Friday, 14 May 2010

Indicator


Saya seorang perempuan dan mereka adalah lelaki. Orang kata, tulisan orang perempuan ni kemas dan cantik manakala tulisan orang lelaki cincai belaka. Kata-kata ini merisaukan saya apabila saya sering melihat hasil kerja teman sekelas saya yang sangat kemas. Dan mereka adalah lelaki. Saya pula lukis cincai sahaja. Adakah dunia sudah terbalik?

Dahulu saya menggunakan alasan 'budak engineering' untuk menyelamatkan diri daripada ejekan tulisan buruk. Yalah, engineering selalu dikaitkan dengan lelaki dan lelaki selalu dikaitkan dengan tulisan yang tidak cantik. Namun, saya mula menggaru kepala apabila melihat teman-teman sekelas saya melukis dengan bersungguh-sungguh, menggaris dengan pembaris, menggunakan pemadam apabila salah - bukannya memotong dengan pensel sahaja, dan tulisan sangat jelas. Dan percayalah, apa yang ada pada saya betul-betul terbalik daripada apa yang saya lihat pada mereka.
"Guys are more rational than girls. They can't face mess or they become serabut," telah datang satu lagi teori yang menyumbang kepada alasan baru saya untuk menyelamatkan diri. Logik juga, fikir saya sambil sengih-sengih.
Teori. Teori.

Kajian tentang perlakuan manusia selalunya relatif, dan kita hanya mampu meneka itu dan ini. Jarang ada bukti kukuh secara saintifik. Kalau sains tulen senanglah untuk dikaji. Air memang mendidih pada 100 darjah Celcius, satu tambah satu menjadi dua. Tidak akan ada perubahan pada ketetapan Allah. Namun, human behavior sangat unik dan relatif. Ia tidak seperti sains tulen yang boleh diukur dan dikira.

Lalu, apa 'indicator'nya?

Saya selalu mengukur diri saya dengan warna. Dahulu saya sangat suka warna biru -dan ketika itu saya seorang yang 'jiwang'. Kadang-kadang bertukar merah, hijau, perang, oren, ungu, hitam dan sebagainya. Jika saya ingin menilai hati saya pada suatu ketika, saya akan mula memilih warna. Untuk diri saya, warna hijau melambangkan jiwa yang sedang baik. Merah dan oren memang sesuai dengan otak saya yang sedang 'gila'.

Ada kalanya saya mengukur dengan pendengaran. Saya mula memilih-milih jenis lagu yang ingin saya dengar. Kalau saya pilih untuk mendengar ayat-ayat al-Quran, maka jiwa saya berada dalam keadaan selamat pada ketika itu. Jika lagu berunsur ketuhanan, jiwa saya juga masih berada dalam keadaan baik. Namun, jika hati saya teringin mendengar lagu-lagu pelik dan memekik, saya sedang 'gila'. Itulah sebabnya saya tidak menyimpan lagu sedemikian di dalam hidup saya supaya saya tidak ada peluang mendengarnya apabila saya sedang 'gila'.

Ada juga indicators lain yang selalu kita guna. Walaupun relatif, tahap pengukurannya meninggalkan kesan mendalam.

Kalau hati ini benar-benar inginkan pengukuran yang sangat tepat, maksudnya ia sedang berada di dalam dilema.

Contohnya, dari segi pemakaian. Ada orang suka memakai pakaian yang sekian dan sekian. Namun, tuntutan pakaian di sesuatu tempat menyebabkan dia terpaksa mengubah penampilan. Seperti seorang muslimah yang suka memakai pakaian busana  tetapi bekerja di industri besi. Semasa bekerja, dia terpaksa memakai pakaian yang baginya terlalu 'ganas' tapi ia memuaskan hati pihak atasan. Perkara ini menimbulkan dilema sebab kadang-kadang dia berasa sangat hipokrit kerana memakai pakaian yang baginya tidak sopan.

Begitu juga muslimah yang bekerja dengan lelaki. Di tempat kerja, dia tiada pilihan lain selain membiasakan diri berurusan dengan lelaki. Jika tidak, kerjanya payah hendak menjadi. Kena bercakap, duduk semeja, berbincang dan bertentang muka. Walhal jika ia berada di luar, ia sebenarnya seorang yang sangat menjaga pergaulannya dengan lelaki. Lalu, tuntutan kerja akan menyebabkan ia berasa sangat hipokrit.

Dilema - Jika tidak berurusan dengan lelaki, kerja tidak menjadi. Jika berurusan, ia mendekati batas-batas halangan agama. Jika ingin bersederhana, ia tidak tahu pula 'indicator' sederhananya. Takut nanti ia akan terlebih ke kiri atau kanan pula.

Kesimpulannya, indicator  yang terbaik datang daripada hati yang bersih. Kalau kotor, meter indicator jadi mengelirukan, lantas pilihan yang dibuat tidak tepat. Kalau hati bersih, insyaAllah indicatornya bagus. Itulah indicator kepada indicator.

Yalah, hati tak ada takat bernombor macam takat didih!

3 comments:

HaYaTi said...

auni, saya suka part yg muslimah kena bekerja dgn lelaki. sgt terkena pada hati ini....

jazakillah for the reminder and truth is always well said through your writting, i envy you so much now!!!!

ok rindu dah nk dgr awak buat lawak, boleh tak?

aunaz fifteena said...

yati, syarat nak menghasilkan penulisan indah ialah ikhlas terhadap diri sendiri, ya'ni menerima/menghargai diri sendiri seadanya. jadi, semua orang mesti mampu membuat penulisan yang indah.

terima kasih sebab tolong drive semalam. mengantuk he he.

HaYaTi said...

kasih diterima...
Allah yang bagi kekuatan untuk berkasih sayang dgn antunna... hehe. siyes tak ngantuk. tapi lepas dpt layanan tiptop mira, terus ngantuk.hahahaha.. Alhamdulillah, sungguh nikmat pegi rumah korang. semua orang mesra dan menerima seadanya.........