Wednesday, 8 April 2009

Yakin! Yakin!

Maaf, post ini mengandungi bahasa-bahasa engineering. Saya tidak rajin menafsirkannya ke dalam bahasa melayu yang betul. Bahasa Jiwa Bangsa. Saya sayang bahasa melayu.

Beberapa hari lepas, saya berseronok di dalam makmal apabila lecturer Engineering Design 2 MEC2406 Dr. Kenny membuat eksperimen ke atas design yang kami puluni sejak beberapa minggu ini. Sebelum ini kami berhempas pulas menyiapkan assignment design dengan calculation yang macam-macam. Berdasarkan dimensi dan gambar design tadi, kami pun membuat pengiraan. Jika torque sebanyak 1Nm contohnya dikenakan ke atas power screw, lukiskan shear force dan bending moment diagram setiap component design. Kemudian, kami perlu predict bahagian mana yang akan mengalami failure dulu apabila dikenakan torque. Ada yang predict di power screw, hollow square, strips, pins dan lain-lain lagi.

Setelah semua orang menghantar assignment pada hari itu, kami pun berkumpul di makmal untuk membuat eksperimen ke atas design itu berdasarkan torque dan load yang dipilih. Sewaktu Dr. Kenny kenakan torque dengan semakin banyak, power screw akhirnya mengalami bending, hollow square sudah kelihatan horrow sekali terkemeknya, strips dah mengalami elongation -rupanya jadi mengerikan seolah-olah akan meletup, besi-besi mungkin akan terpelanting bila-bila masa tapi kami semua sangat teruja untuk melihat bahagian mana yang akan patah/putus/cabut dulu.

Menurut prediction kumpulan kami melalui calculations, yang akan gagal dahulu adalah power screw...

Ya, memang betul subhanallah. It's the power screw. Setelah hampir setengah jam, terdengar bunyi yang kuat. Dan power screw pun sudah terbahagi dua...

Semua orang pun bertepuk tangan dan bersorak gembira kerana ramai yang predict power screw akan gagal dahulu....

Saya kata dalam hati, alhamdulillah..alhamdulillah.. Saya sangat gembira selepas itu, bukan kerana kami bakal dapat markah bonus tetapi kerana ilmul yaqin dan 'ainul yaqin saya selama ini dah jadi haqqul yaqin. Akhirnya, teori-teori yang dipelajari dalam lecture yang banyak gedebuk itu terbukti benar di hadapan mata.

Dan semua itu milik Allah. Dicipta oleh Allah Yang Maha Bijaksana.

Macam manalah saya boleh terfikir untuk mengasingkan dunia engineering dan dunia islam. Allah-lah penakluk segala ilmu. Allah-lah ketua segala engineering kepalang. Bila fikir-fikir balik, kenapa kita meletakkan pengharapan belajar itu pada lecturer semata-mata padahal keizinan penerimaan ilmu dalam otak itu hanya datang daripada tuannya, Allah?
Maha suci Allah.

Wah..seronok. Haqqul Yaqiiiinn.... Yahoooo!

2 comments:

~alhuda~ said...

salaam kak auni :)
nak link blog akk boleh?

aunaz fifteena said...

Salam Huda.
Buleh2. =)