Wednesday, 29 September 2010

26 September 2010

Terima kasih sahabat-sahabat.
Telah saya katakan ini sambutan hari lahir yang pertama bersama emak sejak sepuluh tahun yang lalu. Maka ia sangat menggembirakan.

Saya, emak dan Arif pergi ke Pulau Pinang untuk jalan-jalan. Kasihan emak dan Arif, tak jalan-jalan sebab tak ada teman sejak ayah meninggal dunia. Kami pergi 'shopping' dan makan.

Whoa!

Di kampung dalam dua hari ini, bekalan elektrik tak ada daripada jam 10 pagi sampai 6 petang. Semalam pula ribut. Habis basah sampai dalam rumah. Ranting dan dahan yang jatuh hampir menghempap kereta.


Namun, pagi ini bermula dengan cuaca yang ceria.. *wink*

Begitulah kehidupan manusia. Seringkali kita berasa rapuh dan basau dek dibantai dugaan. Tapi inna ma'al 'usri yusra. Sesungguhnya bersama kesulihatan ada kemudahan.

Ada pelangi selepas hujan lebat.
Maka bersabarlah menunggu keputusan Tuhanmu. Cari ketenangan hati dengan zikrullah dan bersangka baik dengan Tuhan.

Semoga 'burstday' ini menjadi permulaan kepada yang mudah-mudah hendaknya. Amin. Yalah, sudah berminggu-minggu berlelah dengan kerja yang beratur-atur.

Alhamdulillah, liqa' sudah mula sejak 'terhenti' beberapa minggu dek kerana pelbagai urusan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa merananya jiwa tanpa liqa' mingguan. Semoga hati akan bertambah sihat dengan tarbiyyah yang hebat.

Selepas selesai satu urusan, bekerja keraslah dengan urusan yang lain. Sampai kita punya alasan di hadapan Allah nanti bahawa kita dah buat yang terbaik. Nasihat untuk diri sendiri.

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang buat 'surprise' awal oleh kerana saya akan balik kampung esoknya, 25 Sept.

Saya juga menghargai ucapan dan segala doa, tanda ingatan dan kasih sayang harapnya. :-)

Whoa! (Yang ni jeritan kerana semakin tua he he.)


No comments: