Saturday, 28 August 2010

Isi Tempat Kosong

9 + 2 = a
a - 1 = b
b - 7 = c.
c/3 + 1 = ____.

Soalan ini sangat payah untuk dijawab.

Aku sangat marah. Namun aku juga sangat sedih kerana yang aku marahkan itu adalah diri sendiri.

Aku telah _ _ _ _ _   _ _ _ _ _. Rasa macam loser. 



Ya Allah, ampunkan hamba-Mu yang telah lalai dan jatuh kepada dunia. Kaulah yang berkuasa ke atasku. Ampunkanlah aku.

Kalau bisa, aku nak macam nak karate _ _ _ _ _ ni. Wachaaa!

Aku takut kalau aku semakin jauh daripada cinta-Mu. Di mana imanku. Di mana islamku. Di mana ihsanku. Aku sanggup tidak alami hal ini jika hal ini menyebabkan aku jauh daripada-Mu.

Marah dengan diri sendiri. Malu dengan Allah. Terpukul dengan kata-kata sendiri.

Aku berada di kampung lagi. Semalam aku balik seorang diri lagi. Namun, semalam sangat indah kerana aku dikurniakan hadiah yang sangat cantik daripada Allah. Subhanallah indahnya ciptaan-Mu. Cantiknya sunset yang dapat aku lihat sepanjang perjalanan semalam, sehingga aku terlupa waktu buka puasa dah berlalu hampir sepuluh minit.

Petang tadi aku menonton sebuah drama arab yang bertajuk 'The Flag of Truth', episod sebahagian babak perang antara tentera Umar r.a. yang diketuai oleh Khalid Al-Walid menentang tentera Rom semasa zaman pemerintahan Umar r.a. Setiap dialog dan tutur kata mereka penuh dengan ayat-ayat Allah, pujian dan kata-kata yang baik.

Kata-kata mereka dapat dirasakan keluar daripada hati dan sudah tentu akan menusuk ke hati yang lain. Ini baru lakonan semata-mata. Bayangkan bagaimanalah enaknya kehidupan di zaman itu. Indahnya jika dapat bertemu dengan Rasulullah s.a.w., Umar r.a., Abu Ubaidah r.a. dan Dhirar r.a. yang diceritakan dalam drama tadi.

Aku? Hafal Al-Quran dan Hadith pun tidak. Macam mana nak penuhkan kata-kata dengan semua itu? Hati tidak terjaga, terkadang hati tidak bersih. Bagaimana kata-kata nak sampai kepada hati orang lain? Manusia pula mengira orang semacam aku layak dipuji. Kalaulah aku bisa taburkan pasir di wajahku, akan aku buat.

Bagaimanalah aku layak mencecah syurga tahap rendah sekalipun, jika aku dan para sahabat Nabi macam langit dengan bumi. Bagaimana menginginkan  kebaikan dan pertolongan seperti yang Allah berikan kepada mereka, jika nak menolak dunia seperti mereka pun begitu perit dan payah sekali. Tajarrud pun jauh sekali...

Apatah lagi apabila datang kes si _ _ _ _ _ ni. Aduh.

c/3 + 1 = 0

Perlukah isi tempat kosong?

No comments: