Sunday, 7 December 2008

Terbanglah Rindu

There are two things that I missed -my friends and myself. Hebat bukan, apabila terasa seperti kehilangan diri setiap kali berpisah dengan dua perkara itu. Ya, sememangnya perkara sebegini memang selalu berlaku. Kalau digembar-gemburkan ala-ala cerita fantasi, aku bayangkan aku sedang jatuh ke dalam lubang dalam bercorak kelabu bercampur hitam. Aaaaaa!

Suatu hari, aku terbang. Impian aku terlaksana pada hari itu. Untuk terbang. Untuk keliru antara langit dan laut. Itu kali pertama, jadi aku masih ragu pada kebolehan sayap aku. Abang juga terbang. Kami berbalah tentang benda yang kelihatan seperti serbuk putih di atas laut. Aku katakan itu ialah ombak, berdasarkan pengamatan yang mendalam. Abang aku katakan awan. Adik aku katakan sampah. Adik aku yang lain pula katakan polisterin hancur yang ditabur-tabur. Di laut yang luas ni? Logik sungguh. Tapi yang pasti hanya ada awan, langit dan laut untuk berbalah tentangnya.

Awan- aku teringat seorang manusia yang aku kagumi ni. Dia adalah seseorang yang sama sekolah menengah denganku. Dia dan aku jauh berbeza ketika itu. Dia baik dan aku pula lain. Maksud aku... ya, lain. Aku hanya menyedari yang aku kagum akannya hanya apabila kami semua graduate dari sekolah menengah. Patutlah selama ini di sekolah kalau ada yang tak puas hati dan kutuk dia, aku malas nak bersuara sekali. Dan bila aku nampak dia, aku rasa macam suatu sudut dalam jantung aku ni berpelangi. Rupa-rupanya, dia dah tercalon ke dalam golongan wanita yang aku segani. Aku nak jadi macam cik adik itu. Dia contoh teladan buat aku. Sampai sekarang cita-cita tu masih berjalan walaupun aku pun tak pasti macam mana kehidupan dia sekarang. Yang aku pasti, dia masih solehah. Aku nampak awan gebu putih.

Langit- aku teringat seorang lagi manusia yang aku kagumi. Dia pula adalah seseorang yang kadang-kadang jauh kadang-kadang dekat. Hikmah dialah yang menarik hati aku. Walaupun kadang-kala aku lihat ada yang bosan dan keliru dengannya, aku mengangguk dengan senyuman walaupun hanya diam. Aku harap hidup aku sama baik dengan dia, hati aku sama baik dengan dia, semangat aku sama kuat dengan dia. Dia sebiru langit, sejernih angin.

Laut- aku teringat seseorang yang jauh. Seorang yang bertaqwa, tabah dan dicintai. Semoga Allah merahmatimu tidak kira di mana saja kau berada dan apa juga yang kau sedang lakukan. Dia ni istimewa. Kalau aku masih bersikap macam di sekolah dulu, mungkin aku dan dia tidak bertemu. Dia penasihat yang baik. Jazakillah. Dan dengan melihat wajahnya sahaja, sudah menerbitkan seribu ketenangan yang menghilangkan seribu masalah. Dia seperti matahari terbenam di ufuk. Merah, perang, jingga...

Mendarat-
There are two things that I missed -my friends and myself. Aku rindu diri sendiri bila rindu pada teman-teman. Dan ucapan ini ditujukan kepada 5 orang sahabat yang dirindui, semoga dilimpahi cinta dan kasih sayang Allah.

Saturday, 18 October 2008

Yang Mana Satu


Manusia, nafsu dan keinginan sudah bagaikan sedarah daging sejak manusia mula-mula diciptakan Allah. Bermula dengan kerinduan Adam pada teman hidup, kemudian mencetus peristiwa hitam yang mencampakkan Adam dan Hawa ke dunia kerana mereka mengikut keinginan mereka memakan 'buah larangan'. Tidak berhenti selepas itu, keinginan jugalah yang membuatkan Habil terbunuh di tangan Qabil. Keinginan terus menjalar dalam salur darah manusia seperti mana kemunculan berhala sebagai tuhan, penyembahan alam dan manusia serta dewa-dewi, kepercayaan karut, dan kini manusia intelektual menjadikan sains dan kerjaya sebagai tuhan.

"...Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti keinginannya tanpa mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun? Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Al-Qasas, 28: 50)

Keinginan manusia terlalu banyak untuk disenaraikan. Setiap tutur kata dan perlakuan manusia bermula dengan keinginan yang terbit di hati. Ukhuwah, dakwah dan cinta juga sudah tentu bermula dengan keinginan. Namun, keinginan yang baik boleh juga terpecah-pecah kepada keinginan buruk yang kecil-kecil. Justeru manusia mestilah sangat berhati-hati dalam memelihara hatinya. Sebagai contoh, seorang da'ie berniat teguh dalam pelajarannya semata-mata untuk dipergunakan di jalan dakwah. Hal ini merupakan suatu keinginan yang membawa kepada jalan jihad yang diidamkan orang-orang bertaqwa. Namun, kadang-kadang muncul keinginan lain yang bernanah dalam hati sedikit demi sedikit yang membuatkan study menjadi aula berbanding dakwah. Terkadang, seorang da'ie terpaksa pula memilih antara menghadiri meeting/discussion group atau menghadiri program agama pada hujung minggu. Ketika ini, ujian sebegini menuntut kekuatan jiwa seorang mukmin terutamanya apabila discussion group menjanjikan kepentingan yang lebih berbanding program agama yang boleh dihadiri pada masa lain.

Seorang teman pernah memberi nasihat, "Kejarlah akhirat, niscaya dunia itu tak akan ke mana-mana."

Yang mana satu?

Sering kali kita bertanyakan tentang aula sesuatu perkara ataupun meminta pendapat sesiapa yang lebih berpengalaman. "Kalau kejar akhirat, mengapa kita perlu study, akak? Dunia kan perlu ditinggalkan?" Soalan sebegini sering berlagu-lagu dalam hati manusia yang baru mengenal islam, yang baru mengenal dakwah. Soalan ini nampak mudah pada pendengaran manusia, bunyinya seperti mudah dijawab. Namun, yang susah adalah penerimaan di dalam hati. Kalau ia masih berdendang-dendang di dalam hati, maksudnya kita belum cukup hadam.

"Dunia ini hanyalah ujian, permainan dan senda gurau."

"Jadi, kenapa perlu belajar bersungguh-sungguh?"

"Supaya kamu menjadi muslim yang berjaya"

"Tak belajar tinggi pun boleh berjaya..."

Ada yang bergitu cinta pada study sehinggalah dia diperkenalkan kepada islam. Lantas, islam telah menyelimuti seluruh kehidupannya, bernaung di alam kehidupannya, bertakhta di hatinya. Islam agamaku, negaraku, bangsaku, keluargaku, cintaku, bapaku, hidupku. Seharusnya, sudah tentu dia semakin cinta kepada study berbanding dahulu, kerana sudah tahu matlamat hidupnya. Namun, disebabkan kekurangan pemahaman persoalan tadi, tak mustahil dia kehilangan semangatnya untuk study kerana sukar memahami perkaitan study dengan akhirat. "Adakah semata-mata untuk mendapat pahala usaha? Bekerja pun berusaha juga...." Satu lagi soalan berkaitan.

Sistem sekular adalah satu titik tolak perkara ini mula-mula berlaku. Sistem ini telah berjaya memisahkan dunia dan akhirat, sains dan agama, serta sejarah Tanah Melayu turut menyaksikan bagaimana adat resam melayu dan hal ehwal agama islam dipisahkan daripada sultan dan pentabiran negara pula diambil alih oleh penjajah. Di sekolah, sains subjek lain, agama subjek lain. Kes sekarang, sistem ini telah berjaya mengelirukan hati kita tambah-tambah lagi buat kita yang tercampak ke dalam bidang sains tulen 100%. Contohnya kerana ketidakfahaman ini, apabila terdedah dengan agama, semangat sains tulen mula turun peratusannya.

Apabila semangat mula turun, result peperiksaan mula merudum. Keluarga dan rakan-rakan mula mempertikai, mula menyoal siasat. Hujung minggu, program. Malam jumaat, usrah 1. Malam selasa, usrah 2. Kemudian, hasil soal siasat berkeputusan program-program dakwah mengganggu pelajaranmu. Rakan-rakan dan ibu bapa pun terus memandang serong. Terus diri dipaksa berhenti menghadiri program, yang juga bermaksud, berhenti mengenal islam padahal sebab kegagalannya adalah kerana semangat yang lemah kerana satu soalan yang tidak terjawab, 'Kenapa perlu STUDY?' Konklusi, fitnah pada dakwah.

"...Konklusi, fitnah pada dakwah."

"Ooooh, begitu...."

Buat apa yang mampu.

Kita tidak dapat mengubah sistem sekular sekarang. Apa yang mampu kita lakukan setelah tercampak ke dunia sains tulen 100%, bukanlah memboikotnya kerana merasakan fungsinya yang sedikit dalam pengisian dakwah tetapi sebaliknya menjadikan study sebagai alat dakwah. Apabila result pelajaran seorang da'ie lebih hebat berbanding orang lain, sudah tidak ada alasan bagi orang lain membantai program agama sebagai penyebab kegagalan study. Hakikatnya, kegagalan seseorang dalam study adalah kerana kesalahannya sendiri. Ramai sahaja da'ie yang berjaya dalam hidup. Malah, dakwah dan kefahaman terhadap islam ini menjadi sebab dan inspirasi untuk da'ie itu berjaya.

"Untuk berdakwah, kita perlukan ilmu."

Melalui study, seorang manusia dapat mengenal Allah melalui ilmu-ilmu-Nya yang luas. Manusia dapat melihat kebesaran Allah, kebijaksanaan Allah dan sebagainya yang terus membuat hati manusia itu yakin yang Allah adalah Maha Esa. 'Manusia ini kerdil dan hina', hanya diakui oleh ulul albab kerana mereka menuntut ilmu semata-mata untuk mengenal Allah.

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah,2: 155)

Dunia pasti datang mengejar untuk menguji iman manusia. Mungkin krisis hubungan, kewangan, makanan, atau nyawa. Kegagalan manusia berurusan dengan dunia boleh menyebabkan dunia mengganggu jalan akhiratnya. Jadi, jalan bahagia manusia di akhirat bergantung kepada cara manusia menunggang dunia.

Jangan tinggalkan dunia, kerana ia pasti akan mengejarmu. Jangan kejar dunia, kerana ia pasti akan meninggalkanmu.

Tuesday, 14 October 2008

From Hostel to Medan

One fine day, I went to Medan as usual with that kind of kais pagi makan pagi kais petang makan petang face. People usually claim why studying overseas produced much more excellent cooks than local student. I would like to share another answer (you know the main answer already); because in here we have pak cik’s nasi campur. You don’t need to waste time to rush to sunway pyramid (usually wasted by other intents). No need to urge yourself after class to cook. Just singgah sebentar at Medan, pick your favorite one among those various lauk-pauk, take out your purse (and you know what you should do then). Rather than wasting another 10 ringgits just for transportation to sunway pyramid, then buy the stuffs in bulks and watch them expire in your kitchen. We have choices in here. But these are not the reasons for women to avoid cooking. That’s another story.

Back to the main story, I went there with Hayati and Atiqah. Walking with friends harmoniously will create a world paradise better than Auckland. Passing the so called dataran abu dzar (named from the ‘ghuraba’ness of that place), burger stall, pak cik guards (those who asked for my hostel card sometimes just to see my true face), and the Medan itself sometimes looks like a countryside (ha ha). This life is soooo pretty.

Burden with works sometimes is great. Sitting on library’s red chair without any intention sometimes bores. Chatter-box-ing in surau usually annoys. No assignment doesn’t mean that you free. You will feel your brain’s empty.

Sounds like a poem pulak.

This harmonious life doesn’t stay long for me (maybe). I have to arrange my new harmonious timetable life starting from the next step. Nothing is yet expected. Maybe starts cooking, pick-up trashes by your own every week (not bad), maybe higher view, self straight discipline, self-study, giggling on your own, or maybe much much better than those? Nothing is expected yet.

I may not able to hear the noisy sink pipes, or the loud of TV watcher (he he), or the messy table, or I may not able to hear, “Auni, boleh pinjam penyapu?” anymore.
I may not be able to hear the bad compliment from hostel management about the kitchen.
I may not able to singgah and buat kacau at rumah bawah anymore.

Sound disappointing but not yet a gain neither a loss.

There’s one thing found; a further view of life. Viewing from another side of view, would gives you another space of fresh air to breath. While looking at the wider and prettier sky, would presents you as new you. A more thankful me.

These custom life should be enjoyable, not just memories.

\(^_^)/
AuniNurFatin.

Monday, 13 October 2008

Dilema Bakal Ex-

Suatu ketika dahulu
Taman biru milik aku
Mawar-mawar biru
Dipunyai aku.

Kusoroti mawarku
Hingga penghujung taman
Ada utuh tembok
Aku bisa rindu
Pada belakangnya.

Langkah dan jalanku
Terluka dek duri mawarku
Bagai merayu bengis
Jangan ke tembok itu!
Jangan tinggalkan daku!
Barulah nadi terjaga
Mawarku amat mencintaiku
Sanggup melukaiku.

Mawarku membelenggu
Siang
Hatta malam
Aku benci mawarku
Penatku lari besar-besaran
Lena terkulai mawar-mawarku.

Nun
Tembok sudah ketawa
Nadiku terjaga lagi
Aku cintakan mawarku
Tatkala berlari gembira
Maha gema merekah
Tembok menyeru.

Nanti
Sudah cukup masa
Syukurnya mawarku tidak merasa
Milikan cinta bertukar rupa
Makin gema suara
Aku cintakan mawarku.

Tatkala kulepasi tembok
Kulihat tanda
‘No entry.’

smapl
Ahad 9 Oktober 2005

Dari Masjid Lalu di Kubur (Buat Seorang Pakcik)

Apa dalam fikiranmu
Bila pulang dari situ
Keriang-keriuk bunyi rantai basikal
Menahan bongkok dan kopiahmu.

Lalu di kubur,
Dulu dia melolong takut hantu:
Dekat-dekat pokok kabu
Ada pula pondok tinggal arwah tok
Sekarang jadi sendu
Cengkerik berbalah macam meratap,
Kodok memekik macam menolong,
Meneman moyang-moyangnya di sana.

Pulang dari situ
Dari masjid lalu di kubur
Segala bacaan kepalang
Mad asli, mad arid lisukun
Dia tuju untuk lahad mereka.

Anak nun di Kuala Lumpur
Secebis jengah di Tanjung pun haram
Inikan pula lenggokan bacaan

Harapkan Yasin
Bila mati nanti
Yang lain tanggung sendiri.

7 Jan 08
01:56 a.m.

Saturday, 11 October 2008

Masjid (Buat Seorang Pakcik)

Puisi ini ditulis
Atas katil maroon
Dalam malam yang cerah
Kerana kalimantang

Malaikat mencatit
Syaitan mencuit
Maut mengulitku
Dalam keterbukaan pertahanan

Aku teringat orang masjid
Dia Islam,
Aku pun Islam
Kerana usia,
Dia ke masjid.

Lepaskan sejarah
Sedang diri mencipta sampah?
Bila masa yang betulnya
Aku harus bertolak?

Mana sempadan masjid?

7 Jan 08
01:10 a.m.

Friday, 10 October 2008

Aaoge Jab Tum

Mungkin aku perlu menilai watak perwatakan, konflik dan jalan cerita supaya aku lebih sensitif pada masa hadapan.

Kata orang, selagi tidak melepasi suatu destinasi, kamu akan melangkah di jalan yang sama. Ada juga yang berkata, selagi tak lepas lautan berduri, mana mungkin datang segunung kaca.

Maksudnya,
Selagi belum benar-benar melepasi suatu ujian, siri ujian yang sama akan datang berulang-ulang. Perasan tak?
Mungkin cinta, mungkin keluarga, mungkin kerjaya; kisah yang berulang-ulang.

Bercakap tentang berulang-ulang..
Ada suatu lagu indah, dalam bahasa urdu, yang sering aku ulang dengar. Liriknya, melodinya, betapa indah ia diungkapkan. Lagu ini sangat mendalam. Sampai kamu boleh terlupa ia ditujukan untuk siapa!

Aaoge jab tum o saajna, aangana phuul khilenge
Barsegaa saawan, barsegaa saawan, jhuum jhuum ke
Do dil aise milenge..

Ah, jangan salah faham. Aku sedang belajar bahasa urdu. (T_T)!

Berbalik,
Aku menilai sendiri watak yang aku cipta. Aku sendiri yang tentukan sama ada jalan yang diambil suatu watak itu benar atau sebaliknya. Kalau benar, teruskan. Kalau salah, watak itu perlu aku sedarkan.
Kalau tidak, ending jadi salah!

Sepanjang beberapa tahun aku membentuk suatu watak cerita, baru aku sedar;

Yang aku membentuk watak dan jalan ceritaku sendiri.

Friday, 26 September 2008

26 Ramadhan

26 Ramadhan 1429 - 26 September 2008
(Special nih!)

First sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bersusah payah. Dua kali kek! Yummy! Eh, puasa.... Sekali lagi terima kasih banyak-banyak. \(^_^)/
Terima kasih mak, ayah, siti, eilah, bee, arif, kak dila dan semua orang PB yang sms.

Ucapan selamat hari lahir yang ke-2* ini ditujukan kepada Farah Masturah dari Aloq Setaq (kepala hang aku putaq), Kembar di Canada dan juga Asma' Saman (Doubleight) -(kalau mereka baca)
Eh, wish je, tak hulur-hulur ke? =D

Oh ye.. juga nak menyatakan rasa kesal sebab tak dapat join adik-adik Taylor's dan Atikah IPBA serta Kak Syira makan pizza. Sedihnya tak join. Dahla terlepas pizza. (T_T)!

Sekarang kena pack up baju-bajan. Nak balik kampung. Abang hantar mesej kata kena balik PB malam ni juga...

Cepat! Cepat!

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Wednesday, 24 September 2008

Maaf Zahir Batin

Di perkarangan Masjid Al-Husna

Salam Perantauan
Dari: Monash University Sunway (Aussie Celup)
Perantau: Syuhada, Nazihah, Atiqah, Farah, Auni, Bazilah, Yati (Photographer)
Ucapan: Selamat Hari Raya buat keluarga di kampung. Kami semua dah nak balik kampung la ni.. Juga kepada kawan-kawan dari kecik sampai besaq gajah. Makan rendang ketupat ingatlah kami. Duit raya boleh kirim pos ke Sunway Hostel. Kad raya tu optional.

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.

Monday, 15 September 2008

Email Comel

Flow

Layangkan fikiran sebentar ke Bandar Sunway. Di dalam hostel Sunway College, sebuah kawasan terlindung di belakang bangunan kolej. Di blok yang paling tepi, di tepi tingkap sebuah bilik twin sharing yang berlangsir warna kuning. Masih sunyi. Kadang-kadang kedengaran bunyi dari rumah di tingkat bawah. Bunyi bersin. Aku duduk di meja belajar, betul-betul di sebelah tingkap tadi. Aku tekan punat on laptop. Tiit! Bunyinya menjerit. Pandang depan ada dinding. Kertas jadual menari-nari mengikut alunan angin dari kipas siling. Jangan pandang kiri. Ada katil.
Mendongah ke tirai langit
Ada wajah dosa dan pahala
(Petikan dari Di Sebalik)
Aku pandang kanan, keluar tingkap. Jam 6.34 pagi, langit mula menjadi jingga. Tup! Lampu jalan di bawah sana sudah terpadam. Aku menaip di laptop. Bila ditoleh lagi, langit mula menjadi ungu kelam. Aku menaip lagi. Kali ini agak lama. Bila ditoleh, ah sudah jadi biru kusam! Sedikit demi sedikit warna hijau rimbunan pohon di bawah sudah kelihatan. Beberapa minit kemudian, langit berbalik kepada warna ungu tapi kali ini warnanya kusam. Tingkap terbuka luas.

Fuuuuu!

Angin jam 7.07 pagi menerjah sepoi-sepoi. Cerah. Di luar tingkap, daun-daun dan ranting-ranting macam tergeletek dek angin tadi. Sunway lagoon terlindung di sebelah. Warna langit sudah jadi baby blue. Cit! Cit! Cit! Beburung mula membingit bekerja. Aku menaip lagi. Lama.
Kali terakhir aku lihat warna langit sudah jadi biru cair.

Subhanallah! Jika mereka memerhatikan.

Ah! Bumi Malaysia complicated. Pandang luar banyak yang tersirat dari yang tersurat. Sudah berapa lama aku di sini, mengapa tidak sekali pun aku dapat membayangkan rupa Sunway Lagoon di sebelahku itu?

Bumi Malaysia complicated! Banyak pokok, bangunan, dan tiang-tiang yang membatasi pandangan. Perasaan pun susah nak flow. Perasaan rakyat Malaysia tersekat-sekat. Orang Malaysia juga orang yang kaya dengan budaya berkias-kias. Patutlah konflik drama di televisyen Malaysia pun serba complicated.

Campakkan aku ke padang pasir!

Biar aku flow di sana. Tak ada bangunan, pokok pun sikit. Yang ada, langit dan bumi -macam yang selalu dibaca di dalam kitab Allah. Perasaan pun terus flow. Nak menangis senang, nak ketawa senang, nak marah pun senang. Straight to the point bak kata orang putih!

Betullah, geografi bumi pun mempengaruhi budaya berperasaan.

Thursday, 4 September 2008

Bagaimana Ini?


Selalukah kita bermimpi?

Aku selalu bermimpi dalam tidurku. Walaupun mimpi itu kadang-kadang ngeri dan menyedihkan, mimpi itu mampu membuatkan aku sedar diri. Mimpi sedih mengajar aku erti menghargai. Mimpi gembira mengajar aku nikmat bahagia. Mimpi ngeri mengajar aku mengembalikan diri kepada-Nya.

Siapa kata mimpi hanya mainan tidur, tiada apa-apa makna?
"Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa"
Suatu malam aku bermimpi sedih. Aku telah mengecewakan seorang yang aku cintai. Seorang yang darahnya mengalir sama denganku, teman karibku yang pertama-tama, pelindungku, penghiburku, kasihku -akhi kesayangan. Aku bermimpi dia kecewa denganku kerana gagal menjaga keretanya dengan baik lalu dicuri. Mercedes Benz. Mahal. Namun itu bukanlah persoalannya. Yang bernilainya, amanah dan pengkhianatan.

Aku sedih. Aku mengecewakan. Aku menaikkan amarah.

Ya, mimpi nampak mudah. Dipandang lewa sahaja tapi aku baru tersedar takdir Ilahi. Rupa-rupanya mimpi itu suatu petanda.
"Agar mudahku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi"
Demi sebuah kereta juga, di dunia jaga aku kehilangan sesuatu yang amat bernilai -amanahku terhadap seseorang yang juga dicintai.
"Kubiarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati

Moga terubat segala

Keresahan di jiwa

Tak pernah ku ingini"

Aku terfikir, sesungguhnya benar-benar aku terfikir. Malah aku runsing sepanjang masa. Bagaimana perasaannya apabila dia lihat kami mengubah? Bagaimana rasa hatinya? Tatkala jariku menyentuh segala barang, menyambung dan menyatu, hati aku asyik merasa seperti menoreh sesuatu. Oh, hatinya!

Ya, memang benar sangkaanku.

Tatkala soalan bertalu ditanya, aku kaku untuk menjawabnya. Itu nombor satu lemahku -kaku. Kemudian sama-sama terluka.
"Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
"
Aku tidak mahu menyambung lagi selepas itu. Cubit paha kiri, kanan pun rasa sakitnya. Kemudian, aku jadi sakit, memilih antara menerus atau menghenti. Kalau menerus, aku menoreh si dia. Kalau menghenti, aku mengabai kerja.

Esok. Semua dilepas dari bibir dan mata. Aku dah katakan yang aku tidak mahu menerus. Sebab dia. Sebab dia. Kalau aku buat, makin menoreh tapi diminta buat maka aku buat. Dia makin tertoreh. Mesti buat walaupun dia tertoreh. Dua-dua pun dia tertoreh. Aku pun semestinya tertoreh juga. Aku cintakannya!
"Mungkin sudah suratan hidupku."
Aku lupa! Kau orang tahu bagaimana laptopku? Besar, tua, agak lama, memori rendah, sering diperolok-olokkan, lambat gerakannya. Aku cinta laptop ini. Aku segera beli external hard disk baru. Ia corrupted sebelum guna. Aku ulang alik ke kedai repair beberapa kali berjalan kaki. Kau orang tahu kenapa aku begitu bersusah payah?

Sebab aku tidak suka memori yang rendah.

Sebab apa?

Fitrahku juga sama memori rendah. Aku sering lupa nama teman-teman. Aku lupa jadualku sendiri. Aku perlu catit segala due date assignment walaupun hanya minggu depan. Aku kena catit walaupun perkara remeh.
Aku pernah berkenalan dengan seorang ukh. Beberapa minit kemudian, aku sebut namanya dengan nama lain.
Aku sering dimarah kerana sering bertanya perkara yang sama setiap kali.

Bukan aku tidak berusaha. Aku sangat berusaha! Aku istighfar setiap hari. Aku selalu berdoa kepada Tuhan. Aku berusaha hafal Al-Qur'an. Berapa banyak air mataku yang tumpah menahan olok-olokan dan hamburan marah kerana kelupaanku. Berapa banyak aku berharap supaya aku mengingat sesuatu agar semuanya lancar. Agar temanku tidak marah lagi. Agar pelajaranku tidak ketinggalan lagi.
"Redhalah apa terjadi
Usahlah dikau kesali"
Aku lupa berapa lama dia telah berusaha untuk itu. Itu lemahku nombor dua -lupa. Aku tidak ingat bila dia bermula. Maka, penghargaanku dikit.

Bila akhirnya terucap kata-kata yang tidakku sangka, hampir menitis air mata ini. Bila disangka diri ini tidak memahami.. Walhal diri ini sebenarnya ya, cuma banyak kelemahan untuk aku faham semuanya.
"Mungkin ada rahmat yang tersembunyi."
Aku tidak tahu bagaimana meminta maaf. Itu lemahku nombor tiga. Sejak kecil, bukan menjadi budaya diri dan keluarga untuk meminta maaf. Dalam keluarga bila bergaduh, masa ialah penyatu dan pengubat. Aku masih kanak-kanak dalam mengenal erti maaf. Selalunya rasa bersalah sering bersarang dalam hati tetapi bila nak buka mulut, 'Bagaimana ini?'
"Oh Tuhan
Tunjukkanku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman maafkan jikaku melukaimu
Moga ikatan ukhuwah yang dibina
Ke akhirnya."
Aku memendam runsing dan pening. Ingat hadith Rasulullah bila ditanya tentang kebajikan?;

Beliau pun bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedang dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."

Benar, aku sedang berdosa.

Thursday, 21 August 2008

Saturday, 16 August 2008

Kembara ke SMAP Labu 3

Alhamdulillah, tanggal 9 Ogos lalu (Sabtu), aku berhasil juga ke SMAP Labu buat kali ke-3 untuk menyambung program lepas yang tertangguh. Maka, disimpulkan sudah tiga weekend berturut-turut aku habiskan di SMAP Labu yang indah.

Lebih memekar, aku berkesempatan berjumpa dengan pendidik-pendidik SMAP yang sudah lama tidak ku jumpa. Sabtu itu, ditakdirkan Allah, adalah sekolah ganti. Maka, aku dipertemukan dengan guru-guru yang dirindui. Terima kasih guru-guru yang juga mengalu-alukan kedatangan dan menyokong program kami.

Kali ini, aku tidak hanya datang dengan teman uni sahaja. Kami datang bersama pejuang-pejuang Mesir. Mesir -bumi yang indah. Semoga aku bisa sampai di sana. Amin. Mereka yang menyambung program minggu lepas, aku dari Malaysia hanya membantu. Alhamdulillah, tidak kusangka, jalan ini akan menemukan dua dunia yang berbeza dalam matlamat yang sama. Ya Rabbi lakalhamdu kama yambaghi lijalali wajhika wa'azimi sulthanik. Ya Rabb kami, bagi-Mulah segala puji sebagaimana ketinggian Wajah-Mu dan sebesar kekuasaan-Mu.

Syukran adik-adik yang dicintai. Atas komitmenmu yang tidak berbelah bahagi. Allah sahaja yang mampu membalas baik budi kalian. Ana uhibbukunna lillah!

Telefon bimbitku hilang, tercicir di dalam teksi lalu diambil orang. Bukan dicuri. Salah aku. Sekarang aku boleh dihubungi melalui internet sahaja. Rajin-rajinlah membuka komputer, teman-teman!

Aku rindu bumi SMAP. Tiga minggu berikutnya aku tidak bisa sampai ke sana. Akan diusahakan semasa bulan Ramadhan, bulan barakah, bulan mulia, bulan yang dirindui, yang dicintai. Ramadhan dan September dipertemu, semacam bintang bekerdipan.

Friday, 15 August 2008

my precious


kucoret post kali ini khas utkmu.


suatu malam yg kurang hening, sambil membaca al-mathurat, tiba2 hati sebak..
mengenangkan kisah2 jahilku dahulu
lalu menerawang smbil mengucap2 hamdalah dalam hati..
aku bersyukur padaMu ya Allah.. kau cmpak aku kt ceruk dunia ni, kau cmpak kan aku ke suatu tempat di mana aku sendiri menemui hidayahMu..
dan tiba2 air mata meleleh, terkenang kpd sahabat, yg menjadi asbab kpd aku yg terjumpa jalanMu ini ya Allah..
rindunya aku kat dia, wlau dulu aku tak menghargai dia langsung aku kira. hanya jadi peneman setia ke DM, ke kelas, ke surau..
namun dia tetap baik, istiqamah dlm menjaga hubungan baik kami, hinggakan aku dah jauh dari dia pun, dia masih lagi risaukan aku..
meskipun dia tak tahu satu apa pun psl ISK, psk IPK, apatah lagi tak pernah ikut daurah SH malahan SY, namun, dia sendiri FAHAM dakwah dan SH. dia lah puncanya, kak kimah turun padang dan dpt tgkp kita semua..

tatkala tak ada sorang pun yg sedar dikalangan kawan2 batch kami.. tp dia sorang ja..dia sorang ja yg tnya aku setiap kali sms atau call. benda yg sama. pasal iman.. walaupun tak direct. tp slalunya begitu lah..
korang nak tau tak, aku dah lama tak jumpa dia.. dah genap 3 tahun... aku menangis seorang diri lagi....

terima kasih ya Allah, kerna Kau kurniakan aku sahabat yg berharga ini. aku bersyukur,masih ada lagi hubungan roh. walau dah lama tak jumpa, dah lama tak sms,dah lama tak call, tp aku mampu lg utk mengingati dia. betapa hebatnya ikatan ukhwah ini. aku doakan kau kekal di jalan ini,fatimah...

aku dedicate lagu "sahabat sejati" utk hang,timah..aku rindu gila kat hang!


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

p/s:
dalam rasa bersalah sebab dah lama tak contact hang timah, aku buat post ni khas utk hang sorang.. aku sayang hang, semoga kita dapat jumpa lagi, kalau bkn di dunia ini, mgkin di sana...

Friday, 8 August 2008

Kasihan Diri Sendiri

Suatu hari cik kak berlari-lari anak di dalam rumah. Oleh kerana mata tak pandang bawah, cik kak tersepak sesuatu sampai boleh kedengaran bunyi momentumnya yang sangat tinggi. Kaki cik kak sangat sakit. Cik kak sapu-sapu, gosok-gosok kaki sendiri. Bila cik kak pandang ke tempat tadi, baru cik kak tahu yang cik kak tersepak kepala puan kucing. Puan kucing menggelengkan kepalanya banyak kali, mungkin terpening sedikit. Yalah, bunyi momentum pelanggarannya pun sangat kuat.

Terus cik kak duduk di sebelah puan kucing seperti orang hendak merayu sesuatu. Ya, cik kak nak merayu kemaafan.

"Maaf sangat-sangat, tak sengaja." Ulang banyak kali.

Puan kucing buat muka sepuluh sen sahaja. Tak pandang cik kak pun. Dia pandang depan sahaja. Cik kak dapat bayangkan kesakitan yang puan kucing alami tadi. Sebagaimana sakitnya kaki cik kak, tentu kepala puan kucing lebih merana.

Cik kak tahu puan kucing memang tak faham walau cik kak buat bahasa isyarat sekalipun. Namun, atas rasa bersalah, kasih, cinta, kasihan pada puan kucing...

Cik kak sakit hati sebab puan kucing tak faham bahasa manusia. Cik kak sangat mahu puan kucing faham yang cik kak betul-betul minta maaf dan rasa bersalah sangat-sangat terhadap puan kucing. Namun, puan kucing masih lagi begitu. Dengan mukanya yang tiada perasaan, dia berjalan pergi ke arah dapur seperti biasa. Meninggalkan cik kak yang perasaan bersalahnya bertepuk sebelah tangan.

Pernahkah anda mengalami?

Perasaannya sukar dan menyakitkan hati. Susah bila menunjukkan simpati dan perasaan kisah kepada yang tidak memahami.

Macam menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada manusia yang belum/tidak matang. Disimpan dikatanya dikongkong, dilepas nanti meliar. Sebagaimana perasaan cik kak ketika itu, macam itu jugalah perasaan seorang ibu terhadap anak remajanya yang degil asyik nak bebas. Orang yang nampak pun boleh jatuh hati pada ibu itu, berharap dia menerima layanan yang sama. Dimarah pun tak kisah.

Monday, 4 August 2008

Chayuk2!

Aduh, minggu depan sudah ada test Electromechanics. Mesti score paling kurang 50% untuk layak menduduki final. Terasa seperti terlalu awal lagi untuk suatu benda yang bernama test. Namun, itu kan test duniawi. Lagipun result dah tertulis. Kerja kita usaha sajalah!

Laptop-laptop di sini pula pakat diserang virus.

Cerita stoking, saya telah kehilangan satu pasang setengah stoking dalam satu minggu. Apakah significantnya wahai bijak pandai? Ridha... Rasulullah kehilangan Khadijah dan Abu Talib dalam satu tahun, kemudian dilontar dengan batu pula di Thaif. Kalau setakat kehilangan stoking...

Banyak kerja dan tugas sebenarnya. Baiklah. =)

Sunday, 3 August 2008

Kembara ke SMAP Labu 2

Sabtu baru-baru ini, kami ke SMAP Labu lagi. Ceritanya lebih kurang sama macam post yang lepas. Cuma pak cik guard itu kali ini tidak garang macam minggu lepas. Mungkin sebab saya dah explain pada hari itu.

Alhamdulillah, dengan takdir Allah, adik-adik form 4 adakan bacaan Yassin malam itu. Jadi, kami terus masuk sahaja dari situ. Dimulakan dengan taaruf bersama Farah Masturah dan Kak Hakimah, turut diselitkan persoalan-persoalan hidup untuk ajak adik-adik terus mendengar. Terima kasih kepada Kak Kimah.

Malam itu, kami hanya sempat berakhir setakat muqaddimah sahaja. Ada hikmahnya kami tidak dapat menyambung dalam minggu itu. Kami tunggu minggu ini pula untuk pergi ke SMAP lagi untuk menyambung. Adik-adik ni memang berpotensi.

Terima kasih untuk adik-adik form 4 yang bersemangat, Cikgu Halimah yang menyokong dari sisi, juga buat Farah yang setia, Kak Kimah yang banyak berkorban dan sahabat-sahabat yang roh-roh mereka bersama kami walaupun berada di kejauhan. Teringat-ingat apa cerita sahabat-sahabat di Bangi dan jauh nun di Johor. Doa dan ingatan terbang ke sana untuk mereka.

Semoga pekerjaan kami ini diridhai dan dipermudahkan oleh Allah. Semuanya berbalik kepada Allah.

*Post lepas menggunakan bahasa arab yang tunggang-langgang.

Tuesday, 29 July 2008

Kembara ke SMAP Labu

Sabtu lepas, nahnu telah bertolak ke SMAP Labu. Atas perancangan dari Sunway tak terlalu sempurna, nahnu bertolak sedikit lambat iaitu pada jam 11.00 pagi. Nahnu telah terlepas beberapa bas dari Sunway dan ketika tiba di Stesen Komuter Subang Jaya, nahnu dapati komuter baru sahaja berlepas. Jadi, nahnu mengambil kesempatan ini untuk membeli-belah makanan untuk bekalan ketika di SMAP nanti.

Dipendekkan cerita, setelah lama meninggalkan bumi Seremban, tidak ana sangka Seremban telah menjadi agak canggih. Jalan dari Stesen Komuter Seremban ke Terminal One bukan lagi jalan kecil tapi sudah menjadi jalan komersial. Tidak perlu lagi melintas jalan raya yang sesak. Ada terowong pejalan kaki di bawah tanah. Lidah tidak habis-habis mengagumi kemodenan Seremban sekarang.

Syarikat bas baru juga telah beroperasi di stesen tersebut. Walaupun tambang ke SMAP yang berharga mahal 30 sen berbanding dulu, keselesaan di dalam bas tersebut tidak terbanding dengan bas yang ana naiki ketika keluar outing semasa menjadi student di SMAP.

Semasa di dalam bas, nahnu semua diam dan senyap. Rupa-rupanya, semua orang berkongsi perasaan yang sama iaitu berdebar-debar. Ana tak yakin macam mana nak approach budak. Hunna ingat/kenal ana lagi ke? Warden pula macam mana? Pengawas? Bermacam-macam soalan yang bertalu di otak sehinggakan biskut pun tak lalu ditelan. Itu ana, macam mana pula perasaan Ziha dan Yaya yang tidak pernah kenal bumi Labu itu? Tentu lagi galak rama-rama dalam perut hunna.

"Nak jumpa siapa?" guard garang bertanya.

"Adik."

"Tingkatan berapa?" Terasa macam diinterview.

"4, pak cik."

"Jangan masuk hostel dah lah ye," katanya dalam pelat nogori, dalam nada sedikit amaran.

"Eh, tapi pak cik, saya ni ex-student."

"Oh, yookooo. Patutlah pak cik macam kenal jo muko kamu ni."

Yelah tu. Tidak pernah ana lihat pak cik ini selama berada di SMAP dulu. Lagipun, ana pakai niqab. Perjalanan dari pintu pagar SMAP ke dalam adalah kawasan kesukaan ana sejak dulu. Tidak habis-habis nahnu memuji suasana indah itu.

Nahnu terlewat tiba di kantin. Makanan telah habis dan nahnu kelaparan. Dalam perjalanan hendak ke aspuri, ana ternampak Cikgu Samad di hadapan bilik warden, sedang berborak dengan cikgu lain yang tidak ana kenal.

"Assalamualaikum, cikgu."

"Waalaikumussalam."

"Cikgu kenal lagi tak? Saya ex-student sini. Bekas pelajar cikgu juga."

Hua kelihatan terkejut bercampur gembira. Namun, hua banyak bertanya soalan untuk mendescribekan diri ana semasa di SMAP dulu (Oh, ya. Niqab.). Setelah beberapa lama berborak, baru ana tahu yang Cikgu Samad sekarang adalah warden di SMAP Labu. Kemudian, nahnu diajak masuk dan duduk berbual di bilik tetamu yang terletak di antara bilik pengumuman dan bilik warden. Pada mulanya, ana ingat cikgu nak marah nahnu kerana cuba untuk masuk aspuri sesuka hati. Rupa-rupanya, cikgu bercerita tentang masalah dan isu semasa student di SMAP kepada nahnu dan berharap kedatangan nahnu di sini dapat membantu memperbaiki sahsiah student sekarang. Cikgu siap nak belanja nahnu makan lagi. Malangnya, kantin tutup. Nahnu juga ada bersama-sama ketika cikgu berbincang dengan beberapa ahli majlis tertinggi pelajar tentang masalah ini.

Gubra. Dulu ana hanya ahli tidur SMAP. Sekarang, sekali masuk sudah duduk berbincang bersama golongan yang dianggap tertinggi semasa belajar di SMAP dulu? Lagi gubra, nahnu dijemput untuk bermalam di bilik warden aspuri. Bilik warden aspuri! Allah sahaja yang tahu betapa kekoknya ana ketika itu.

Ana juga diizinkan untuk memanggil BDK/KP kalau ana mahu mengadakan perjumpaan. Itu juga sesuatu yang pelik. Ramai juga student form 4 yang melompat-lompat apabila nampak ana. Walhal ana tidak kenal hunna.

"Kak Auni! Sis Auni!!" hunna menjerit-jerit. Kemudian ana diketuk-ketuk sebab tidak ingat nama hunna.

Warden yang tinggal di bilik itu sekarang adalah Cikgu Halimah. Hia sangat baik. Semua student sukakan hia. Dengan takdir Allah, ketika ana dan cikgu berbual, nahnu dapati nahnu berasal dari kampung yang sama. Maka keluarlah loghat-loghat ana. Sebelum masuk waktu isya', ana, Ziha dan Yaya memperkenalkan diri di hadapan musolla dan sempat pula ana mempromot mini robot yang ana buat semasa di tahun pertama di Uni. Bila ana sebut 'mechanical engineering', kedengaran bunyi 'uuuuuuu'. Bila ana sebut 'tak ramai perempuan', keluar bunyi 'uuuuuuu' lagi. Kemudian, antara soalan-soalan yang diinterview oleh hunna adalah result SPM, Monash Uni tu di mana, pengalaman, jawatan di SMAP dulu dan sebagainya. Seperti diinterview semula oleh MARA.

Setelah selesai solat, adik-adik form 4 kerumun ana, suruh ana bercerita. Tentang perkembangan hidup selepas SPM, engineering dll. Seronok berborak, ia berakhir apabila Cikgu Halimah datang dan menyuruh ana balik mandi. Keputusan akhir juga telahpun dibuat, malam ini akan diadakan tayangan 'Ayat-Ayat Cinta' di laptop ana bertempat di bilik warden. Ketika tayangan itu berlangsung pun, ana melayan student form 4 lain di koridor. Hari itu berakhir pada jam 2 pagi. Tidak termasuk students yang datang nak melihat robot ana itu. Ia berfungsi dengan cahaya. Yang datang tengok kena bawa torchlight.

Sempat ana berkongsi cerita ana di SMAP Labu. Kalau dulu terasa tempat ini sangat tertutup, tidak bebas. Sekarang tidak lagi.

Keesokan harinya, bilik warden itu tidak habis-habis dilawati oleh student pelbagai peringkat. Form 3, form 2, dan form 1. Dalam masa yang sama, tayangan cerita 'kasut' sedang berlangsung di laptop ana di musolla. Ada juga yang datang melihat robot. Hunna berkenduri durian pula di bilik warden. Ceria sungguh. Mujurlah nahnu ada masa untuk membuat perjumpaan dengan BDK.

Nahnu juga makan di tempat makan khas di dewan makan putera. Makanannya juga khas. Makan bersama warden. Cuma ana sahaja yang makan di tempat puteri. Mak cik dewan makan pun layan ana dengan baik. Ana masih kenal dengan beberapa mak cik yang senior. Hunna gembira bila ana kata ana kenal hunna. Ana jadi teharu dengan layanan di SMAP ini. Seronok, nak datang lagi.

Mengikut perancangannya, nahnu akan datang lagi pada Sabtu hadapan untuk memulakan program. Cuma baru-baru ini ada sedikit masalah, nahnu tidak pasti sama ada ia akan tertangguh atau tidak. Harap-harapnya tidak.



Saturday, 26 July 2008

Layangan Rindu Buatmu Bonda

Bonda,

Anakanda memohon ampun segalanya. Andai perlakuan anakanda membuatkan hati bonda sayat. Anakanda akan bertolak ke bumi Labu sebentar lagi. Rindu sungguh anakanda pada udara sana.

Lampau dulu anakanda tidak ambil pusing akan semuanya. Apa rasa bonda, apa kata bonda. Bukan anakanda mahu bepergian tanpa ridha. Anakanda telah cuba menghubungi tapi tiadalah upaya kalau yang katakan itu qada' dan qadar. Anakanda rindu bonda dan keluarga semuanya. Jikalau ditakdirkan ajal, doakanlah syahid. Janganlah bonda menaruh dendam sedih pada anakanda. Ini jalan kepada Allah. Anakanda ingin teramat menjadi pejuang Mus'ab bin Umair, Abu Ubaidah Jarrah radhiallahu'anhum. Namun, mereka anak-anak yang berjuang walaupun tanpa ridha bonda ayahanda. Bonda tiadalah langsung sama dengan bonda ayahanda mereka itu. Bonda adalah tulang belakang bak Khadijah serta Abu Thalib. Bonda menyokong anakanda. Bonda bertahan pundak memegang anakanda. Jazakillahu khairan, bonda.

Hampir saja anakanda keseorangan namun Allah Azzawajalla itu Maha Berkuasa Maha Perkasa. Kalau dikata kun fayakun. Patah tumbuh hilang berganti. Kerana aral anakanda bertawakal. Allah bantu juga dengan tentera-Nya. Alhamdulillah, bonda.

Semoga bonda bahgia, enak di bawah lembayung iman dan islam. Semoga tenteram, tiada sengsara. Doa anakanda pada bonda tidak pantas untuk berlangsung tanpa perkenan Dia.

Marilah berdoa kepada Allah dan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad sollallahu'alaihiwasallam. Semoga kita mendapat syafaat baginda di hari sana.

Fakhrunlah, bonda.
Cinta anakanda untuk bonda umpama birunya langit, birunya laut. Bila bertemu, dunia tampak luas.

Salam rindu,
Anakandamu.

Thursday, 24 July 2008

Bila Terkena Batang Hidung Sendiri

"Kak, tengok berita dengan surat khabar tak?" Tanya mak.

"Awat mak?"

"Yang kes ayah bunuh 2 anak sebelum bunuh diri tu."

"Awatnya?"

"Abang Shaari lah tu!"

"...?"

"Laki Kak Zah laaa!"

"La haulawala quwwataillabillahil 'aliyyil'aziiiiim.." Itu sahaja yang mampu terucap.

Bapa bunuh 2 anak sebelum ditemui mati
NIBONG TEBAL 23 Julai - Seorang pekerja kilang yang dipercayai kecewa dengan keretakan rumah tangganya bertindak membunuh dua anaknya berusia satu dan empat tahun, sebelum ditemui mati di sebuah rumah di Parit Kasa, di sini hari ini.
Dalam kejadian menyayat hati itu, mayat Shaari Hamid, 34, dijumpai tergantung pada alang bilik di rumah berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Berdekatan mayat Shaari ialah dua anaknya, Muhamad Shafril, 4, dan Nor Ameelia Shafiqah, 1, yang terbaring bersebelahan antara satu sama lain dalam keadaan mulut kedua-duanya berbuih.
Laporan bedah siasat mengesahkan kedua-dua kanak-kanak malang itu diracun oleh bapa mereka pada lewat malam tadi.
Utusan Malaysia difahamkan, polis turut menemui beberapa keping nota mengandungi luahan rasa kecewa Shaari mengenai masalah rumah tangganya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, mangsa dipercayai bertindak membunuh kedua-dua anaknya dengan memberikan racun yang dicampur pada makanan atau minuman.
"Dia baru berpisah dengan isterinya kira-kira enam bulan lalu dan sedang dalam proses perceraian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Difahamkan, Shaari dan isteri, Norhanizah Ahmad, 27, tinggal secara berasingan sejak beberapa bulan lalu dan kedua-dua anak mereka duduk bersama ibunya di Kampung Titi Serong, Parit Buntar, Perak, dekat sini.
Keluarga terdekat mangsa memberitahu, Shaari mengambil kedua-dua anaknya dari rumah mertuanya kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Shafien berkata, kejadian tersebut disedari kakak Shaari yang datang ke rumah tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Kakak mangsa terkejut melihat Shaari tergantung dalam sebuah bilik rumah tersebut lalu keluar mendapatkan pertolongan," jelasnya.
Beliau menambah, pemeriksaan polis mendapati, ketiga-tiga mangsa mati kira-kira tujuh jam sebelum mayat mereka ditemui.
Shafien berkata, polis mengklasifikasi kes tersebut sebagai bunuh dan membunuh diri iaitu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau memberitahu, kesemua mayat dihantar ke Hospital Besar Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat.
Sementara itu, Norhanizah yang ditemui di bilik mayat hospital memberitahu, suaminya itu ada menghubunginya Isnin lalu dan menyatakan hasrat untuk mengambil kedua-dua anak mereka.
"Tetapi saya tidak beri kebenaran sebaliknya memintanya (Shaari) mengambil anak-anak pada hari Sabtu kerana saya mahu meluangkan masa dengan mereka," katanya yang bertugas di sebuah syarikat swasta di Perai, dekat sini.
Bagaimanapun katanya, tanpa pengetahuannya, Shaari mengambil Muhammad Shafril di rumah ibunya kira-kira pukul 11 pagi semalam sebelum mengambil pula Nor Ameelia Shafiqah yang dijaga oleh seorang pengasuh tidak jauh dari situ.
"Saya tidak tahu dia (Shaari) ada mengambil anak-anak dan hanya diberitahu ibu saya dan pengasuh berkenaan, tidak sangka pula dia buat begini," katanya yang sebak.
--------------------------------------------------------------------------------
RASA bersalah, berdosa, takut, sedih...., entah. Mixing feeling. Sudah terkena batang hidung sendiri, terjadi di kalangan kenalan sendiri, baru terasa nak menggelabah. Sebelum ini, banyak kes seperti ini yang berlaku tapi kerap kali aku bermalas-malasan nak ambil tahu. Amar ma'ruf nahi mungkar diabaikan. Tiada perasaan untuk memberi kefahaman agama. Berdosalah aku.
Kes itu, panjang ceritanya. Tidak pula aku sangka sampai begini jadinya kisah ini. Namun, apalah yang nak dilihatkan dengan apa yang dah berlaku. Bukan penting untuk menilai siapa yang salah. Yang penting, apa yang kita sudah lakukan. Masyarakat jadi begini? Salah siapa? Muhasabah.
Di mana kita? Kita yang FAHAM?
Di mana aku...? Apakah akan dituntut di hari sana.. Na'uzubillah.
Wahai rijal wannisa', marilah. Jangan hanya tunggu sampai terkena batang hidung sendiri nanti baru nak terjaga.
------------------------------------------------------------------------------
"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya, Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang sempurna, Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu), Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis, Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan..."
(An-Najm: 39-44)

Tuesday, 15 July 2008

Niqab ini

Alhamdulillah, sekarang saya dah pun memasuki hari kedua untuk semester baru. Walaupun baru saja beberapa lecture yang dilalui, kami semua dah dilambak dengan kerja-kerja. Lecturers are always expecting the best from us. So, the best we should give. Sebenarnya tak adalah 'we' sangat. Saya keseorangan juga sem ini. Dan seperti yang dijangka, saya mendapati pandangan-pandangan pelik daripada budak kelas kepada saya. Who's she? Was she here on the last sem? Are you a local student?
It started here when I was wearing niqab for the first time. It was on the last sem, during examination period. Orang tak ramai sangat di uni sebab kebanyakannya study di rumah dan datang ke uni hanya bila exam day. Jadi, tak ramai yang tahu tentang hal ini.
Saya tanya pendapat Yati, Atiqah, dan kebanyakan sahabat dan alhamdulillah semuanya menyokong kata putus saya. Mula-mula, saya ragu-ragu sebab kami semua belajar di uni swasta dan international pula tu. Paling mencabar, saya student engineering. Susahlah nak survive kalau pakai niqab. Tambahan lagi, hanya 3 orang sahaja perempuan dalam kelas MEC, saya seorang saja perempuan yang muslim. Yang lain semuanya lelaki melayu, cina, india dan foreigners. Bila fikirkan semua itu, saya ragu-ragu juga. Namun, semuanya berbalik kepada Allah juga...
Bila pulang bercuti di rumah, family pun terkejut juga. Namun, alhamdulillah parents saya memahami (malah, emak dan ayah telahpun memikirkan hal-hal perkahwinan). Ayah tanya emak,

"Kalau dia pakai macam tu, ada ka orang yang nak kahwin dengan dia nanti?"
Emak pula dah berfikir jauh,

"Kiranya nanti tak payah bersanding....."
Semuanya lucu dan tak dijangka. Alhamdulillah juga. Dulu saya ingat mereka akan menghalang sebab dulu emak tak izinkan.
Bila dah pakai niqab, banyak juga tabiat dan pekerjaan yang terhalang. Kalau nak keluar rumah pun susah juga (kadang-kadang tu sebab malas). Tapi, saya suka dengan kehidupan saya setakat ini. Suka sangat. Cuma, kadang-kadang saya takut kalau-kalau saya tidak istiqamah dalam tarbiyyah serta bermalas-malasan, maka nilai niqab ini dipandang rendah. Niqab juga membawa tugas yang besar!
Yang paling takut, perkataan riyak. Apakah saya akan riyak bila memakai niqab ini? Kalau riyak, tak bergunalah amalan. Na'uzubillah.
Walau apa pun, saya akan belajar dengan kegigihan yang maksima. Niqab ini bukanlah penghalang walaupun satu uni memandang-mandang anda. Manusia hanya judge dari pandangan mata mereka. Pandangan mata tak selalunya benar.
Untuk menyelesaikan masalah saya sekarang, beberapa cara telah diambil:
1. Memasak saja di rumah.
2. Rajin-rajin memulakan perkenalan.
3. Layan orang lain macam biasa saja.
4. Tarbiyyah diri dan orang lain.
5. .....dan lain-lain
Cemburu bila baca blog-blog orang yang berda'wah dan mentarbiyyah serta berusrah. Kami masih dalam usul.

Thursday, 3 July 2008

idea



idea nak menulis untuk blog selalu datang mencurah2 di kala tengah bosan2, tak de kerja.
tapi bila dah bukak laptop, idea hilang pulak... lari entah ke mana..
ada jugak sekali tu, dah type dah panjang2 bila baca2 balik.. eh, teruk pulak karangan, ntah apa point yang nak ditekankan.. *sigh*

tapi setelah pergi ke 'joint khatibah' mggu lepas, bertanyakan isu blog ni pada kak sofi sayang.
dia galakkan menulis. walau teruk cmna skali pun, tulis saje adik.. sbg latihan. tak kire la orang fahan ke tak.. tapi sbg latihan..
'cuba awak fikir, mana ada dah generasi kita yg berjaya nak tulis buku macam ahli2 ilmu mcm dulu? ada ke? dah takde kan? jadi ambillah ini sebagai langkah utk melatih diri.. dalam arena penulisan'

ada benarnya kata2 kak sofi.. ye mari kite kumpul kekuatan, mari menulis! yeehaa...

Wednesday, 25 June 2008

Lost


Masih ingat pada karya Le Aouniue ini.
Cemburu, bila agaknya idea begini akan muncul lagi. sigh~
(T_T)!

Tuesday, 24 June 2008

Gulungan Kasih Buatmu Bonda

Bonda,

Anakanda bonda ini sedang merinduimu. Anakandamu ini juga sedang merindui suamimu dan anakanda-anakandamu. Semoga hari-harimu bonda selancar aliran air mata si penaubat. Anakanda masih lagi membayangkan apakah yang bonda sedang berbuat, menguruskan pekerjaanmu di dalam atau di luar. Tambah-tambah lagi anakanda sering rindu pada teratak kita itu. Segala sudut dan perabot kepalang anakanda membayang, seperti mencipta suatu pementasan. Anakanda berharap bonda tahu yang anakanda ini amat mendoakan perjalanan harimu bonda indah belaka. Tanpa onak yang mengajar tangis perit. Tanpa semua itu bonda.

Apakah perkara yang lebih perit buat seorang anakanda selain melihat diri bondanya terhiris terluka? Demi bonda, anakanda sanggup berbuat apa sahaja asalkan cinta kasih bonda memekar semuanya.

Anakanda ini sihat tapi sunyi bonda. Di kejauhan ini, dagang apakah yang lebih hempedu dari dagang seorang anakanda. Anakanda mahu melompat pulang ke negeri kita tapi itu bunuh diri dan haram hukumnya berlari dari jihad. Pekerjaan anakanda belum bermula. Jihad anakanda baru berpucuk. Anakanda bukan berdepan dengan perang pedang, bonda. Perang anakanda ini perang melawan syaitan dan yang jahil-jahil semuanya. Barangkali sejuk hati bonda mendengarkan semua ini kerana anakanda tidak menghadapi mati. Namun bonda, perang ini amat besar kerana menyeteru hawa nafsu. Perang ini mengajak anakanda kepada Tuhan Yang Maha Perkasa Maha Pencipta. Perang ini yang mengajak umat berbalik pada Yang Maha Besar.

Bahkan ketahuilah bonda yang perang inilah yang menyuruh anakanda cinta kepada bonda.
Kalau bukan kerana perang ini tidaklah kukuh cinta anakanda ini kepada bonda. Tidaklah tertulis warkah rindu ini buat bonda. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang itulah yang menyuruh semuanya dalam kitab kecil itu bonda. Yang bonda ajarkan pada anakanda dulu.

Maka redhalah bonda pada anakanda di jalan ini. Apa yang anakanda berbuat hanyalah kerana habibnya anakanda pada pertemuan akhir nanti. Anakanda mahu bonda memiliki anakanda yang soleh semuanya supaya bonda melangkah tegak padu ke syurga nanti. Ketaatan anakanda pada bonda usah diragu bagai menusuk lembing ke sisi kiri jasad. Selagi anakanda kuat di perang ini, selagi itulah bonda harus berasa lega dan fakhrun.

Janganlah bonda tidak meredhai anakanda. Redhailah, bonda. Redhailah anakanda. Anakanda mencari keredhaan Allah, yang juga datang dari keredhaan bonda. Lihatlah bonda, dunia ini indah kepalang jika berwajah permaisuri, ditatang satu negeri, bernikahkan anak hartawan, terhormat di tempat awam. Namun, semuanya berbalik kepada keredhaan Allah jika mahu pengakhiran yang saadiah. Maka bonda fahamkanlah mengapa gerangannya degil sungguh anakanda pada jalan ini. Semoga bonda sekeluarga dirahmati Yang Esa.

Akhir kalam, semoga bonda mendoakan perjuangan ini, sebagaimana istiqamahnya doa anakanda buat bonda.

Salam rindu,
Anakandamu.

Friday, 6 June 2008

Hari Lahir Ziha - 4 Jun 2008

4 Jun
Planning untuk mengadakan sambutan hari lahir mengejut untuk Ziha agak menjadi. Sambutan mengejut ni sudah menjadi trend di kalangan kawan-kawan. So, kena selalu fikirkan cara baru supaya Si Birthday Girl tak dapat detect apa. Tahniah buat Suraya sebab berusaha membawa lari Ziha ke Sunway Pyramid dan on the same time kami buat preparations di sini. Terkejut juga Ziha ye. Harap-harap sambutan ni akan diadakan selalu. Sebab tomyam sangat sedaaap juga.

Semangat jaga api

Kek coklat..

Hadiah untuk Ziha

Makan-makan.

Semoga Ziha bahagia selalu, berjaya di dunia dan akhirat serta dapat mencapai matlamat yang diidamkan. Ukhwah fillahi abadan abada. Selamat Hari Lahir. =)


Wednesday, 28 May 2008

Summary of May


Bismillahirrahmanirrahim
It has been more than a month rupanya. Sekarang, sudah mau Jun ya?
Well, perbezaan masa itu tak penting. Yang penting, banyak mana yang dilalui sepanjang masa tu, kan? Kalau banyak manfaat, tahniahlah. Kalau sedikit, habislah. Sebulan ni!!
Alhamdulillah, dah banyak yang dilalui (sehinggakan bila baca balik post lepas.."apa tu? apa tu??") Terlalu banyak rapikan jahil kot.
Yeay, Will Hunting dah achieve personal growth!
Begitulah hendaknya. Sekarang, saya suda pandai bergaul maa. Saya suda jadi baik maa. Alhamdulillah, saya tersedar yang duduk seorang tak best. Gara-gara tv, kami bersatu.
Syukurlah.
Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.
Syukurlah. Syukurlah.
Cuma, sifat ramah tu takut-takut yang keluar lagi kot. Waktu pergi daurah tu baru sedar yang diri ni over-shy dengan strangers. Bila nak cakap, malu nak pandang muka. Kadang-kadang pun tak percaya yang ada juga 'malu-malu' dalam kamus hidup ni. I thought I'm so called happy go lucky ke apa. Harus diperbaiki, takut lama-lama orang kata kita sombong. Susahlah nak jalankan kerja sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ni.
So, sekarang ni kita buat summary sajalah.

