Thursday, 4 September 2008

Bagaimana Ini?


Selalukah kita bermimpi?

Aku selalu bermimpi dalam tidurku. Walaupun mimpi itu kadang-kadang ngeri dan menyedihkan, mimpi itu mampu membuatkan aku sedar diri. Mimpi sedih mengajar aku erti menghargai. Mimpi gembira mengajar aku nikmat bahagia. Mimpi ngeri mengajar aku mengembalikan diri kepada-Nya.

Siapa kata mimpi hanya mainan tidur, tiada apa-apa makna?
"Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa"
Suatu malam aku bermimpi sedih. Aku telah mengecewakan seorang yang aku cintai. Seorang yang darahnya mengalir sama denganku, teman karibku yang pertama-tama, pelindungku, penghiburku, kasihku -akhi kesayangan. Aku bermimpi dia kecewa denganku kerana gagal menjaga keretanya dengan baik lalu dicuri. Mercedes Benz. Mahal. Namun itu bukanlah persoalannya. Yang bernilainya, amanah dan pengkhianatan.

Aku sedih. Aku mengecewakan. Aku menaikkan amarah.

Ya, mimpi nampak mudah. Dipandang lewa sahaja tapi aku baru tersedar takdir Ilahi. Rupa-rupanya mimpi itu suatu petanda.
"Agar mudahku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi"
Demi sebuah kereta juga, di dunia jaga aku kehilangan sesuatu yang amat bernilai -amanahku terhadap seseorang yang juga dicintai.
"Kubiarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati

Moga terubat segala

Keresahan di jiwa

Tak pernah ku ingini"

Aku terfikir, sesungguhnya benar-benar aku terfikir. Malah aku runsing sepanjang masa. Bagaimana perasaannya apabila dia lihat kami mengubah? Bagaimana rasa hatinya? Tatkala jariku menyentuh segala barang, menyambung dan menyatu, hati aku asyik merasa seperti menoreh sesuatu. Oh, hatinya!

Ya, memang benar sangkaanku.

Tatkala soalan bertalu ditanya, aku kaku untuk menjawabnya. Itu nombor satu lemahku -kaku. Kemudian sama-sama terluka.
"Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
"
Aku tidak mahu menyambung lagi selepas itu. Cubit paha kiri, kanan pun rasa sakitnya. Kemudian, aku jadi sakit, memilih antara menerus atau menghenti. Kalau menerus, aku menoreh si dia. Kalau menghenti, aku mengabai kerja.

Esok. Semua dilepas dari bibir dan mata. Aku dah katakan yang aku tidak mahu menerus. Sebab dia. Sebab dia. Kalau aku buat, makin menoreh tapi diminta buat maka aku buat. Dia makin tertoreh. Mesti buat walaupun dia tertoreh. Dua-dua pun dia tertoreh. Aku pun semestinya tertoreh juga. Aku cintakannya!
"Mungkin sudah suratan hidupku."
Aku lupa! Kau orang tahu bagaimana laptopku? Besar, tua, agak lama, memori rendah, sering diperolok-olokkan, lambat gerakannya. Aku cinta laptop ini. Aku segera beli external hard disk baru. Ia corrupted sebelum guna. Aku ulang alik ke kedai repair beberapa kali berjalan kaki. Kau orang tahu kenapa aku begitu bersusah payah?

Sebab aku tidak suka memori yang rendah.

Sebab apa?

Fitrahku juga sama memori rendah. Aku sering lupa nama teman-teman. Aku lupa jadualku sendiri. Aku perlu catit segala due date assignment walaupun hanya minggu depan. Aku kena catit walaupun perkara remeh.
Aku pernah berkenalan dengan seorang ukh. Beberapa minit kemudian, aku sebut namanya dengan nama lain.
Aku sering dimarah kerana sering bertanya perkara yang sama setiap kali.

Bukan aku tidak berusaha. Aku sangat berusaha! Aku istighfar setiap hari. Aku selalu berdoa kepada Tuhan. Aku berusaha hafal Al-Qur'an. Berapa banyak air mataku yang tumpah menahan olok-olokan dan hamburan marah kerana kelupaanku. Berapa banyak aku berharap supaya aku mengingat sesuatu agar semuanya lancar. Agar temanku tidak marah lagi. Agar pelajaranku tidak ketinggalan lagi.
"Redhalah apa terjadi
Usahlah dikau kesali"
Aku lupa berapa lama dia telah berusaha untuk itu. Itu lemahku nombor dua -lupa. Aku tidak ingat bila dia bermula. Maka, penghargaanku dikit.

Bila akhirnya terucap kata-kata yang tidakku sangka, hampir menitis air mata ini. Bila disangka diri ini tidak memahami.. Walhal diri ini sebenarnya ya, cuma banyak kelemahan untuk aku faham semuanya.
"Mungkin ada rahmat yang tersembunyi."
Aku tidak tahu bagaimana meminta maaf. Itu lemahku nombor tiga. Sejak kecil, bukan menjadi budaya diri dan keluarga untuk meminta maaf. Dalam keluarga bila bergaduh, masa ialah penyatu dan pengubat. Aku masih kanak-kanak dalam mengenal erti maaf. Selalunya rasa bersalah sering bersarang dalam hati tetapi bila nak buka mulut, 'Bagaimana ini?'
"Oh Tuhan
Tunjukkanku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman maafkan jikaku melukaimu
Moga ikatan ukhuwah yang dibina
Ke akhirnya."
Aku memendam runsing dan pening. Ingat hadith Rasulullah bila ditanya tentang kebajikan?;

Beliau pun bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedang dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."

Benar, aku sedang berdosa.

No comments: