Saturday, 16 May 2009

Saya Hormat Semut

Sebenarnya komputer riba saya merupakan komputer riba yang unik. Ini kerana ia bukan hanya mampu menyimpan maklumat, internet, microsofts dan softwares malah secara fizikalnya komputer riba sangat efektif. Ia mampu menjadi tempat tinggal SEMUT!

Ketika saya sedang menaip sekarang pun, ada semut yang seronok menyusuri di sekeliling skrin dan melintas. Ada juga yang sedang sibuk keluar masuk dari celah-celah keypad. Hmm.. Nampaknya lalu lintas agak sibuk hari ini.

Walaupun menyakitkan hati (tak ada tempat lain nak bersarang ke), namun semut adalah salah satu makhluk yang menarik perhatian dan mengagumkan saya.

Saya rasa semut ni lurus bendul. Pernah saya letak jari saya di tengah-tengah laluan semut di dinding rumah. Habis gelabah semua semut. Banyak yang berpatah balik lalu sibuk menyampaikan berita tentang laluan mereka yang 'hilang' kepada semut-semut yang ditembungi ketika berpatah balik. Tak ada seekor semut pun yang berjaya melepasi halangan hujung jari saya walaupun hanya perlu belok sikiiit saja. Alahai comellah semut ni.

Semut di rumah saya 'terpaksa' berjalan mengelilingi frame pintu untuk sampai ke bahagian seberang. Kadang-kadang saya rasa macam nak cuba cakap dengan semut tu supaya lalu di bawah sahaja untuk seberang pintu tapi semut manalah faham. Mungkin itu jalan terdekat yang dijumpai perintis mereka. Walau apa pun, semut memang terbukti rajin. Betapa bersungguhnya mereka sehingga mampu menggigit bungkusan plastik roti saya sehingga berlubang besar. Hebat..

Wayar tetikus saya dijadikan sebagai jambatan dari lantai ke komputer. Kreatif...

Celah-celah penutup botol air saya dijadikan tempat bersembunyi puluhan ekor semut. Licik...

Hamster, anak ayam, anak kucing saya habis dimakannya. Bagus, bercita-cita tinggi...

Suka gigit kaki orang. Berani, kuat...

Banyak sifat baik pada semut ni. Kalau kita betul-betul memerhati. Seekor semut lebih pakar dan awal berzikir daripada seorang manusia. Sambil angkut makanan sambil menyebut-nyebut zikrullah beramai-ramai.. Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar...

Masyaallah.


p/s: Tapi kalau komputer ni meletup, memang nak kena semut ni.

8 comments:

emma songall said...

cerita yang sangat menarik.
pemerhatian yang sangat teliti.

tembikai said...

auni..tau la hormat semut..but then, smpi ble nak kasi dy tinggal kat situ? hmm..knal tak ni sape?

miSSeRah said...

haha..kak auni..funnyla...ahak..laptOp erah pun prnh kna....isk....'pndai' btul semut2x nie cr tmpt...=p

eLeA haNnAj said...

auni..jannah here..ngee
laptop aku pon pena kne serang dgn geng2 semut ni..huhu..
ingat kan nape la asek kuar jek semut kan..skali anta g bengkel,rupenye diorg da berhabitat kat dlm ni...siap ade telur n segala bagai lg..so,nasihat aku,g la anta bengkel cpt2,xpon kalo pndai bukak la sendrik..sian diorg terperngkap kat dlm 2..hehe

aunaz fifteena said...

emma songall:
Naik juling jugaklah nak memerhati he he.

tembikai:
Ku Siti? Nak tak tolong jadi negotiator semut?

misserah:
Entah2 tv pun kena tak??

elea hannaj:
Betullah, kena check juga. Mungkin dah boleh buka zoo dalam laptop agaknya.

Ezati said...

ni kes makan depan laptop ni..
huhu dah bese buat, tapi belum pernah ternak semut so far~
kene blajar teknik yg btul la auni..kekeke

Nadia said...

mcm kenal je crite ni..unit kediaman sy pn slalu kne serang semut, tp semut x pg kat mknn dia pg kt alat eletrik! habis komputer, cerek, tv dsb yg jd sarang semut...
moral: berzikir je la..

aunaz fifteena said...

ezati:
he he

nadia:
semut sekarang bergigi besi