Monash akan mengishtiharkan exam mode on 5th June, bersedialah!
IPTA - sedang bercuti, exam dah habis, meninggalkan stress pada budak Monash.
Salah satu antara load atas otak, maybe about 5kPa macam wind load,
tidak termasuk safety factor lagi.
Hari ibu pun dah lepas, video tu siap 90% sahaje. Tunggu next year-lah.Memboikot ni banyak memberi ilmu dan pengalaman. Bila nak shopping kena bincang-bincang dulu dengan kawan-kawan supaya tak terbeli barangan boikot. Lawaknya.
Awatnya ekonomi kita ni depa dok pulun. Belajar untuk lepaskan barang-barang kesukaan demi umat islam di Palestin. Ini itsar namanya. Rasulullah ajar.
gila buku. taufan buku. tak nak baju, nak buku. Sudah suka sama buku. Jadi macam yatie itu. Jadi macam yaya itu. Jadi macam ziha itu. Jadi macam tara itu. Al-Banna... Al-Banna... Dia suruh generasi kita bergerak lagi aktif dari mereka sebab umur muda manusia semakin pendek. Hebat teramat perjuangan IM, macam manalah nak jadi lebih baik daripada itu?
Jadi, mari kita!
Oh ya.. happy birthday budak kecik. 18th May 1995.
Dia tengah lawan main catur di Melaka.
.
.
.
Dan akhirnya kata, kami mempersembahkan.....
.
.
.Tiga budak baju seragam!! tadaaaa..
=)

Thursday, 27 March 2008

salam terjah!.. haha

ye saye buat pertama kalinye.. ingin menunaikan hajat yg x tertunai lg!
hehe
bt sesiape yg sudi membace blog ni, ini lah kali pertama cik yati ingin menyumbang sedikit sbyk kt blog yg diasaskan oleh cik neni kite..

nampaknye, cik neni byk share kisah2 beliau.. jadi saya plak nak share kisah saye...

beberape hari yg lalu, saye masih lagi di monash..
setiap hari menemani syuk ke medan utk membeli makanan(eh syuk teman aku ke, aku teman dia? haha) bt mengisi perut yg bekeroncong di waktu tghari..
habit farah masturah utk membeli teh ais telah diganti oleh diri ini bt ketiadaan mak cik tu kt cni
so lepas beli nasi je, singgah la kt warung minuman tu..

dan pakcik yg nmpak cm dr bangladesh(ntah ntah local) tu pun nmpak dan tnye.. "teh ais bungkus?"
saye hanye mengangguk dan tersenyum(tahan gelak sebenarnye)
jadi saye pun tggu..
smbil menunggu tu, tgk la aksi2 pekerja2
semuanya pekerja asing kalau x silap
sibuk jugak diorg
laju je menuang2 air,mengisi, memasak air, mencedok ais
sambil bt kerja, terjerit2 mereka ni
lucu jugak...
tp bila kita tgh termenung tu
mula la kita fikir, tangan2 mereka ni lah yg buat air, yg melegakan haus pengunjung2 medan, yg seharian bekerja dgn penat lelah...
lepas dah hilang haus, mereka2 ni sambung semula kerja...

hmm..betapa besarnye pahala mereka pekerja2 warung ni..
cuba kita pk, org2 yg minum tu, berape ramai yg menanggung belanja2 tinggi hidup di bandar ni, yg membayar yuran2 sekolah anak, yg membayar cukai tinggi2 kerajaan..
dgn minum dan rehat sebentar kt medan ni, diorg dpt teruskan kerja balik

hmm.. tp bg yg minum minuman x halal tu lain cite la kan

tp kan... kemudian, saye terfikir lagi.. kalau lah mereka ni betulkan niat, kerana Allah.. pasti niat mereka tidak sia2..
pahala berganda2 tu xkan menjadi sia2... kalaulah..

jadi saya tersenyum lg sendirian..

"adik, teh ais bungkus kan?"

mengangguk lalu tersenyum sekali lg.. . :)

Friday, 21 March 2008

Cuti Seminggu

[X] Buy a gerek
[O] Change phone housing (terasa macam tak penting la pulak)
[ /] Exercising, keep fit for hiking. (just once in a week, daa..)
[O] Playing kite in the field (bendang) (bendang kena kambus)
[ ] Mencekapkan pemanduan
[ ] Mencekapkan penunggangan (tunggang langgang)
[ ] Decorate my new look room
[X] Membuat passport (nak berhijrah ke bikini bottom)
[/] Art (cat nama kat pinggan mangkuk kenduri, ha ha)
[ ] ... (diupdate kemudian)

Senarai tv show yang rindu nak tengok:

[ ] Out of the box (PHDC)
[X] 5 Minutes More (wajib)
[X] Shaun the Sheep (wajib)
[ ] Fairly Odd Parents
[ /] Bananas in Pyjamas
[ ] ... (diupdate kemudian)


[X] Done
[ /] About half/somekind
[O] Cancelled

Senarai ni mungkin tak lengkap, sebab sy macam dah jumpa sesuatu yang jauh lebih baik just before holiday... heee. sejarah.

Tuesday, 4 March 2008

Pantang Larang Makan Nenek Nyanyuk

sekarang, sy telah dilanda penyakit pra-nyanyuk iaitu terlupa banyak benda pada usia yg masih muda. kebelakangan ni, sy selalu terpanggil orang dengan nama org lain. lepas tu pulak, sy kena tulis macam2 kat sesuatu tempat sbb susah nak mengingat. baru dua saat sy tgk jadual utk check venue kelas, kena tgk balik sbb dah lupa. penyakit apakah ini!?! apakah sy ini tidak cukup zat?

"memang pun," mom's always right.

talking about food:
-sy x tau macam mana rasa epal.
-begitu juga kebanyakan buah lain.
-papaya? watermelon? buah nyoq? yup, those too.
-pernah makan pisang dgn limau waktu kecil dulu.
-bila besar sikit, makan durian dan rambutan.
-itu pun dah tak makan langsung sekarang.
-sy x tau rasa sotong, siput, kerang dan kebanyakan mknn laut lain (mazhab hanafi ooo kononnye) sebab sy x pernah makan.
-sy x tau rasa sayur hijau kecuali beberapa jenis spt kacang buncis dan salad (tq to kfc)
-carrot jarang-jarang tp bolehla jugak. makan sbb saje nk berebut ngan budak kecik.
-sy x tau rasa jus buah-buahan. sky juice? ya.
-sy muak makan kek kecuali sedikit.
-sy suka makan pizza (haha budak talam!)
-juga laksa dan kuih cara serta ikan bilis goreng (sedap)
-i love both tea and coffee.
-sy x makan agar-agar dan puding.
-sy x minum susu kecuali chocolate punya.
-sy suka tengok org yg makan banyak. ha ha. sebab kagum.

dan banyak lagilah benda pelik2. jadi, diharapkan kwn2 ambillah tips ini sebagai pedoman bila nak belanja saya makan nanti. pepatah orang putih ada kata yang kalau nak ambil hati lelaki adalah melalui perutnya. sebenarnya, perempuan pun sama. ha ha tak kahwinla sy lepas post benda ni. pantang larang mengalahkan tok nenek. tapi kalau korang hidang benda yang sy tak suka pun takpe sebab sy pandai survive. macam rancangan survivor tu. buat macam biasa je.

Saturday, 1 March 2008

Bob

Sekarang ni sy terpandang seorang uncle berbangsa cina yg berdiri termenung kat carpark bawah ni. Sekejap dia tengok ke arah sunway lagoon, sekejap dia pandang kereta lalu. Kelibat dia memang menarik perhatian sy. Yelah, selalunya orang lain terus cepat2 pergi ke arah destinasi masing2 lepas park kereta. Dia ni lain pulak. Kadang2 terpikir juga tentang apa yang difikirkan oleh warga tua bila mereka termenung. Bila saya cuba untuk masuk ke dunia mereka dengan menerjah imaginasi ke alam tua, terasa pula apa yang mereka rasa. Milie pernah ckp yang saya ni asyik termenung. Sy pun tak sedar. haha. Rasanya tak baik kalau duduk termenung tapi sy tengah berfikir time tu. Paling tidak pun, flash back kisah2 lama.

Kalau org yang tak tahu makna hidup, sure diorang asyik terfikir tentang kesudahan hidup mereka yang memboringkan. Bak kata kak hakimah, macam robot yang mengecas badannya sendiri. Pergi kerja untuk dapatkan duit untuk bayar duit kereta. Bayar duit kereta untuk senang pergi kerja. Pergi kerja lagi untuk dapatkan duit untuk bayar duit kereta. Lawakla pulak.

Kisah exchanged nasik..

sy tertukar nasi dgn tiqah. yg kelakarnya, kami sama2 tak sedar walaupun dh start mkn. lauk sama cuma kuah je yg lain. Patutla lain mcm je. Last2 mkn je nasi yg tertukar tu. merasa jugak sy mkn ikut taste org kelantan yg suka benda manis2 -sy tak brapa makan benda manis. tiqah pulak trpaksa la jamah lauk stail penang (campuq2 kuah nooo).. hahaha.

lepas sejam pertama lecture computing, mamat kt sebelah tanya sy lebih kurang camni. "How's this lecture?" Mula2 pelik la sbb dia pun duduk dlm lecture yg sama.

"What..This lecture?"
"Yeah."
"I don't know what to say, I feel sleepy all over the time." Tergelak besar mamat tu.

Namun, kita kena tabah. Jgn sampai tertidur sudahlah. Baru 1st week ni. Ngantuk maybe sbb tak biasa dgn cara lecturer. Yg peliknye, lancar pulak english kt mulutku kali ini. Selalunya sampai terbelit2 lidah nak cakap. Teringat english presentation mufy dulu. Mujurlah budak melayu ada beberapa kerat je. Ms. Angela tanya, "Are you a .... (blabla, lupe.)?" Dengan lajunye sy jawab, "No, I've never speak english before." tergelak bdak2 kelas. Agaknya, bila jawab laju tanpa disedari, benda tu lawak kot. huhu.

Sy telah terlanggar meja kt lab material dua hari lepas! hanya Tuhan sajala yg tau betapa merananya tulangku ini sampai sekarang... adeh.

Smlm, kasut sy telah rosak teruk sbb kena air hujan/lopak. Tambah2 lagi teksi tu langgar lopak sampai terpercik kt sy ngan anum. Agaknya dia bengang sebab dia hon ajak naik tapi kitorang nk jalan. Apalah salah kami kalau kami nak guna kaki? huhu nak beli basikal la. Boleh langgaq teksi tu balik.

tadi kat lecture computing lagi;

tape = 3
bob = tape + tape
bob = 6

sebelum ni kat lecture electrical;

1/n (sin x) = ?
cancel out n dgn n (haha), jadi:
1 (si x) = six = 6

maka hari ini sy ingin buat equation baru;

1/n (sin x) = 2tape = bob

haha..bob.

Monday, 25 February 2008

Raja Cinta

Orang putus cinta
Seluruh dunia hulur tangan
Kirim simpati

Yang tidak pernah bercinta
Tidak diambil tahu
Hal hatinya,
Hal rasanya.

Dia lebih banyak luka dan laku
Dibisa cinta
Benar dia raja.

18 Disember 07
07:28 a.m.

Di Sebalik

Angin jernih menyapa pipi
Unggas berbicara harmoni
Neon kelam mengganti hari
Inti senja disapu pergi

Nun dirgantara manik berkerdip
Utuh pohon mengikat jalur tua
Runduk padi mencium bumi.

Fajar rakus menerjah pagi
Alam menari tarian pelangi
Tiun murai mendodoi pribumi
Ikal rambut pohon tempurung
Nyanyian penyair bergema rawa;

Memuji pencipta
Olahan cinta sempurna
Hiba menakung embun
Adanya di bibir mata
Mendongah ke tirai langit
Ada wajah dosa dan pahala
Daun setawar gugur bercambah

Zuriat alam melepaskan talinya
Ah!
Intaian mata di bilahan kapak
Ngauman rimba sayup lagi
Alam ini miliknya sendiri
Longgokan cinta dan naluri.

smap labu
2004

Penutup

Lahirnya jiwa;
Putih
Sesuci gadis di gunung salji
Dicelup atau tercelup
Dengan palitan warna.

Jingga
Terpandang redupnya senja
Aku mula sedar diri
Birunya laut gelap di dalam
Makin dalam makin berilmu
Aku baru jatuh cinta pada hijau
Sedangkan berzaman ku pertahankan alam
Aku pernah mencium basahnya tanah
Jatuh bangkit kembali
Masakan aku takut pada merah darahku?
Dicelup atau tercelup.

Yang terhasil pekat hitam
Diganti putih lain
Selepas penutup.

Kedah
31 Disember 2006

Sunday, 24 February 2008

Hentian Raya

Aku orang kaya
Menunggu dalam mercedes
Sebelah hentian raya

Perhentian minyak dan habuk
Kotor dan buruk
Bagi sesetengah orang
Lautan kehidupan
Dengan ikan rezeki
Dan sekarang pengalaman.

Anak india hisap rokok
Anak melayu rambut merah
Bangla melepak
Mak cik terpinggir
Adat adab runduk budaya.

Bukan angin kebiasaan
Tapi mata pemandangan
Mengajar untuk menginjak.


Parit Buntar
08 Jan 08
04:24 p.m.

Thursday, 21 February 2008

Cerita Ringkas

Kenapa munira? =P
Percaya tak kalau sy kata ada org panggil sy dgn nama munirah? Kalau anda kwn2 sy, mestila anda tergelak sampai terguling sbb macam tak sesuai dengan sy. Namun, faktanya ialah mmg ada org yg panggil sy mcm tu. Waktu kecil2 dululah... Sekarang ada certain2 org je yg still panggil camtu, bila blk kedah.Nabilah dah masuk mrsm. Mak kata hari2 dia telefon. Biasalah tu, adat muda menanggung rindu, lumrah hidup mmg begitu.. Resah gelisah ingin bertemu, merindu merindu selalu.. rindu merindu.. keluar lagu dikir barat la pulak. Kesian pula kat Nabilah tu sbb sy prnah merasai perasaan dan pernah melalui situasi yg sama dgn dia (dah masuk universiti pun rindu family lagi).

Alhamdulillah, timetable semester ni nampak stabil. Cuma ada kelas pada jumaat petang. Yang penting, ada wktu solat, kelas tak straight 4-5 jam. ok la tu.

Teringat kata-kata ustaz kat ta'lim last week. Manusia tak pernah berasa puas dgn apa yg mereka ada. Cthnye, handphone. Setiap tahun rasa macam nak tukar kepada phone yg lebih canggih. Sedangkan camera, gprs etc. bukannya digunakan sgt. Tu ustaz yg kata. Masa tu barula tersedar yg kata2 ustaz mmg betul. Tapi nak buat mcm mna, sy dh tukar pun ke handphone baru. "Istighfar byk2. Betulkan niat. Sucikan hati."

Smlm buat surprise kt hanum. Seronok betul. Mujurlah tak diketuk oleh budak bilik lain especially A-201. =) Pagi tadi pulak, perform dikir barat. Agak menggelabah tp berazam nk buat lebih baik utk sabtu ni.

ohoho..ngantuk dah.

Saturday, 16 February 2008

Memori Labu


Benua Diam
(Muhammad Haji Salleh)

kata tidak pernah berperan
sebagai penerang,
dia penghuni setia benua diam.

sekarang, di waktu
penyakit memutuskan suara
wajahnya lebih bersih
dari cermin muda,
dan dia tidak berjuang
untuk menyusun pendapat.

ada cara lain menenun hidup,
warna mata dan irama telinga juga
cukup untuk hayat.

semuanya lebih mudah -
angguk atau geleng
sekuat teriakan kehendak

labu
14 April 1996


Saya suka sajak ini. Mungkin kerana ia ditulis di Labu, tempat saya bermukim selama hampir lima tahun semasa sekolah menengah dulu. Mungkin kerana saya seolah-olah merasai apa yang dirasai oleh Muhammad Haji Salleh kerana saya pernah berpijak di bumi itu. Saya rindu pada SMAP Labu. Sajak ini kadang-kadang menjadi pengubat rindu. Entah kenapalah saya asyik terbayangkan saya berjalan di trek merentas desa kat kawasan perkampungan depan tu setiap kali saya baca sajak ini. Terbayang diri saya melintasi kawasan tanaman sayur-sayuran yang disirami air yang terpancut-pancut sampai kami semua pun terbasah sekali. Sepanjang jalan di kawasan itu juga dicacakkan tayar-tayar lama menjadi penghias jalan. Tenang sungguh. Dan sampai di suatu kawasan, saya berlari bersama komuter yang lalu. Dan saya terbayang lagi saya lalu di pohon bamboo yang besar dan cantik gile. Macam taman negara. Rindu betul pada memori itu.

Apa yang membanggakan diri saya sendiri, saya sempat menitipkan sajak di bumi labu itu. Ketika hampir-hampir SPM, tengah study kat kelas. Cuma ianye ditulis lewat 9 tahun dari sajak kat atas ni. Sekurang-kurangnya, ilham kami adalah sama.

Cengkerik vs insan

cukup nyanyianmu makhluk Allah
usah kau bermegah lagi
suaramu nyaring tak berlagu
nyaringmu menandingiku
merduku elok daripadamu.

usah kau hentikanku pujangga
merdumu bertempat
usullah aku yang tiada berkira
henti bila berlarinya rembulan.

itulah lemahmu makhluk Allah
mana engkau pada siangku?

fikirlah pujangga,
aku bukan si bodoh termangu
siang bernafkah-nafkahan
malam berdamba-dambaan

kau lemah
aku pun lemah
aku lemah
kau pun lemah
sama-sama lemah
lemah sama-sama.

smap labu
rabu, 12 0ktober 2005

Kurang puitis sebab pemikiran masih baru..

Masih ada peluang. Dunia masih luas. Selagi kita berjalan di bawah lembayung islam dan iman, insyaAllah akan dapat sahabat yang solehah yang boleh bimbing kita. Especially saya yang susah bangat nak istiqamah ni. Teringat pulak kata-kata Ust. Ismail semalam. hu hu. Istiqamah.

ops, esok ada latihan dikir barat la. Nak tidur la. Ngantuk.

Wednesday, 13 February 2008

Created New Blog

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Alhamdulillah, sy telah pun mewujudkan satu lagi blog dan sy harap, kali ni sy akan istiqamah dalam mencatitkan bibit-bibit kehidupan sy aka diari di dalam blog ini. Selamat Datang kpd anda semua dan tq sebab sanggup membaca repekan otak sy ini. InsyaAllah, sy akan cuba mengimarahkan blog ini dengan sebaik mungkin. Kisah-kisah sy, insan-insan istimewa dan peristiwa penting serta penjelasan yang tak dapat diluahkan melalui mulut akan dimuatkan di dalam blog ini. Walaupun blog ini tidak secanggih mana sebab sy buta teknologi, sy masih berharap anda semua meluang masa dan tenaga untuk membacanya. Maka, tamat sudahlah ucapan sy ini. Sekian, terima kasih.

Sekarang sy berada di Sunway walaupun cuti semester masih bersisa dalam 2 minggu lagi. Berat juga rasanya hati nak meninggalkan keluarga di kampung tambahan lagi rumah belum dicat. Kesian mak dan ayah. Siapa nak cat agaknya? Sekarang yang tinggal di rumah pun, Nabilah, Afiqah, Arif. Itupun Nabilah akan mendaftar di asrama beberapa hari lagi. Maka tinggallah Arif sesorang bila Afiqah (Bee) pegi sekolah. Lama-lama, rumah jadi kosong dan sunyi, kata mak, sayu.

Sekarang, sy dah jatuh hati la dengan kaler pink dan kaler coklet. Dulu tak suka. =)

Oklah rasa mcm nak tidur pulak.