Friday, 10 October 2008

Aaoge Jab Tum

Mungkin aku perlu menilai watak perwatakan, konflik dan jalan cerita supaya aku lebih sensitif pada masa hadapan.

Kata orang, selagi tidak melepasi suatu destinasi, kamu akan melangkah di jalan yang sama. Ada juga yang berkata, selagi tak lepas lautan berduri, mana mungkin datang segunung kaca.

Maksudnya,
Selagi belum benar-benar melepasi suatu ujian, siri ujian yang sama akan datang berulang-ulang. Perasan tak?
Mungkin cinta, mungkin keluarga, mungkin kerjaya; kisah yang berulang-ulang.

Bercakap tentang berulang-ulang..
Ada suatu lagu indah, dalam bahasa urdu, yang sering aku ulang dengar. Liriknya, melodinya, betapa indah ia diungkapkan. Lagu ini sangat mendalam. Sampai kamu boleh terlupa ia ditujukan untuk siapa!

Aaoge jab tum o saajna, aangana phuul khilenge
Barsegaa saawan, barsegaa saawan, jhuum jhuum ke
Do dil aise milenge..

Ah, jangan salah faham. Aku sedang belajar bahasa urdu. (T_T)!

Berbalik,
Aku menilai sendiri watak yang aku cipta. Aku sendiri yang tentukan sama ada jalan yang diambil suatu watak itu benar atau sebaliknya. Kalau benar, teruskan. Kalau salah, watak itu perlu aku sedarkan.
Kalau tidak, ending jadi salah!

Sepanjang beberapa tahun aku membentuk suatu watak cerita, baru aku sedar;

Yang aku membentuk watak dan jalan ceritaku sendiri.

No comments: