Friday, 12 February 2010

More Islam Than Me


Ini cerita dunia pekerjaan.

Semua orang suka combo meal. Sedap dan murah. Ramai juga yang combo solat. Bagus asarnya awal sungguh, tapi zohornya nun dihujung. Maka saya terfikir, tak bolehlah nak salahkan Tuhan kalau doa mereka Tuhan nak combo dulu.

Mr. K datang kepada saya dan bertanya, "Kau pandai berlakon?" Saya geleng. "Aku tahu kau pandai berlakon," katanya. "Sebab semua manusia adalah pelakon," katanya lagi.

Saya tersenyum lalu sengaja bertanya, "Loh jadi siapa directornya?"

"Tuhanlah siapa lagi!" Katanya sambil ketawa dan berlalu pergi. Subhanallah! Fikir saya. Aneh sekali melihat orang bukan islam lebih memahami 'Qulhu Allahu Ahad' daripada yang islam.

Mr. B kata saya alim, tangan (lengan) pun tak nampak. Saya jawab, semua orang pun kena alim dalam agama masing-masing. Dia mengangguk-angguk sambil senyum, "Semua orang kena takut akan 'sesuatu' (Takut dan percaya Tuhan)."

Selalunya Mr. B akan ambil Qur'an saya apabila saya keluar lama, dan dia baca maksudnya yang dalam bahasa melayu.

Suatu hari Mr. K ganggu usik saya, Mr. B bergurau, "K ni fasiklah." Saya terkejut lalu bertanya, "Kamu tahu apa maksudnya?" Dia pun datang ke meja saya dan mengambil kitab lalu mencari perkataan fasik itu. "Ada dalam ini, saya baca."

Saya rasa berbunga-bunga.

Saya berbual dengan dia tentang macam-macam lagi perkara. Dia pernah belajar tamadun islam dan subjek-subjek islam semasa di universiti dulu. Saya pun berkata yang saya tidak belajar semua itu di universiti.

"So, you are more islam than me," kataku lalu dia pun tertawa. Kemudian, saban hari saya terlihat dia menonton video ketuhanan di laman y*utube.

Itu cerita yang bukan islam. Yang islam sibuk dengan combo masing-masing dan simpan islam dalam poket.

2 comments:

qmarul_bob said...

~pernah jugak jumpe keadaan seperti tu...tp instead of individual..ni mcm the whole community act like what muslim people suppose to act..

pergi contryside kt jepun..dirong nye morality n tingkah laku is more akin to islamic value..just dirong x menganut islam je..:)

HaYaTi said...

suke cerita ni!
kalau kat facebook dah lama klik "Like"..