Monday, 8 March 2010

Saya Sudah Besar


Assalamualaikum,

Saya berminat untuk mengimbau kisah hidup saya semasa sekolah. Ini disebabkan kunjungan saya ke intec yang menyebabkan saya teringat cik M lalu membuatkan saya rindu zaman sekolah menengah.

"Cik M tu sembilan kali ganda lebih baik daripada kau," kata seorang pelajar putera dalam bahasa tulisan.

"Kau orang jangan layan akak tu, dia ........ sikit," kata-kata seorang junior putera yang tersebar oleh kawannya dan kepada kawannya lalu sampai ke telinga saya.

"Dia tu Ratu CaPub (Cari Publisiti)," di antara kata-kata yang lain.

Entahlah nak dikatakan kutukan atau apa sebab kisah-kisah itu menyebabkan saya ketawa apabila mengenangkannya. Personaliti pelik apa yang saya bawa semasa di sekolah dulu, sampaikan saya rasa benci dengan diri sendiri ketika itu. Biasalah, zaman remaja.

Sekarang saya dah besar. 

Perkataan 'besar' mungkin membawa pelbagai makna. Ada yang besar saiz badan, ada yang besar jawatan, ada yang besar umur dan ada yang maksudkan pengalaman. Saya tak boleh nak kata saiz badan, sebab berat badan saya kekal 42kg sejak tingkatan empat. Bukan saya tak cuba makan banyak, malah saya paksa. Namun, berat tak tambah tapi pipi yang besar he he. 

Saya maksudkan besar jiwa. Tak semua orang mampu membesar jiwanya. Kadang-kadang ada yang umurnya baru sepuluh tahun, tapi jiwanya sudah besar macam orang 20 tahun. Ada yang sudah tua terbongkok-bongkok tapi jiwa masih 'remaja' sebab masih ada perasaan nak berkaraoke dan berdansa. Saya bersyukur kerana alhamdulillah saya merasakan jiwa saya semakin besar dan matang. Dan mungkin semua orang dah biasa mendengar pengakuan orang-orang yang matang disebabkan islam.

Saya pernah menonton suatu video di y*utube (saya tak ingat link) tentang temubual bersama seorang wanita inggeris yang memeluk islam. Dia yang bertudung litup bercerita tentang penerimaan orang-orang di sekelilingnya dengan keislamannya. Alhamdulillah, keluarganya menyokong kerana mereka suka jika dia berubah ke arah yang lebih baik dan matang, tidak kiralah pegangan apa yang dipegangnya. Dia dahulu seperti kawan-kawannya yang lain - suka berfoya-foya ke kelab malam dan bersuka ria. Bahagian yang menyentuh hati saya ialah apabila kawan-kawannya menyatakan, "Look, she's moving on in her life. But we're still here (playing around)" Lihatlah bagaimana islam mematangkan seseorang pada perasaan sendiri dan juga pada pandangan orang lain.

Saya tak tahu (tak kisah) pada pandangan orang lain. Namun, saya rasa saya semakin matang berbanding dengan saya 3 hingga 4 tahun lalu (inshaAllah). Saya tidak lagi rasa ingin bermain-main dengan dunia seperti kanak-kanak yang bermain dengan permainannya. Tidak ada rasa ingin keluar melepak bersama kawan-kawan, tidak ada rasa ingin bermain api cinta, tidak ada rasa ingin berchitchat kosong di ruang maya, tidak ada rasa ingin menarik perhatian orang lain, tidak ada rasa ingin bermain game, etc. etc. Namun, bukanlah saya nak katakan langsung salah kalau ada perasaan seperti ini sebab bak kata 'Aini saya, "Kita kena raikan kemanusiaan," ya'ni fahami dan ambil kira fitrah manusia.

Semasa di sekolah saya selalu bertenggek di koridor pada siang atau malam dan bertanya kepada diri sendiri, "Macam manalah aku pada 5 tahun akan datang..." Dan tahun yang saya maksudkan itu ialah tahun ini. Dan saya pasti Auni pada ketika itu pasti berbangga dengan Auni pada hari ini. Auni pada hari itu pasti marah kalau saya tidak jadi seperti Auni pada hari ini. Ini kerana Auni pada hari itu belum mengenal erti kebenaran langsung. Dia hanya tahu berangan dan berangan. Walhal angan-angan dia pada hari itu semuanya jadi kenyataan tapi semua itu sudah tidak masuk akal lagi sebab Auni sekarang memandang semua itu sebagainya sesuatu yang tidak ada apa-apa.

Indahnya bagaimana semua masalah atau harapan menjadi terjawab dengan hakikat islam. Semuanya menjadi stabil dan tenteram begitu sahaja. Susah betul nak digambarkan. Hmm...

Walau apa pun, saya belum berpuas hati dengan diri sendiri. Saya memang tidak patut berpuas hati dengan siapa diri saya sekarang. Sebab dulu masa sekolah juga kita ada belajar, 'iman manusia bertambah dan berkurang'. Saya sekarang menghadapi masalah-masalah juga sesuai dengan tahap hidup saya sekarang. Yang itu cerita lain yang lebih panjang.

Saya terbaca dalam majalah S*lusi dengan ayat lebih kurang bahawa kita adalah apa yang kita lakukan lima tahun yang dulu.Saya rasa nak berterima kasih dengan diri saya 5 tahun dulu. Zaman sekolah memang indah jika kita dapat 'refleks'kan rupa diri kita sekarang dengan diri kita pada waktu dulu dan kita mampu berkata, 'Saya sudah besar.'


Big                                                                Bigger                                   Biggest
(Model: kenalan semasa internship)

3 comments:

aunaz fifteena said...

Alamak, rasa macam sinis pula T_T

Nazihah said...

Macam kenal je kenalan anda yang berbaju oren tu.. beliau nampak kacak bergaya la!

aunaz fifteena said...

yang tu kenalan kacak sejak mufy =D