Monday, 23 August 2010

Kasihan Wanita Cantik



"Apabila manusia menyukai seorang wanita kerana kecantikannya, sering kali manusia itu tertipu."

Siapa kata wanita cantik sentiasa bahagia?

Disebabkan kata-kata di atas tadi, manusia begitu prejudis kepada perempuan cantik. Pertama kali panjang, sudah dituduh pisau cukur, dumb dan gatal. Watak-watak di dalam filem juga menampilkan wanita cantik untuk membawakan perwatakan ini. Masyarakat jadi menyampah pada perempuan cantik. Akhirnya, mereka tidak sedar yang mereka telah menjadi mangsa keadaan.



Kasihan wanita cantik.

Manusia tidak mampu menukarkan wajah masing-masing (kecuali dengan 'paksaan'). Apa yang mampu diubah hanyalah hatinya. Kan seronok kalau hati dan wajah sama-sama cantik. Namun wanita memiliki kelebihan kurniaan Allah ini sering terjatuh ke dalam fitnah. Fitnah apakah itu? Ya'ni, kemungkinan dipilih sebagai penyeri hidup kerana wajahnya, bukan imannya. Tahukah kamu ini sangat menyeksakan!? (Bukan saya yang terseksa sebab saya tak termasuk golongan itu.)

Kasihan wanita cantik.

Ramai wanita cantik yang jadi andartu disebabkan hal ini.

Kasihan wanita cantik.

Juga memendam perasaan takut setiap kali keluar rumah kerana menjadi target perogol dan bapa ayam.

Kasihan wanita cantik.

Banyak yang perlu mereka takutkan, antaranya ialah kelebihan fizikal yang ada pada mereka bertukar menjadi kesombongan jahiliyyah yang hilang nilainya macam debu-debu yang berterbangan ditiup angin - gara-gara memandang rendah kepada orang lain.

Kasihan wanita cantik.

So, be grateful and don't judge.


Siapa mangsa? Fikir-fikirkan....

2 comments:

Anonymous said...

what's the relation between the second video and your writings?

aunaz fifteena said...

Membawa mesej don't judge. Maksudnya, macam-macam komen kita boleh bagi lepas tengok video ni.
Tapi kita tak tahu apa yang berlaku di belakangnya (sebelum dan selepas, juga apa yang sedang dialami oleh setiap orang).