Saturday, 26 July 2008

Layangan Rindu Buatmu Bonda

Bonda,

Anakanda memohon ampun segalanya. Andai perlakuan anakanda membuatkan hati bonda sayat. Anakanda akan bertolak ke bumi Labu sebentar lagi. Rindu sungguh anakanda pada udara sana.

Lampau dulu anakanda tidak ambil pusing akan semuanya. Apa rasa bonda, apa kata bonda. Bukan anakanda mahu bepergian tanpa ridha. Anakanda telah cuba menghubungi tapi tiadalah upaya kalau yang katakan itu qada' dan qadar. Anakanda rindu bonda dan keluarga semuanya. Jikalau ditakdirkan ajal, doakanlah syahid. Janganlah bonda menaruh dendam sedih pada anakanda. Ini jalan kepada Allah. Anakanda ingin teramat menjadi pejuang Mus'ab bin Umair, Abu Ubaidah Jarrah radhiallahu'anhum. Namun, mereka anak-anak yang berjuang walaupun tanpa ridha bonda ayahanda. Bonda tiadalah langsung sama dengan bonda ayahanda mereka itu. Bonda adalah tulang belakang bak Khadijah serta Abu Thalib. Bonda menyokong anakanda. Bonda bertahan pundak memegang anakanda. Jazakillahu khairan, bonda.

Hampir saja anakanda keseorangan namun Allah Azzawajalla itu Maha Berkuasa Maha Perkasa. Kalau dikata kun fayakun. Patah tumbuh hilang berganti. Kerana aral anakanda bertawakal. Allah bantu juga dengan tentera-Nya. Alhamdulillah, bonda.

Semoga bonda bahgia, enak di bawah lembayung iman dan islam. Semoga tenteram, tiada sengsara. Doa anakanda pada bonda tidak pantas untuk berlangsung tanpa perkenan Dia.

Marilah berdoa kepada Allah dan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad sollallahu'alaihiwasallam. Semoga kita mendapat syafaat baginda di hari sana.

Fakhrunlah, bonda.
Cinta anakanda untuk bonda umpama birunya langit, birunya laut. Bila bertemu, dunia tampak luas.

Salam rindu,
Anakandamu.

No comments: