Monday, 2 August 2010

Hobi Saya Adalah Menyanyi?


Semasa kecil, saya sangat suka menyanyi. Namun, saya tidak pula hafal lagu-lagu. Saya hanya tumpukan minat nyanyian saya kepada lagu-lagu yang sering berbunyi di telinga yang kebanyakannya adalah lagu dari kaset yang dimainkan di dalam kereta. Kadang-kadang lagu Raihan, kadang-kadang lagu Spring. Lagu-lagu Hindi kegemaran saya rakam ke dalam kaset, mereka menjadi lullaby untuk tidur.

Ketika itu, nyanyian dan lagu saya setkan menjadi hobi.

Semasa sekolah, ketika waktu prep, saya keluar dan duduk di kawasan tangga dan menyanyi. Sedap atau tidak, itu lain ceritalah.

Mengenang kembali zaman 'muda'.

Namun, hidup ini bukan semuanya tentang lagu dan nyanyian. Hobi seorang muslim ialah mengukuhkan hati. Hati-hati yang dikukuhkan termasuklah diri sendiri dan orang lain. Mereka akan mencari pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu, termasuklah melalui lagu dan sebagainya. 

Bagi orang yang bermatlamatkan lagu, itulah yang dikejarnya sampai mati. Bagi orang yang bermatlamat mengukuhkan hati, ia lebih beruntung, kerana ia boleh mendengar lagu juga tetapi lagu itu hanyalah alat untuk menguatkan hatinya. Sebagai contoh, semakin ia mendengar suatu lagu, ia menambah rasa syukurnya kepada Tuhan. Kalau benar matlamatnya, tidak mustahil walaupun terdengar lagu rock kapak pun boleh jadi jalan muhasabah!

'Irama dan lagu jadi lesu jika pengakhirannya ditujukan kepada matlamat yang salah' dipetik daripada kata-kata seorang pemimpin Islam.

p/s: Membayangkan kecomelan Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. berlumba lari. (Refer video) ;)

2 comments:

ifbt1 said...

auni, suke post auni nih..kte nak amik ye..jzakillah...

aunaz fifteena said...

ambillah, intan.
waiyyaki jazakillah khairan