Saturday, 12 June 2010

Semalam dan Hari Ini

Maaf, post kali ini adalah post yang tidak ada unsur-unsur puitis kerana ia adalah diari sebenar. Anda suka baca diari orang? Ish ish ish…

Semalam merupakan hari pertama peperiksaan untuk semester ini. Saya agak tenang atau mungkin terlebih tenang sehinggakan terasa blur apabila encik pengawas mengutip kertas peperiksaan. Kemudian, saya turun ke library dengan semangat kerana ingin buat calculation estimation sama ada boleh pass atau tidak ha ha.
Selepas itu saya melihat secara brief past year paper untuk subjek Design. Dan ya, buat kali kedua, terlebih tenang sehingga blur lalu saya menukar kepada subjek Thermodynamics and Heat Transfer pula. Subjek ini agak membunuh disebabkan markah internal saya agak rendah. Hmm.. gara-gara macam-macam urusan seperti demam teruk, balik kampung dan lectu.....  Maka markah internal sangat hebat sehingga terasa seperti tidak perlu ke dewan peperiksaan lagi he he.

‘Penat’ belajar, pergi mesin runcitan untuk beli biskut marjerin 60 sen dan kopi 60 sen. Hari ini pinjam duit Cik Sultan Bil sebab dompet tertinggal dalam rumah. Minum petang kami beginilah. Duk cicah biskut dengan kopi di sebelah Auditorium. Kemudian, pergi rumah (kondo) Cik Terpelihara untuk liqa', bersama Cik Mulia. Tidak lupa pula menghantar Cik Bara Banum dan Tok Penghulu Misya bersama-sama barang MIS balik rumah. Barang-barang dilonggok di surau sehingga management letak notis baru ada force nak angkat he he. Kemudian pick up  Cik Hidupku, Cik Bersih dan Cik Fama di rumah masing-masing.

Singgah di kedai makan dekat kawasan kondo untuk beli air bungkus. Juga benjo untuk makan malam. Ya, saya sedang berjimat cermat kerana ingin mengumpul duit. (Saya ada 5 sebab untuk kumpul duit.) Jika naik muak makan benjo hari-hari, jadi mungkin boleh bergilir-gilir dengan burger ayam.

Saya sempat menonton awal-awal perlawanan bola sepak antara South Afrika dan Mexico, malangnya yang saya komen bukannya tentang bola sepak. Saya hanya mengulas tentang betapa ramainya manusia di stadium itu. Sempat lagi bermuhasabah dengan Cik Mulia bahawa manusia ni sangat tidak significant di mata Allah… Juga sempat membuat kesimpulan bahawa seorang emak yang kehilangan anaknya di stadium pada waktu itu tidak akan menemui anaknya sehingga tahun hadapan melainkan dengan bantuan teknologi. Juga sempat memuji kemajuan teknologi kamera satelit yang boleh fokus sehingga saiz bola. Dan sebagainya.

Semasa di kondo, sempat buat estimation markah lagi. Juga mendengar sahabiat tasmi’ surah hafazan masing-masing. Ya, saya masih stuck di surah itu dek kerana musim peperiksaan atau malas sebenarnya. Tidak laju semacam hafazan Cik Mulia dan lain-lain. Namun, saya telah berjaya hafaz suatu surah yang gagal dihafaz sejak di bangku sekolah rendah. Bagus, alhamdulillah. Proceed to the next surah. Apabila K-Sha datang, kasihan dia sangat penat… kesimpulannya walaupun tak ada pengisian, malam tadi sangat menenangkan dengan kasih-sayang.

Saya juga diberi satu lagi pengajaran yang berkaitan dengan ayat 2 surah as-Saff, yang menegur orang-orang yang cakap tak serupa bikin. Saya merengek apabila membayangkan perasaan kita apabila gagal dalam peperiksaan. Ya, semua pun takut fail - tapi dalam masa yang sama saya membebel kepada diri sendiri kerana tidak redha dengan takdir walhal berbuih mulut saya bercerita tentang hakikat takdir kepada orang lain. Namun, contoh yang diceritakan Cik Bersih sangat best. Dan mendorong saya buat lawak bodoh.

"Kawan K-Kim selalu dapat markah tinggi tapi pada suatu semester, dia gagal," cerita Cik Bersih.

"..." Balas saya.

"Dia pun repeat. Namun akhirnya, disebabkan repeat itu, dia bertemu jodohnya di sana."

Saya ketawa. "Kalau macam tu saya pun berharap nak repeat juga. Nanti kalau saya tak jumpa jodoh semasa repeat siaplah awak!"

Ketawa lagi dengan lawak bodoh. Namun, menambah ajar erti keyakinan dan redha.

Dan yang paling penting, saya belajar supaya sedar dengan hal sekeliling. Saya asyik fokus dengan matlamat sendiri sehingga lupa nak fokus dengan hal sahabat. Saya asyik rancang strategi untuk exam dan masalah berkaitannya, sampai lupa nak tanya makan minum sahabat. Entah sihat fizikal dan ruh mereka. Entah ada duit atau tidak. Entah down atau up. Entah penat atau kuat…

Saya menyuarakan kerisauan sendiri walhal tidak perasan kerisauan yang tidak pernah terluah daripada mereka, tetapi terluah melalui riak wajah. Terima kasih kepada media-media yang menyedarkan saya. Ni satu lagi tabiat tak amalkan ilmu, nak kena laknat agaknya. Beria-ia hafal hadith Rasulullah,

"Tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. "                          (hr Bukhari dan Muslim)

..tapi tak betul-betul amalkan. Hakikatnya,
Cita-cita Cik Terpelihara, Cik Bersih, Cik Mulia, Cik Hidupku, Cik Fama dan K-Sha juga adalah cita-cita saya.
Masalah Cik Terpelihara, Cik Bersih, Cik Mulia, Cik Hidupku, Cik Fama dan K-Sha juga adalah masalah saya.

Tapi saya nampak hal saya saja. Tidak pernah nak menyibuk di tepi kain orang lain. Tak tahu cantik ke tak kain orang lain.

Hari ini, baru nak menyibuk sedikit di tepi kain orang. Saya lega apabila sempat pergi menolong di dewan kuliah masjid. Lekat-lekat surat khabar di tingkap, susun-susun kerusi, tolong bentang tikar, tolong tulis nama atas papan putih, tolong nyalakan api di dapur manual, tolong tumpahkan gula dan sebagainya. Terima kasih Allah kerana memberi kelegaan buat membuat semua ini walhal ianya tidak significant  pun di mata manusia. Namun, Allah memberi saya perasaan 'berbaloi' kerana sempat berbakti untuk melancarkan jalan ini.

Sekejap, kemudian pergi makan brunch di restoran usual iaitu Bebara. Baguslah kali ini ada tempat parking kosong tapi suasana kosong sebab kena makan seorang diri =(

Dan sekarang, saya berada di library Monash University untuk belajar sepatutnya, tetapi saya menulis di sini entah kenapa. Hmm.. isu yang tiada pengajaran.

Baiklah saya mahu qailulah he he.


p/s: Sekarang, tahulah saya kenapa dulu Cikgu Samad kata karangan Bahasa Melayu saya tidak bagus =P

Two liters per day keep the doctor away. Syuh syuh..

4 comments:

Anonymous said...

auni awat tak ajak kte g makan skali kat bidara..hu3

aunaz fifteena said...

Laaa..awat tak offer he he.

Anonymous said...

ade gak hikmah gagal nie... mana tau ngam2 anda nanti leyh extend satu sem, n satu sem tuh amik 1 subjek... leyh focus 1 subjek jer, leyh improved average, leyh ade bnyk mase ntuh wat bende2 yang anda rasa patut wat sebelum menamatkan belajar... cume problem die... bayar yuran jer kot...:P...

Cikgu Samad.... lame x denga citer die....

aunaz fifteena said...

Betul. Dalam setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmahnya. So, jangan takut gagal.

Cikgu Samad ketua warden 2008.