Wednesday, 17 February 2010

Lemang Di Karak?


Aku dah agak dah. Daripada dulu lagi aku rasa pelik, aneh, ngeri, angker mendengar perkataan 'karak'. Adakah kerana bunyinya seperti kerak? Anak kerak? Err...

Sampai sekarang mual itu masih ada. Err...

Semalam merupakan hari yang panjang. Aku menghadapi perjalanan yang jauh tetapi selalunya singkat. Namun, kali ini berganda-ganda nilai jam yang perlu aku tempuhi. Gong xi gong xi.

Setelah abang turun di Gombak, aku meneka-neka jalan keluar ke arah lebuhraya Duke sepertimana mengikut arahan abang. Okay, betul, sempurna. 

Jam 9.50 malam. Aku mengisi minyak di stesen minyak P dalam keadaan malas. Malas kena buang jauh-jauh sebab esok aku kena bertolak ke Senawang pula.

Jam 10 malam. Aku memandu keluar ke jalan tadi. Tiba-tiba sebuah bas memintas dengan dekat. Kereta aku membuntutinya di belakang. Dalam masa 5 saat aku terlepas simpang kerana bas tadi melindungi pandangan aku, dan aku menuju ke.. err..karak.

Apabila aku nampak tol, aku tidak dapat bertenang kerana aku tidak pernah sampai ke Karak. Aku cari pusingan U. Tak ada. Ada satu yang mungkin boleh di hadapan, tapi banyak kereta. Bahaya. 

Tak apa, keluar di exit pertama, fikirku yang menyangka lebuhraya ini seperti lebuhraya persekutuan yang boleh selamat jika terlepas simpang.

5 km. 10 km. Belum ada apa-apa tanda. Aku sudah mula berpeluh. Mana exit. Mana exit? Ada papan tanda satu. Destinasi pertama yang ditulis di atas sekali, Bentong. Aku ingin call abang tapi kasihan abang. Dia juga penat sebab kami melalui hari yang panjang tadi. Call emak, tak mungkin! Aku rela mati kemalangan di sini daripada merisaukan emak.

"Ya Allah! Nak balik! Nak balik!" Aku menjerit-jerit kaget sambil menggenggam stering. Aku hampir panik apatah lagi malam semakin larut di kawasan bukit bukau berhutan dan aku.... keseorangan.

"Astaghfirullahal 'azim," dan aku pun mula mengulang-ulang "La yukallifullahu nafsan illa wus'aha....  Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya. Bismillahillazi la yadurruma'asmihi syaiun fil ardhi wala fissama i wahuwassami'ul 'alim. Dengan nama Allah yang dengan-Nya tidak ada suatu pun yang mampu mendatangkan bahaya di langit dan di bumi. Dan Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui. "

20 km. "Nak balik! Nak balik! Ya Allah!" Doaku semakin menjerit, semakin kerap berganti dan bergilir dengan zikir tadi. "Aku tak mau pi Bentong! Ya Allah, bantulah hamba-Mu! "

Ada papan tanda. Aku berdebar-debar menanti mungkinkah ada exit harapan.

Gerai Lemang Di Hadapan 200m

Waaaaaaaa! Tak mau lemaaaaaaaang!

Akhirnya, entah sudah sejauh mana aku pergi, exit pertama yang aku jumpa adalah Genting Highlands. Aku sudah mula menarik nafas lega walhal ianya sebenarnya tidaklah semudah itu. Keadaan jiwa aku semakin genting apabila kereta mula mendaki-daki jalan yang curam. Semakin curam. Semakin curam.

Mata aku sibuk mencari peluang untuk membuat pusingan U, ditemani tekak yang mual-mual ingin muntah. Aku lihat papan tanda tertulis Genting Sempah. Ya, mungkin di situlah tempatnya aku bakal membuat pusingan sebab aku pernah sampai ke situ dulu. 

Aku daki dan daki lagi. Mengelak-elak di tebing curam dan selekoh tajam. Semakin tinggi dan tinggi. Manakah tempatnya? Ah, melampau mungkin tempatnya jauh sekali.

Zap! Aku membuat pusingan bahaya di kawasan yang tiba-tiba ku lihat tidak ada pembahagi jalan. Alhamdulillah. Menuruni bukit dan jalan yang sama.

Lagi setengah jam ke Kuala Lumpur. Lagi 38km. Oh, buat pertama kalinya aku begitu bahagia melihat perkataan Kuala Lumpur. Dan sepanjang perjalanan aku berdoa supaya aku tidak kemalangan di sini supaya kesesatan aku ini kekal rahsia (tapi tidak pada blog?).

Kemudian aku tiba di Gombak semula sejam selepas aku menyentuh lebuhraya karak. Dan menempuh jalan-jalan sesat di Kuala Lumpur sebelum tiba di rumah pada jam 12. Pengalaman paling mengerikan.

Apabila sampai di rumah rupa-rupanya tidak ada orang. Aku tidak takut cuma penat sangat. Entah kenapa tiba-tiba malam itu boleh termimpi pontianak pula. Bila terjaga dan sambung balik tidur, mimpi itu boleh pula  bersambung balik. Pada tadi aku bangun dalam keadaan menggeletar. 

Segalanya hanya pulih sedikit apabila kereta aku mula mencecah lebuhraya elite pada jam 6.30 pagi menuju ke Seremban.

p/s: Sepanjang hidup rasa mual setiap kali nampak papan tanda 'Kuantan' dan 'Lebuhraya Karak'. Sampai sekarang masih tak percaya ada orang jual lemang di karak.
Allah sebaik-baik Penolong.

2 comments:

HaYaTi said...

sekadar perkongsian sebuah hadith utk org yg slalu dpt mimpi...

Abu Qatadah (May Allah be pleased with him) reported: The Prophet (PBUH) said, "A good vision (dream) is from Allah and a bad dream is from the Satan. He who sees something in a dream that he dislikes, should blow thrice on his left, must seek Allah's Refuge from the evil of the Satan (i.e., by saying: A`udhu billahi minash-Shaitanir-Rajim). Then it will not harm him.''
[Al-Bukhari and Muslim].

Commentary: As mentioned in the preceding Hadith, there are good dreams and bad dreams. This Hadith shows us what to do in order to avoid the evil of Satan who cannot harm anyone except by Allah's leave.

843. Jabir (May Allah be pleased with him) reported: Messenger of Allah (PBUH) said, "When one of you sees a bad dream let him blow three times on his left, seek refuge in Allah from the Satan three times (i.e., by saying: A`udhu billahi minash-Shaitanir-Rajim) and change the side on which he was lying.''
[Muslim].

Commentary: This Hadith makes an addition to the preceding ones, that is, on seeing a bad dream, one should change his side. If he is lying on his right side, he should turn to the left, and vice versa. By this precaution Allah will turn a bad dream into a good one by His leav

qmarul_bob said...

~jauh perjalanan tu..
sebagai salah seorang penduduk kl yg rumah btul2 dpn highway g karak, sesat smpai ke genting sempah tu dh perkara biasa bg orng yg terlepas simpang kt situ..n btul..spanjang jln dr dpn umah sampai ke karak ade orng jual lemang..memang famous lemang tu..:)

br ingt ahad ni nk g genting sempah..
g hike kt situ..
dh ade orng sampai dlu dh..