Sunday, 7 December 2008

Terbanglah Rindu

There are two things that I missed -my friends and myself. Hebat bukan, apabila terasa seperti kehilangan diri setiap kali berpisah dengan dua perkara itu. Ya, sememangnya perkara sebegini memang selalu berlaku. Kalau digembar-gemburkan ala-ala cerita fantasi, aku bayangkan aku sedang jatuh ke dalam lubang dalam bercorak kelabu bercampur hitam. Aaaaaa!

Suatu hari, aku terbang. Impian aku terlaksana pada hari itu. Untuk terbang. Untuk keliru antara langit dan laut. Itu kali pertama, jadi aku masih ragu pada kebolehan sayap aku. Abang juga terbang. Kami berbalah tentang benda yang kelihatan seperti serbuk putih di atas laut. Aku katakan itu ialah ombak, berdasarkan pengamatan yang mendalam. Abang aku katakan awan. Adik aku katakan sampah. Adik aku yang lain pula katakan polisterin hancur yang ditabur-tabur. Di laut yang luas ni? Logik sungguh. Tapi yang pasti hanya ada awan, langit dan laut untuk berbalah tentangnya.

Awan- aku teringat seorang manusia yang aku kagumi ni. Dia adalah seseorang yang sama sekolah menengah denganku. Dia dan aku jauh berbeza ketika itu. Dia baik dan aku pula lain. Maksud aku... ya, lain. Aku hanya menyedari yang aku kagum akannya hanya apabila kami semua graduate dari sekolah menengah. Patutlah selama ini di sekolah kalau ada yang tak puas hati dan kutuk dia, aku malas nak bersuara sekali. Dan bila aku nampak dia, aku rasa macam suatu sudut dalam jantung aku ni berpelangi. Rupa-rupanya, dia dah tercalon ke dalam golongan wanita yang aku segani. Aku nak jadi macam cik adik itu. Dia contoh teladan buat aku. Sampai sekarang cita-cita tu masih berjalan walaupun aku pun tak pasti macam mana kehidupan dia sekarang. Yang aku pasti, dia masih solehah. Aku nampak awan gebu putih.

Langit- aku teringat seorang lagi manusia yang aku kagumi. Dia pula adalah seseorang yang kadang-kadang jauh kadang-kadang dekat. Hikmah dialah yang menarik hati aku. Walaupun kadang-kala aku lihat ada yang bosan dan keliru dengannya, aku mengangguk dengan senyuman walaupun hanya diam. Aku harap hidup aku sama baik dengan dia, hati aku sama baik dengan dia, semangat aku sama kuat dengan dia. Dia sebiru langit, sejernih angin.

Laut- aku teringat seseorang yang jauh. Seorang yang bertaqwa, tabah dan dicintai. Semoga Allah merahmatimu tidak kira di mana saja kau berada dan apa juga yang kau sedang lakukan. Dia ni istimewa. Kalau aku masih bersikap macam di sekolah dulu, mungkin aku dan dia tidak bertemu. Dia penasihat yang baik. Jazakillah. Dan dengan melihat wajahnya sahaja, sudah menerbitkan seribu ketenangan yang menghilangkan seribu masalah. Dia seperti matahari terbenam di ufuk. Merah, perang, jingga...

Mendarat-
There are two things that I missed -my friends and myself. Aku rindu diri sendiri bila rindu pada teman-teman. Dan ucapan ini ditujukan kepada 5 orang sahabat yang dirindui, semoga dilimpahi cinta dan kasih sayang Allah.

2 comments:

inni akhafullah said...

salam wbt..

kak auni..owh.. memori lama.

mabruk alaik ya ukhti... semoga kita sama2 melaju dalam berdakwah..



http://novaadila.wordpress.com

kak, add me on ym: nova_adila

^o^

aunaz fifteena said...

salam, nova.
jazakillah.
semoga melaju juga!