Tuesday, 29 July 2008

Kembara ke SMAP Labu

Sabtu lepas, nahnu telah bertolak ke SMAP Labu. Atas perancangan dari Sunway tak terlalu sempurna, nahnu bertolak sedikit lambat iaitu pada jam 11.00 pagi. Nahnu telah terlepas beberapa bas dari Sunway dan ketika tiba di Stesen Komuter Subang Jaya, nahnu dapati komuter baru sahaja berlepas. Jadi, nahnu mengambil kesempatan ini untuk membeli-belah makanan untuk bekalan ketika di SMAP nanti.

Dipendekkan cerita, setelah lama meninggalkan bumi Seremban, tidak ana sangka Seremban telah menjadi agak canggih. Jalan dari Stesen Komuter Seremban ke Terminal One bukan lagi jalan kecil tapi sudah menjadi jalan komersial. Tidak perlu lagi melintas jalan raya yang sesak. Ada terowong pejalan kaki di bawah tanah. Lidah tidak habis-habis mengagumi kemodenan Seremban sekarang.

Syarikat bas baru juga telah beroperasi di stesen tersebut. Walaupun tambang ke SMAP yang berharga mahal 30 sen berbanding dulu, keselesaan di dalam bas tersebut tidak terbanding dengan bas yang ana naiki ketika keluar outing semasa menjadi student di SMAP.

Semasa di dalam bas, nahnu semua diam dan senyap. Rupa-rupanya, semua orang berkongsi perasaan yang sama iaitu berdebar-debar. Ana tak yakin macam mana nak approach budak. Hunna ingat/kenal ana lagi ke? Warden pula macam mana? Pengawas? Bermacam-macam soalan yang bertalu di otak sehinggakan biskut pun tak lalu ditelan. Itu ana, macam mana pula perasaan Ziha dan Yaya yang tidak pernah kenal bumi Labu itu? Tentu lagi galak rama-rama dalam perut hunna.

"Nak jumpa siapa?" guard garang bertanya.

"Adik."

"Tingkatan berapa?" Terasa macam diinterview.

"4, pak cik."

"Jangan masuk hostel dah lah ye," katanya dalam pelat nogori, dalam nada sedikit amaran.

"Eh, tapi pak cik, saya ni ex-student."

"Oh, yookooo. Patutlah pak cik macam kenal jo muko kamu ni."

Yelah tu. Tidak pernah ana lihat pak cik ini selama berada di SMAP dulu. Lagipun, ana pakai niqab. Perjalanan dari pintu pagar SMAP ke dalam adalah kawasan kesukaan ana sejak dulu. Tidak habis-habis nahnu memuji suasana indah itu.

Nahnu terlewat tiba di kantin. Makanan telah habis dan nahnu kelaparan. Dalam perjalanan hendak ke aspuri, ana ternampak Cikgu Samad di hadapan bilik warden, sedang berborak dengan cikgu lain yang tidak ana kenal.

"Assalamualaikum, cikgu."

"Waalaikumussalam."

"Cikgu kenal lagi tak? Saya ex-student sini. Bekas pelajar cikgu juga."

Hua kelihatan terkejut bercampur gembira. Namun, hua banyak bertanya soalan untuk mendescribekan diri ana semasa di SMAP dulu (Oh, ya. Niqab.). Setelah beberapa lama berborak, baru ana tahu yang Cikgu Samad sekarang adalah warden di SMAP Labu. Kemudian, nahnu diajak masuk dan duduk berbual di bilik tetamu yang terletak di antara bilik pengumuman dan bilik warden. Pada mulanya, ana ingat cikgu nak marah nahnu kerana cuba untuk masuk aspuri sesuka hati. Rupa-rupanya, cikgu bercerita tentang masalah dan isu semasa student di SMAP kepada nahnu dan berharap kedatangan nahnu di sini dapat membantu memperbaiki sahsiah student sekarang. Cikgu siap nak belanja nahnu makan lagi. Malangnya, kantin tutup. Nahnu juga ada bersama-sama ketika cikgu berbincang dengan beberapa ahli majlis tertinggi pelajar tentang masalah ini.

Gubra. Dulu ana hanya ahli tidur SMAP. Sekarang, sekali masuk sudah duduk berbincang bersama golongan yang dianggap tertinggi semasa belajar di SMAP dulu? Lagi gubra, nahnu dijemput untuk bermalam di bilik warden aspuri. Bilik warden aspuri! Allah sahaja yang tahu betapa kekoknya ana ketika itu.

Ana juga diizinkan untuk memanggil BDK/KP kalau ana mahu mengadakan perjumpaan. Itu juga sesuatu yang pelik. Ramai juga student form 4 yang melompat-lompat apabila nampak ana. Walhal ana tidak kenal hunna.

"Kak Auni! Sis Auni!!" hunna menjerit-jerit. Kemudian ana diketuk-ketuk sebab tidak ingat nama hunna.

Warden yang tinggal di bilik itu sekarang adalah Cikgu Halimah. Hia sangat baik. Semua student sukakan hia. Dengan takdir Allah, ketika ana dan cikgu berbual, nahnu dapati nahnu berasal dari kampung yang sama. Maka keluarlah loghat-loghat ana. Sebelum masuk waktu isya', ana, Ziha dan Yaya memperkenalkan diri di hadapan musolla dan sempat pula ana mempromot mini robot yang ana buat semasa di tahun pertama di Uni. Bila ana sebut 'mechanical engineering', kedengaran bunyi 'uuuuuuu'. Bila ana sebut 'tak ramai perempuan', keluar bunyi 'uuuuuuu' lagi. Kemudian, antara soalan-soalan yang diinterview oleh hunna adalah result SPM, Monash Uni tu di mana, pengalaman, jawatan di SMAP dulu dan sebagainya. Seperti diinterview semula oleh MARA.

Setelah selesai solat, adik-adik form 4 kerumun ana, suruh ana bercerita. Tentang perkembangan hidup selepas SPM, engineering dll. Seronok berborak, ia berakhir apabila Cikgu Halimah datang dan menyuruh ana balik mandi. Keputusan akhir juga telahpun dibuat, malam ini akan diadakan tayangan 'Ayat-Ayat Cinta' di laptop ana bertempat di bilik warden. Ketika tayangan itu berlangsung pun, ana melayan student form 4 lain di koridor. Hari itu berakhir pada jam 2 pagi. Tidak termasuk students yang datang nak melihat robot ana itu. Ia berfungsi dengan cahaya. Yang datang tengok kena bawa torchlight.

Sempat ana berkongsi cerita ana di SMAP Labu. Kalau dulu terasa tempat ini sangat tertutup, tidak bebas. Sekarang tidak lagi.

Keesokan harinya, bilik warden itu tidak habis-habis dilawati oleh student pelbagai peringkat. Form 3, form 2, dan form 1. Dalam masa yang sama, tayangan cerita 'kasut' sedang berlangsung di laptop ana di musolla. Ada juga yang datang melihat robot. Hunna berkenduri durian pula di bilik warden. Ceria sungguh. Mujurlah nahnu ada masa untuk membuat perjumpaan dengan BDK.

Nahnu juga makan di tempat makan khas di dewan makan putera. Makanannya juga khas. Makan bersama warden. Cuma ana sahaja yang makan di tempat puteri. Mak cik dewan makan pun layan ana dengan baik. Ana masih kenal dengan beberapa mak cik yang senior. Hunna gembira bila ana kata ana kenal hunna. Ana jadi teharu dengan layanan di SMAP ini. Seronok, nak datang lagi.

Mengikut perancangannya, nahnu akan datang lagi pada Sabtu hadapan untuk memulakan program. Cuma baru-baru ini ada sedikit masalah, nahnu tidak pasti sama ada ia akan tertangguh atau tidak. Harap-harapnya tidak.



4 comments:

MunEerA said...

assalamualaikum.
waah...mabruk auni. dapat mad'u2 baru di smapl. semoga terus kuat d jln ni. nnt boleh la selalu berprogram kt sane. dulu, rasa kosong jiwa d smapl. kurang pengisian rohani. hehe..kalau mun balik mesia, boleh la join, insyaallah. all d best!

aunaz fifteena said...

waalaikumussalam, mun.
boleh2, tak sabar sangat nak jumpa!

Fana Fiqa said...

Assalamualaikum kak . Ex-smap eh ^^ . Doakan batch kami , Valour 1115 utk SPM :)

Auni Nur Fatin said...

Waalaikumussalam. Yup batch 0105. 10 tahun dah??? All the best!