Monday, 15 September 2008

Flow

Layangkan fikiran sebentar ke Bandar Sunway. Di dalam hostel Sunway College, sebuah kawasan terlindung di belakang bangunan kolej. Di blok yang paling tepi, di tepi tingkap sebuah bilik twin sharing yang berlangsir warna kuning. Masih sunyi. Kadang-kadang kedengaran bunyi dari rumah di tingkat bawah. Bunyi bersin. Aku duduk di meja belajar, betul-betul di sebelah tingkap tadi. Aku tekan punat on laptop. Tiit! Bunyinya menjerit. Pandang depan ada dinding. Kertas jadual menari-nari mengikut alunan angin dari kipas siling. Jangan pandang kiri. Ada katil.
Mendongah ke tirai langit
Ada wajah dosa dan pahala
(Petikan dari Di Sebalik)
Aku pandang kanan, keluar tingkap. Jam 6.34 pagi, langit mula menjadi jingga. Tup! Lampu jalan di bawah sana sudah terpadam. Aku menaip di laptop. Bila ditoleh lagi, langit mula menjadi ungu kelam. Aku menaip lagi. Kali ini agak lama. Bila ditoleh, ah sudah jadi biru kusam! Sedikit demi sedikit warna hijau rimbunan pohon di bawah sudah kelihatan. Beberapa minit kemudian, langit berbalik kepada warna ungu tapi kali ini warnanya kusam. Tingkap terbuka luas.

Fuuuuu!

Angin jam 7.07 pagi menerjah sepoi-sepoi. Cerah. Di luar tingkap, daun-daun dan ranting-ranting macam tergeletek dek angin tadi. Sunway lagoon terlindung di sebelah. Warna langit sudah jadi baby blue. Cit! Cit! Cit! Beburung mula membingit bekerja. Aku menaip lagi. Lama.
Kali terakhir aku lihat warna langit sudah jadi biru cair.

Subhanallah! Jika mereka memerhatikan.

Ah! Bumi Malaysia complicated. Pandang luar banyak yang tersirat dari yang tersurat. Sudah berapa lama aku di sini, mengapa tidak sekali pun aku dapat membayangkan rupa Sunway Lagoon di sebelahku itu?

Bumi Malaysia complicated! Banyak pokok, bangunan, dan tiang-tiang yang membatasi pandangan. Perasaan pun susah nak flow. Perasaan rakyat Malaysia tersekat-sekat. Orang Malaysia juga orang yang kaya dengan budaya berkias-kias. Patutlah konflik drama di televisyen Malaysia pun serba complicated.

Campakkan aku ke padang pasir!

Biar aku flow di sana. Tak ada bangunan, pokok pun sikit. Yang ada, langit dan bumi -macam yang selalu dibaca di dalam kitab Allah. Perasaan pun terus flow. Nak menangis senang, nak ketawa senang, nak marah pun senang. Straight to the point bak kata orang putih!

Betullah, geografi bumi pun mempengaruhi budaya berperasaan.

No comments: