Wednesday, 18 August 2010

TRIZ, tiga case study


TRIZ is a Russian term that derive from the phrase '
teorija rezhenija izobretatelskih zadach', which brings the meaning in English as 'The Theory of Inventive Problem Solving' (Rantanen & Domb, 2008). TRIZ was developed by an engineer, Genrich Altshuller in 1946. Altshuller have studied thousands of patents in engineering fields to generate possible solutions to develop innovations. He found that these patterns are common to general principles that can be used in all applications in human life. 

Ini tajuk projek tahun akhir saya. 


TRIZ juga bermaksud, 'Tengah Rindu Incik Zainal.'

Orang mungkin akan berasa bosan, sampai kapan saya akan bercerita tentang kesedihan yang telah pun dicatit dalam setiap post yang lepas. Namun kamu tahu, saya merindukan dia, tidak bermaksud saya tidak menerima takdir. Kisah ini seperti Rasullullah s.a.w. yang menyebut-nyebut nama Khadijah r.a. setiap hari walaupun beliau telah lama meninggalkan dunia - sehingga Aisyah r.a. pun berasa cemburu.

Kamu tahu, minggu lepas saya pulang ke kampung lagi he he. Oleh kerana tiket bas untuk waktu petang telah habis dijual, saya bertekad juga mahu pulang, jadi sekali lagi saya balik dengan Julaybib. Memang saya suka memandu berseorangan. Seat memandu merupakan kotak berfikir saya. Di situlah tempat saya banyak bermuhasabah dan membuat refleksi. Ia adalah tapak perubahan. Namun, itu tidaklah menjadi punca mengapa saya membuat keputusan yang tekad untuk memandu sejauh 300km untuk pulang hanya selama dua hari!

Kamu tahu, terlebih berfikir menyebabkan saya rasa sunyi. Tambahan pula, kebanyakan tempat di sepanjang lebuhraya utara-selatan itu akan mengangkut kenangan ayah sekali. Dan kamu tahu, saya akan rindu ayah setiap kali mengisi minyak kereta, terutamanya sewaktu memegang nozzle. Saya terbayang ayah sewaktu lalu di Shell tol Jalan Duta, kerana itu tempat terakhir saya lihat dan salam ayah. Juga sepanjang jalan NPE, di mana saya pernah memandu beriringan bersama kereta ayah. Di Hentian Bukit Gantang, tempat cantik yang menjadi kegemaran ayah kerana nasi lemaknya. Di situ ayah akan membelikan kacang kegemaran saya. Juga Hentian Tapah, apabila kami akan berusaha cari tempat duduk di kawasan meja makan yang penuh dengan orang.

Saya akan teringat ayah apabila mengisi air bateri kereta, kerana ayah pernah terlupa mengalihkan tisu selepas mengelap lelehan air bateri, tisu berlonggok di situ sehingga menyebabkan besi berkarat. Juga apabila melihat laptop ini, apabila saya bersama-sama ayah melayari internet di pejabat ayah untuk melihat keputusan permohonan biasiswa saya dahulu. Dan mata ayah berkaca-kaca apabila saya mendapat tawaran ke universiti.

Juga panggilan telefon daripada ayah setiap tahun bagi mengingatkan bahawa road tax kereta akan tamat. Juga terngiangnya suara ayah ketawa apabila saya telefon dan memberitahu bahawa saya terlupa renew lesen dan memandu selamba selama tiga bulan. Apabila saya pulang bercuti, ayah pasti akan keluar sekejap setiap pagi untuk membeli nasi lemak untuk saya. Dia akan tanya dengan nada mengusik, berapa bungkus saya mahu makan. Kemudian bila pulang baru dia bersiap untuk pergi kerja.

Okay saya kan buat post lain untuk senaraikan semua ini.
Warkah daripada ayah berisi road tax.
Maka kesimpulannya, sekarang saya tak suka memandu seorang diri. Daripada flashing kenangan di hentian rehat sahaja, akan mengalir pula sehingga kenangan waktu kecil. Apa yang saya perjuangkan  ketika balik kali ini adalah redha seorang yang saya cintai yang masih ada, emak. Emak pernah menelefon, kesedihan. Dia akan bersahur seorang diri, berbuka puasa seorang diri, berpuasa seorang diri, terutamanya hujung minggu ini selepas Bee pulang ke MRSM Baling. Eilah di MRSM Kubang Pasu, Ngah di Jitra, Siti di Sungai Petani. Kedah belaka (Saya beritahu emak, saya pun nak bernikah dengan orang Kedah jugalah). Saya pun memaksa diri pulang dengan niat mencari redha Allah semata-mata. Seluruh niat telah disemadikan untuk emak. Membahagiakan emak. Saya doakan kalau saya mati di tengah jalan raya - syahid hadiahnya. Fuh saya hampir-hampir dilanggar oleh kereta dari belakang gara-gara dia gagal menekan brek awal dek kerana hujan lebat. Nasib baik dia sempat ubah lane sambil brek mengejut. Kalau tak, jadilah kami termasuk ke dalam kumpulan kereta-yang-kemalangan-semasa-hujan-lebat seperti tiga buah kereta yang lain.

Tugas dibuat semasa pulang. Telah menemani dan cuba membahagiakan emak. Namun, saya merasakan pencapaian saya untuk mencari redha Allah seola-olah tidak sampai. Apakah saya telah berasa terlalu selesa dan selamat apabila berada di sisi orang yang saya sayang, sehingga lupa pada niat saya yang asal? Mungkinkah selama ini saya hanya berlari kepada Allah apabila dilanda masalah sahaja? Apabila memandu pulang ke sini semula, saya merasakan hati saya kembali khusyuk seperti dahulu. Aneh tetapi terbukti sudah. Lalu barulah saya sedar betapa rapuhnya kefahaman yang telah saya hadamkan di dalam mencari redha Allah. Cepat betul saya terleka dengan nikmat.

Patutlah sejak dahulu, berada di rumah adalah membahagiakan dan juga 'memeritkan' dari sudut yang lain. Saya sering tertanya-tanya, apakah sebabnya saya bertukar malas jika berada di rumah. Adakah kerana televisyen yang lebih besar berbanding yang di rumah sewa? Atau makanan yang lebih sedap? Atau adanya emak yang memanjakan anaknya yang jarang balik ini? Atau kerana psikologi 'balik kampung' yang membenarkan saya berehat?

Ah itu semua tak mampu menggugat hati. Godaannya tidak kuat! Saya masih mampu mengikut jadual amal seperti biasa tetapi masalahnya, apakah yang menyebabkan mereka seperti kurang seri?

Jawapannya berbalik kepada hati. Semuanya tentang hati. Seperti yang saya sedari tadi, jika pada awal-awal lagi kita telah meletakkan Allah setanding dengan ibu bapa kita, maka amalan kita tidak akan sama serinya dengan yang sebelumnya. 

Akhirnya, blame itu jatuh ke atas muka sendiri yang mempunyai fikrah lemah. Juga blame diri sendiri kerana  selama ini membuat hipotesis menyalahkan rumah yang selesa sebagai penyebab 'iman malas'. Yeah lepas ni boleh balik rumah dengan perasaan bahagia sepenuhnya! Apa yang diperlukan hanyalah niat dan kefahaman yang betul yeah alhamdulillah!

Semasa balik, case study yang dibuat bukan sahaja 'TRIZ: theory of inventive problem solving', malah 'TRIZ: tengah rindu incik zainal' dan juga 'TRIZ: tarbiyyah rapuh iman zaaasssss.' 

p/s: kenapalah post ini begitu ceria...

2 comments:

Anonymous said...

sungguh. kenapa bila pulang ke rumah, tak sama rasa kebergantungan tu. aiyoh. mmg zass.

aunaz fifteena said...

:)