Thursday, 25 February 2010

Taman Hijau


Assalamualaikum,

Ketika saya membelek-belek blog ini, saya baru tersedar bahawa kisah-kisah di dalam penulisan saya ini penuh dengan repekan dan kosong. Saya rasa tak berguna kerana tidak menyumbang kepada orang lain. Saya tidak pandai menulis dengan baik. Karangan Bahasa Melayu saya teruk sekali. 

Apabila memikirkan tentang itu, saya menjadi sangat kecewa. Tambahan pula saya tersedar yang saya tidak berbakat untuk bercakap apatah lagi memimpin. Saya pula tidak ada akhlak yang mulia untuk dijadikan teladan. Saya tidak ada bakat. Ketika duduk bersama akhawat yang hebat-hebat belaka, apatah lagi dengan butir-butir kata mereka penuh isi dan hikmah seperti mutiara, saya jadi rendah diri. Personaliti mereka hebat dan penuh karisma. Saya tidak ada bakat menilai buku. Saya tidak pula memiliki bakat berkata-kata daripada hati. Tidak pula menjadi penasihat dan pendengar yang memberi mampu memberi inspirasi. Saya tidak juga memiliki ingatan yang bagus. Saya tidaklah pandai memainkan suara-suara merdu untuk menzahirkan kalimah-kalimah Tuhan. Saya tidak berani dan tidaklah comel atau manja. Kesimpulannya, saya ini tidak ada apa-apa.

Yang saya ada, hanyalah prejudis dan prasangka, malas dan mencantas, marah dan jengkel serta alasan dan batasan.

Saya jatuh cinta kepada seseorang. Dia terlalu bagus sehingga dulu saya pernah salah sangka lalu mengecop dia sebagai hipokrit. Setelah tiga tahun, dialah yang masih tertambat di hati saya, meninggalkan watak-watak lain yang tidak enak dipandang walaupun mereka menjadi diri sendiri. 

Dia seorang yang hebat. Sahabat-sahabatnya hebat. Suatu ketika saya memintas kepada mereka yang sedang berbual untuk meminjam sesuatu, dia orang pertama yang menghulurkan. Saya terlupa menyimpan makanan untuknya lalu hampir menghabiskan semuanya tapi dia senyum dan berkata 'tak apa, ini sudah cukup,' walhal dialah yang paling lapar. Dia juga melayan karenah saya yang pelik-pelik walaupun orang lain memandang jengkel.

Namun, seperti yang saya katakan tadi, saya tidak ada apa-apa untuk menunjukkan rasa cinta saya. Saya hanya menghadiahkan susah dan jengkel. Saya meneguk air sebelum menawarkan minuman itu kepada orang lain. Saya tidak pula memikirkan makan tidur orang lain. Saya tidak juga memberi kelapangan dalam duduk mahupun berdiri. Saya masih bukan orang yang bagus.


Namun, dia tidak memandang saya dengan meluat bahkan sayang. Orang lain memandang keji. Saya jatuh cinta kepada akhawat begini. Inikah ukhuwah pekat yang susah ditemui itu? Saya hanya temui buat pertama kalinya di taman hijau.

7 comments:

Nazihah said...

assalammualaikum..

merendah diri itu bagus
kalau menjadi motivasi untuk menambah baik =)

dia begini
aku begitu
dia kuat aku lemah
dia lemah aku kuat
dia dan aku
saling melengkapi
demi cita
cinta teragung!

HaYaTi said...

awak ada bakat juga. tak sedarkah? saya suka baca tulisan awak. Semasa di hutan, saya terfikir, apa yg Auni akan karang ya?
teringin dengar bait-bait puisi awak.
Awak seperti Said Qutb.
Tak sabar nak baca blog awak setiap hari. ada saja pengajaran sy ambil.

Jgn rendah diri sgt. sebab awak juga ada kelebihan yg awak tak tahu bila akan menginspirasi hati2 yg dahaga iman

uhhibukifillah....

Jom contohi akhlak termulia dan sempurna.. Rasulullah!

aunaz fifteena said...

Awak terlalu memuji ni.

InsyaAllah usaha jadi yang lebih baik fillah.

Uhibbukunna aidhon.

Selamat menyambut Maulidurrasul dengan penuh selawat, pengajaran dan cinta!

TaRA QiQa said...

Kamu hanya tak sedar siapa yang selalu mencemburuimu =)

Moga kita saling melengkapi

Selamat menghayati erti Maulidurrasul

HaYaTi said...

Setuju sungguh dgn Tara Qiqa.

Yes,moga kita saling melengkapi

HaYaTi said...

Setuju sungguh dgn Tara Qiqa.

Yes,moga kita saling melengkapi

HaYaTi said...

sebenarnya saya menangis bila baca post ni. kita sudah redah banyak haluan, cabaran, dan kita sudah sampai di tepi sungai, melihat ke belakang, liku-liku yang dilalui ini sudah byk. mampukah kita sentiasa mujahadah ke hadapan lagi? menuju syurga Allah... aku yakin kita boleh!