Friday, 12 June 2009

From Baju Ketat To Purdah

Sejak melangkah ke alam kampus, saya telah berkenalan dengan seorang manusia yang saya rasakan sangat pelik. Saya merasakan dia terlalu aneh seolah-olah watak ini tidak pernah dijumpai di mana-mana tempat yang saya pernah pergi. Kami ditakdirkan 'benar-benar' bertemu semasa tahun pertama di universiti. Dan kami bakal menghabiskan masa bertahun-tahun bersama-sama untuk bekerja. Saya rasa dunia kami berbeza. Dengan dia yang saya anggap manusia melayu terakhir manakala saya bagaikan seekor burung kakak tua yang telah bebas dari sangkarnya!

Pada waktu itu, saya sedang menikmati kebebasan yang tiada tara seperti kehidupan remaja Malaysia yang lain. Saya suka yang saya tidak lagi terikat dengan plain white clothes! Hidupnya pula lain. Unseen and seems happy with it! Dia tidak terikat dengan mana-mana kemahuan dan keseronokan remaja.

Saya selalu nampak dia baca Al-Quran sebelum kuliah bermula. Saya terdengar dia berzikir sepanjang perjalanan berjalan kaki ke universiti. Kata-katanya berisi. Sensitif dengan keadaan teruk yang kita si otak kuning sejak sekolah selalu rasa biasa saja - sampai kita nak kata 'rileks, takkan itu pun nak bagi reaction'. Dia pernah memberi makan anjing kurap di jalanan. Kalau saya waktu itu awal-awal lagi dah pusing 360 darjah bila nampak anjing tu.

Oleh sebab saya bosan, saya pun ikut membaca Al-Quran sebelum kuliah bermula. Mula-mula saya tertarik dengan kisah Yusuf dalam Surah Yusuf, saya pun teruskan membaca kisah Yusuf sampai habis. Saya dapat lihat bagaimana kehidupan happy ending hanya berlaku jika kita beriman kepada Allah, bukan kerana paras rupa (termasuk Yusuf Si Kacak). Kemudian saya mula 'ketagih' Al-Quran. Saya pun baca kisah Ashabul Kahfi, kemudian Musa pula dan diikuti Zulkarnain. Kemudian, Nuh, Soleh, Hud, dan para Nabi yang lain sehinggalah Muhammad.

Sampai suatu ketika saya baca Surah An-Naba', saya menangis. Kemudian kawan-kawan saya di sebelah pun turut menangis membaca An-Naba'. Sampailah suatu ketika kami asyik menangis setiap kali membaca Al-Quran.

Suatu Keindahan

Saya mendapati Al-Quran itu sangat indah. Setiap kalimahnya indah, kisahnya indah, pengajarannya indah. Dan saya telah temui suatu ketenangan yang sangat nyata. Seolah-olah telah terpadam segala kabus-kabus keinginan dunia yang saya kejar selama ini. Bagaikan salju, suara Al-Quran mengalir dalam jiwa saya. Setiap bibit perjuangan, debaran, kemarahan, kasih-sayang, nasihat, pujukan atau teguran Allah di dalamnya sesuai bagaikan untuk saya seorang sahaja. Betul-betul indah. Memang, betul-betul indah. Jika tak percaya, bacalah Al-Quran sekali.

Saya mengenal apa itu Islam melalui Al-Quran. Sudah berbelas-belas tahun saya solat, mengaji, pakai tudung dan baca doa tapi itulah kali pertama saya merasakan saya mengenali apa sebenarnya Islam. Apa ertinya menjadi orang Islam. Bagaimana rasanya menjadi orang Islam.

Kali ini barulah saya rasa kebebasan yang hakiki. Rupa-rupanya kebebasan yang saya rasakan selama ini adalah palsu. Burung kakak tua yang sudah terbang itu masih terbelenggu dengan bahasa yang diajarkan tuannya. Dia tidak tahu bahasa lain jadi dia sebenarnya terpenjara dengan dunia luar walaupun dia memaksa dirinya mengaku bebas. Saya macam itu dulu.

Ketenangan

Melalui Islam, kebebasan saya tiada tandingannya. Saya tidak perlu menghambakan diri pada sesiapa atau apa-apa selain Allah. Saya tidak lagi terpenjara dengan memikirkan apa yang perlu saya pakai supaya orang puji. Saya tidak perlu lagi hidup untuk memenuhi fikiran orang lain. Saya bukan lagi hamba fesyen, kecantikan, duit, kerja, atau mana-mana manusia. Saya hamba Allah.

Yang sangat bebas.

Saya nikmati keindahan hidup di dalam celupan Islam, di bawah teduhan Al-Quran. Cari ketenangan yang hakiki itu. Yang tidak datang apabila kita menyumbatkannya hanya ketika kita memijak sejadah, melafazkan akad atau mati. Ia sesempurna seumur hidup.


p/s: Buat dia, ahli Ghuraba' yang beruntung.
p/s/s: Juga didedikasikan yang sedang bertarung nyawa. Hargai sahabat anda.

5 comments:

Ezati said...

alhamdulillah...terharu baca..
slalu jugak dgr kisah2 begini, bilamana islam dirasa semanis2nya, x ada yang lebih BEST melainkan bernafas dlm jiwa hamba..

i wish i could be the one too...doakan ya..

asma'_comey said...

alhmdulillah.. kekdg kite yg sntiasa di suap dgn ilmu agama kat skolah dlu x menghargai ilmu tu, smpi ilmu tu sndr akan menjadi saksi utk kehidupan kita yang akan dtg. tp, bila kita berjy hargainya sblm terlmbt, mmg terasa sgt kemanisan hidup dlm payungan Iman & Islam. bila kita btul2 berserah pdNya atas segala sesuatu, kita akan lebih tenang & menjadi hamba ynag sentiasa bersyukur.. moga kalian n diri ini akan sentiasa di teduhi dgn rahmatNya~

aunaz fifteena said...

InsyaAllah, Ezati. Sama-sama kita berdoa supaya tetap di jalan yang lurus. Hidup dalam celupan agama Allah. Syumul...

Betul tu, Asma'. Kemanisan iman tu datang daripada hati. Walau banyak macam mana pun ilmu, kalau tak faham dgn hati, jadilah macam saya dulu he he. Mari jadi manis dalam Islam.
-Makin sayang sekolah.

sEmuT cOmeL =) said...

salam..terkesan bila baca...rasanya kagum dan kalau boleh nak rasa apa yang auni rasa sekarang nie...

aunaz fifteena said...

InsyaAllah, doakanlah semoga kita semua istiqamah.

Mari menghayati Kalam Allah!
=)