Saturday, 16 February 2008

Memori Labu


Benua Diam
(Muhammad Haji Salleh)

kata tidak pernah berperan
sebagai penerang,
dia penghuni setia benua diam.

sekarang, di waktu
penyakit memutuskan suara
wajahnya lebih bersih
dari cermin muda,
dan dia tidak berjuang
untuk menyusun pendapat.

ada cara lain menenun hidup,
warna mata dan irama telinga juga
cukup untuk hayat.

semuanya lebih mudah -
angguk atau geleng
sekuat teriakan kehendak

labu
14 April 1996


Saya suka sajak ini. Mungkin kerana ia ditulis di Labu, tempat saya bermukim selama hampir lima tahun semasa sekolah menengah dulu. Mungkin kerana saya seolah-olah merasai apa yang dirasai oleh Muhammad Haji Salleh kerana saya pernah berpijak di bumi itu. Saya rindu pada SMAP Labu. Sajak ini kadang-kadang menjadi pengubat rindu. Entah kenapalah saya asyik terbayangkan saya berjalan di trek merentas desa kat kawasan perkampungan depan tu setiap kali saya baca sajak ini. Terbayang diri saya melintasi kawasan tanaman sayur-sayuran yang disirami air yang terpancut-pancut sampai kami semua pun terbasah sekali. Sepanjang jalan di kawasan itu juga dicacakkan tayar-tayar lama menjadi penghias jalan. Tenang sungguh. Dan sampai di suatu kawasan, saya berlari bersama komuter yang lalu. Dan saya terbayang lagi saya lalu di pohon bamboo yang besar dan cantik gile. Macam taman negara. Rindu betul pada memori itu.

Apa yang membanggakan diri saya sendiri, saya sempat menitipkan sajak di bumi labu itu. Ketika hampir-hampir SPM, tengah study kat kelas. Cuma ianye ditulis lewat 9 tahun dari sajak kat atas ni. Sekurang-kurangnya, ilham kami adalah sama.

Cengkerik vs insan

cukup nyanyianmu makhluk Allah
usah kau bermegah lagi
suaramu nyaring tak berlagu
nyaringmu menandingiku
merduku elok daripadamu.

usah kau hentikanku pujangga
merdumu bertempat
usullah aku yang tiada berkira
henti bila berlarinya rembulan.

itulah lemahmu makhluk Allah
mana engkau pada siangku?

fikirlah pujangga,
aku bukan si bodoh termangu
siang bernafkah-nafkahan
malam berdamba-dambaan

kau lemah
aku pun lemah
aku lemah
kau pun lemah
sama-sama lemah
lemah sama-sama.

smap labu
rabu, 12 0ktober 2005

Kurang puitis sebab pemikiran masih baru..

Masih ada peluang. Dunia masih luas. Selagi kita berjalan di bawah lembayung islam dan iman, insyaAllah akan dapat sahabat yang solehah yang boleh bimbing kita. Especially saya yang susah bangat nak istiqamah ni. Teringat pulak kata-kata Ust. Ismail semalam. hu hu. Istiqamah.

ops, esok ada latihan dikir barat la. Nak tidur la. Ngantuk.

No comments: