Sunday, 16 May 2010

Guru Oh Guru

 







Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Usman Awang, 1979

Terima kasih cikgu.
Terima kasih Allah kerana memberi petunjuk, keampunan, rahmat dan kasih sayang serta segala-galanya.
Terima kasih Islam kerana menjadi guru dunia akhiratku.
Terima kasih Rasulullah kerana menjadi guru kepada guru-guruku.
Terima kasih para 'alim dan mujahid kerana menjadi guru jiwaku.
Terima kasih ibu kerana menjadi guru sepanjang hayatku.
Terima kasih ayah kerana menjadi guru sepanjang nafasku.
Terima kasih keluarga kerana menjadi guru langkahku.
Terima kasih cikgu kerana mengajar dan mendidikku mengenal kehidupan.
Terima kasih murabbi kerana menjadi guru iman.
Terima kasih sahabat kerana menjadi guru semangat juang.
Terima kasih dunia kerana menjadi guru pengalaman.
Terima kasih musuh kerana menjadi guru berperang.
Jika saya tidak menjadi seorang jurutera, saya pasti menjadi seorang guru. =)
I miss schoooool.

No comments: