Wednesday, 21 April 2010

Tak Ada Tajuk Agaknya


Kesibukan menjadikan minggu-minggu yang berlalu begitu panjang dan lama. Stress bertambah dari secupak ke segantang, kemudian berbukit, serta bergunung, lalu akhirnya bertukar menjadi gunung berapi. Banyak perkara yang perlu diseimbangkan -antara study, d&t, ko-ku dan family. Akhirnya sampai demam den dibuatnya. Tergolek berselimut di rumah entah kerana situasi ponteng dengan sengaja atau terlalu tidak larat. 

Apabila semua beban datang sekaligus, ditambah dengan ruh dan jiwa yang tidak tersokong, maka ambillah demam sebagai buah tangan. 

Sesi monolog hari ini:
Doktor kata kurang air, campur stress. Saya kata dalam hati saya tidak suka makan ubat. Minum air banyak tak apa, makan ubat tak boleh. Eh, apa yang teruk sangat makan ubat? Saya cuba telan ubat yang kecil. Berjaya juga walaupun terseksa sikit. Tak adalah teruk sangat. Batuk berkurang. Cuba telan yang besar. Tercekik sampai muntah. Laa nasib baik muntah air sahaja sebab tadi minum air banyak-banyak. Cucur dah selamat dikebumikan. Batuk balik. Pening balik. Demam balik.

Namun, saya gembira kerana di dalam kesesakan akhirnya terselit ruang untuk saya dapat menjejakkan kaki ke Muzium Negara. Oh dah bertahun-tahun saya mengidam nak melawat Muzium Negara! Setiap kali nampak Muzium Negara mesti nak pandang sampai juling ke ekor mata.

Orang kata, "Kenapa nak pergi Muzium Negara?" sambil ketawa.

Saya saaaaangat bahagia kerana dapat pergi ke Muzium Negara. Saya membaca setiap apa yang tertulis di situ.

Akhirnya, ketika saya baru habis melawat satu daripada empat galeri, ahli rombongan bersama-sama saya dah berbondong -bondong keluar. Mereka kata, 'Tak ada apa-apa pun', yang juga bermaksud 'Semuanya dah ada dalam buku teks sejarah'. Tidak lama kemudian menjerit-jerit telefon bimbit memanggil. Terpaksalah bergesa-gesa melihat tiga galeri yang lain.

Tak apalah, muzium. Kita tunggu lima tahun lagi saya datang. Saya akan duduk dengan awak selama dan sesuka hati saya walaupun sehingga lima atau enam jam. Harapnya masa itu, saya tidak pula sudah menjadi sejarah.

Saya bahagia, tapi demam.

p/s: Istilah secupak, segantang segala datang dari pengaruh muzium. 

2 comments:

Anonymous said...

moga cepat sembuh.. nie msey pening2 ek??

"Oh dah bertahun-tahun saya mengidam nak melawat Masjid Negara! Setiap kali nampak Muzium Negara mesti nak pandang sampai juling ke ekor mata."

;)

aunaz fifteena said...

agaknya seminggu ni memang tak pergi kelas.

masjid? ops, terima kasih sebab betulkan. =P