 'kalaulah-kalaulah'. Aku jurutera maka begitulah [4]. Nak mencapai bidang kedoktoran dalam bidang ini pula bagaikan menunggu kucing bertanduk bagiku. Namun, aku berjanji untuk menjadi 'doktor' yang merawat penyakit-penyakit di dalam hati manusia, berusaha menjadikan mereka cinta kepada Allah. Kalau doktor itu, baik juga, kan ayah?


Aku teringin sekali menjadi seperti ayah, atau bertemu orang semacamnya. Ayah bijak, berani dan rajin. Ayah pandai mencari ruang dan peluang dalam perniagaan. Dengan hanya bermula sebagai peniaga burger dan ayam goreng di pasar malam, akhirnya ayah kini menjadi orang yang dikenali satu bandar. Mendapat tempat dalam senarai menunggu tender. Kontrak-kontrak dihulur dan ditandatangani. Pejabat kecil tapi jiwa besar.

Ayah dah pergi. Namun, itu tidak menghentikan income terus. Masih ada sedikit. Masalahnya, yang menghentikan income itu adalah Si G*v***m**t. Sejak bulan lima tidak masukkan bayaran kepada kita. Yang pekerja-pekerja pula perlu mendapat gaji macam biasa. Akhirnya, duit perlu dicari dahulu. Total gaji pekerja sudah berbelas ribu sebulan. Darabkan dengan 4 bulan. Aku suruh jual kereta aku sahaja tetapi tidak diizinkan. Mungkin lepas aku grad aku lepaskan Julaybib [5].

Ah! Lagipun Si Julaybib itu sedang rosak jua. Nasib baik rosak di Parit Buntar. Kalau rosak waktu aku dah sampai ke terowong Ipoh, pengsan. Akhirnya, aku guna kereta emak dan terlepas kelas [6].

Aku rindu duduk berniaga di pasar malam. Duduk membungkus burger atau meminta paha  ayam untuk dilahap dalam van. Ubat rindu ialah berjumpa. Bagaimana mahu jumpa ayah? Ini Needs. InsyaAllah di syurga.....[7]

[1-7] Yang aku lepaskan.

Kamu jadi driver aku, boleh? He he demand lagi.

1 comment:

taraqiqa said...

http://narawastuilmu.blogspot.com/2009/11/hati-ini-tidak-pernah-puas-bercinta.html