Tuesday, 11 August 2009

Di Meja Persatuan 1

Setelah sekian lama aku duduk di meja persatuan itu, akhirnya aku membulatkan hati untuk menjadi proaktif. Aku sudah tidak tertahan melihat mereka di sebelah begitu ramah menyapa orang yang lalu-lalang tapi aku pula seperti patung busana muslimah yang didudukkan di atas kerusi sebagai pameran tambahan di meja persatuan.

Mula-mula aku senyum dan berusaha mengangkat pandangan kepada orang yang lalu-lalang. Senyum aku perlu lebih sikit sebab ia dinilai dari ekspresi mata sahaja. Dan bukan semua orang senang nak memahami senyuman mata. Disebabkan ramai sangat orang, mulut aku sangat lenguh jadi aku sepetkan mata sepuas hati sahaja supaya aku dikatakan sedang senyum he he.

Namun mungkin masih belum cukup. Tak ada orang singgah lagi ni. Kena proaktif lagi.

"Hye! Would you like to joint us?" Itu ayat pertama yang terpacul dari mulutku kepada seorang perempuan cina yang kelihatan berminat membaca artikel di meja persatuanku. Akhirnya ada yang menyinggah. Dalam hati aku menggelabah dan menyumpah, 'Buatlah ayat bunga-bunga sikit dulu aduh kau ini.'

"Tak mengapa. Saya cuma nak melihat-lihat," katanya dalam bahasa Inggeris.

Aku fikir. Tak mengapa. Teruskan! Proaktif! Proaktif!

"Sekarang persatuan ini dibuka untuk semua. Walaupun anda bukan beragama Islam."

"Ya, saya tahu," katanya sambil tersenyum.

Tapi aku lihat dia lebih cenderung kepada islam itu sendiri berbanding persatuan Islam. Sedangkan dalam kepala aku ketika itu sibuk merancang untuk meramaikan orang dalam persatuan Islam. Sampai jadi terlupa matlamat hakiki untuk meramaikan orang dengan Islam. Jadi cepat-cepat aku bertanya kepadanya mungkinkah dia ingin tahu tentang Islam.

Dia kelihatannya berfikir dahulu.

"Sebenarnya saya mempunyai seorang sepupu yang telah masuk islam," katanya membuka cerita.

"Oh."

"Bolehkah saya bertanya sesuatu?"

"Ya, silakan."

"Jika saya bertanya kepada anda 'Apa itu Islam?', apakah yang akan anda katakan?"

Kepalaku penuh berisi tapi lidah Inggerisku karat macam besi. Aku berdoa dahulu semoga Allah memudahkan urusanku.

"Aa..er..hmm.."

"Anda boleh bertutur dalam Bahasa Melayu? Jika ya, silakan. Dalam mana-mana bahasa yang memudahkan anda," ujarnya.

"Oh, ya, ya." kataku, malu. "Islam itu maksudnya tunduk dan patuh pada perintah Allah seluruhnya. Kita menyerahkan diri kita kepada Allah semata-mata. Kamu tahu, sebenarnya Islam itu bukan sekadar 'agama' dari sudut yang manusia selalu pandang. Ia menyeluruh. Islam itu ekonomi, politik, sosial, akhlak, dan semuanya. Sehinggakan cara kita bercakap dengan orang lain seperti sekarang ini, juga diajarkan dalam Islam."

Ketika itu tidak semena-mena orang ramai berkumpul untuk melihat perbualan kami seperti berkumpul melihat keraian. Yalah, aku pun bersemangat tanpa disedari apabila mula bercakap dari hati. Siap dengan gaya tangan ke langit. Mungkin itu menarik perhatian semua orang. Semoga mereka tahu, Islam itu terbuka untuk mereka dan semua.

Dia juga bertanya soal purdah yang aku pakai. Aku dengan berbesar hati bercerita tentang isu itu kepadanya.
Dan kami terus bersoal jawab satu dua soalan lagi. Dan akhirnya berkenalan. Bersalaman.

"Sebenarnya saya juga pergi ke meja-meja persatuan agama lain untuk bertanya. Saya tidak berpegang dalam mana-mana agama pun."

"Oh. Silakan bertanya lagi bila-bila masa sahaja jika anda mahu lebih mengenali islam."

Selepas dia pergi, mereka di meja sebelah-menyebelah masih memandang-mandangku dengan wajah ingin tahu berbaur cemburu. Semoga mereka cemburu untuk mengenali islam juga.

Dan selepas itu, aku semakin bersemangat untuk menguasai Bahasa Inggeris. Aku juga semakin yakin untuk bersosial. Ya, aku ada Islam yang paling haq jadi mahu takut apa jika kita di pihak yang benar. Yakin! Proaktif!

Aku kemudian berjalan dengan rasa bahagia berkembang, dengan rasa 'izzah akan Islam yang mencelup seluruh jiwaku sambil merasa aura cemburu mata yang memandang. Alhamdulillah.

5 comments:

MimY LianA said...

wah wah k auni~!

bagusnye, teruskan usaha!!

rindu na jumpe akak, dah lame xbersua mata =)

(er, ade ke frasa ni?)hehe

Anonymous said...

tahniah, truskan usaha anda. its ok. asal awk dpt tunjukkan islam kat mate non muslim tu sudah kire baik... moga sahabat chinese tu dapat hidayah.

aunaz fifteena said...

Mimy, selamat berusaha juga di kejauhan!
Usaha akak, usaha awak juga.
Rindu juga nak bersua hidung pun he he.

Anonymous,
Alhamdulillah. Semuanya dari Allah.

HaYaTi said...

Alhamdulillah. gembira masa dgr 1st time ukhti share cerita ni sedetail2nya siap dgn perasaan lagi.. tumpang rasa izzah dan bahagiaaaa...

semoga chinese girl itu kita dpt jumpa lagi. doaaa saja yg terbaik dari Allah. awak dah ada sedikit saham la auni, jelesnya saya....

aunaz fifteena said...

Allah yang beri, saya tak buat apa-apa.

Oh ya, apa yang saya ceritakan pada Hayati belum saya ceritakan di sini.
Kena ada sambungan Di Meja Persatuan 2.

Semoga dapat motivasi =)