Thursday, 19 March 2009

Sesak

Iman dan ibadah datang daripada jiwa yang tenang. Ketenangan jiwa datangnya daripada tubuh badan yang sihat. Suatu hari, kawan aku, Kak Long bertanya apakah berat badan aku masih sama seperti dulu. Jawabku, ya. Berat badanku masih sama sejak berada di bangku sekolah. Sememangnya, aku tergolong di kalangan berat badan tidak seimbang. Kataku lagi, aku akan usahakan -pada masa yang sama, aku sedang memegang sandwich telur sebagai makan tengah hari.

"...mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?" (As-Saff: 2)

Menggeletar kepala lutut.

Kepala lutut memang menggeletar sejak semalam. Kerana lenguh bawa kereta ke Damansara je he he. Subhanallah, kalamullah itu memang kena untuk setiap keadaan. Walaupun tentang makan. Sebelum ini, kami bertadabbur ayat itu dalam situasi orang yang lalai berdakwah sahaja. Semalam aku sudah diberi peringatan oleh murabbi bahawa penjagaan kesihatan sangat penting. Sarapan penting! Minum air dua liter sehari. Murabbi pun menghadiahkan sebotol pil vitamin C. Sahabat usrah pun berebut-rebut offer makanan mereka dari rumah. Terharuuuuu dengan ukhuwah islamiyah.

Baiklah azam baru ialah untuk menjaga kesihatan.

Ceritanya...

Sejak berpindah di USJ 1, memang banyak cabaran dan perkara baru yang perlu dihadapi. Kalau dahulu dunia aku ini tertutup dan selamat dengan kehidupan asrama atau hostel, kini aku kena jadi lebih dewasa. Setiap hari, aku keluar pada jam tujuh untuk ke kampus, sama seperti orang bekerja. Disebabkan kelasku bermula pada jam 8 dan ditambah dengan kesesakan padat di lift dan jalanraya, aku terasa keperluan aku seperti bukan pelajar lagi. Rasa macam mujahid. Pada waktu-waktu inilah, aku belajar erti tawakal dan berserah diri kepada Allah. Syukurnya aku berpindah!

Aku tinggal di tingkat 23, dua tingkat sebelum tingkat tertinggi. Suhu selalunya lebih sejuk daripada biasa. Tambah-tambah lagi air dia. Rasa macam masih duduk di SMAP Labu he he. Tapi, tingkat dua puluh tiga pun berbaloi sebab boleh nampak KLCC, KL Tower dan Genting Highlands berbalam-balam dari jauh. Langit luas, mengahadap bandaraya yang dikelilingi bukit bukau. Nun dari jauh nampak bucu piramid Sunway Pyramid hu hu. Bila menjenguk ke luar tingkap, akan menghadap South Quay (sebutannya 'key' bukan 'kuey' okay). South Quay adalah kawasan rumah mewah yang menghadap tasik buatan manusia yang cantik sangat. Di tepinya tersergam Monash University yang nampak mewah bila malam. Sebelahnya lagi lebuh raya KESAS yang teramatlah dekat. Kereta-kereta nampak kecil je macam kereta mainan.

Cukuplah bercerita tentang pemandangan.

Setiap pagi aku perlu bersesak di lift. Kadang-kadang lima-enam lift lepas macam tu saja sebab penuh. Selalunya, lift tak dapat nak naik sampai ke tingkat 20 sekalipun sebab sudah penuh dari bawah lagi. Di Casa Subang ada dua tower. Tower A dihuni kebanyakannya oleh keluarga dan tower B dipelopori oleh pelajar. Di sini kan banyak kolej, SEGI University College, Sunway College, Pantai Nursery, Monash University, Metropolitan College dan macam-macam lagi. Tambah-tambah lagi Casa Subang ni bersebelahan dengan MYDIN dan SUMMIT. Dan kemudahan di dalam Casa banyak seperti kedai-kedai makan (mamak ada, melayu ada, cina ada), cyber cafe, mini-mini mart, kedai dobi, taman permainan, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, kolam renang....

(Apalah cerita pasal Casa pula ni. Sepatutnya cerita pasal lift.)

Bila balik dari kampus pun lift akan sesak dengan student. Bukan sesak, tak mampu nak naik pun. Paling best, sejam kena tunggu setiap pagi dan petang. Selepas tu, nak pergi ke kampus kena melalui persiaran kewajipan yang memang wajib sesak. Jalan paling sesak di area PJ-Subang (quote from myself). Banyak accident berlaku. Bas sagat kereta. Tawakal.. Tawakal..

Lepas tu belajar pula. Yang ni otak sesak he he. Memang susah nak catch up ilmu-ilman ni. Apa yang diajar oleh cikgu macam abstrak je semuanya. Paling risau, tak cukup masa nak study sebab asyik penat setiap hari dengan kesesakan. Dahlah tak makan he he.

Namun, aku belajar bukan untuk dapat degree. Usaha dan pengorbanan aku menentukan pahala daripada Allah, bukannya result. Result kan dah tertulis takdir. Kelak usahanya itu akan diperlihatkan. Jadi, usaha sajalah bersungguh-sungguh. Tak perlu pening kepala tentang result.

Bercakap tentang belajar, aku teringat lecturer ENG2091 aku yang aku rasakan sering dibuli oleh student nya. Orangnya lurus sangat sehinggakan kalau dia berjenaka atau bersemangat, dia ditertawakan. Contohnya kes tukar venue kelas baru-baru ini. Semalam dia bersemangat dengan menggenggam tangannya ke udara sambil berkata, "I will fight to the administrator!" (Nak tukar kelas ke tempat lain sebab kemudahan kelas sekarang tak bagus dan lengkap untuk pembelajaran). Cuba bayangkan kawan-kawan kita yang paling nerd dengan kata-katanya yang sepatah-sepatah seperti kanak-kanak yang ragu berkata begitu. Rasa kasihan. Tapi dia ditertawakan pula. Hari ini, aku rasa sedih sebab perjuangan dia menukar kelas seperti diperolok-olokkan lagi. Usul ditolak bulat-bulat oleh students. Dan dia diperolokkan lagi. Bukannya Allah sudah melarang kita memperolok-olokkan orang lain di dalam Surah Al-Hujurat?

Walaubagaimana pun, selain ilmu engineers, lecturers aku banyak memberi pengajaran kepadaku. Lecturer ENG2091 hanya datang naik motosikal buruk. Lecturer MEC2401 berjalan kaki walaupun perjalanannya sama jauh dengan rumahku. Subhanallah betapa zuhudnya mereka. Aku yang bawa kereta ini sepatutnya bersyukur. Zuhud itu bukannya kedekut tapi menggunakan nikmat sebaik-baiknya. Ada kereta tapi apakah aku sudah menggunakan sebaiknya? Apakah ia ikhlas digunakan di jalan Allah? Kereta.. janganlah tuntut apa-apa dariku di akhirat kelak.

Aku kagum dengan seorang ukht. Keretanya buruk sangat tapi diberi sebagai kemudahan pengangkutan orang berdakwah. Apa pula jasa yang pernah aku lakukan?

Fuuu, sesak nafas.

p/s: Nak menggunakan nikmat sesak ini sebaik-baiknya.

No comments: